Bab 16

75.6K 3.6K 84
                                    

versi baru

belum edit

"HAZRYL mana, nek?" melingas mata Mikael tercari-carikan sepupu kesayangannya itu. Pagi ini mereka sudah berjanji untuk turun ke laut bersama. Dah lama rasanya dia tak turun memukat dengan bot peninggalan arwah atuknya itu.

"Tadi dia bagitau nak pi rumah sebelah. Cuba hang pi tengok," jawab Nek Mah tanpa menoleh memandang Mikael. Dia sibuk menyediakan cucur pisang untuk sarapan pagi itu. Wajah Mikael berkerunyut dulu. Dah apahal pula pagi-pagi macam ni Hazryl lesap sampai ke rumah sebelah?

Baru saja dia berura-ura mahu mencari Hazryl, cuping telinganya bergerak-gerak bila suara Hazryl kedengaran dari belakang rumah. Tak sampai seminit, Hazryl muncul di pintu dapur. Tapi, lelaki itu tak berseorangan. Ada Rhea di belakang.

"Jom, kita gerak!" Hazryl tersengih-sengih sambil mencekak pinggang.

"Yang belakang tu kenapa ada kat sini?" bibir Mikael menjuih ke arah Rhea yang berdiri di belakang Hazryl. Sedar dirinya menjadi topik, Rhea hadiahkan Mikael segaris senyuman tipis.

"Abang Hazryl ajak ikut sekali," ujar Rhea. Pagi-pagi lagi Hazryl sudah mengetuk pintu rumahnya. Hazryl mengajaknya untuk turut serta pergi memukat ikan di laut. Rhea pula disebabkan tak pernah naik bot, terus saja dia bersetuju. Macam best!

"Ryl?" mencerun Mikael pandang wajah selamba Hazryl.

"What? Apa salahnya kalau Rhea ikut sekali? Lagi ramai lagi best. Betul tak, Rhea? Dah la, tak payah buang masa lagi. Jom kita gerak!" Hazryl tidak mempedulikan wajah Mikael. Kira apa dia. Dia tetap nak Rhea ikut mereka sekali. Sekurang-kurangnya kalau ada Rhea, taklah dia bosan sangat duduk atas bot nanti. Taklah dia asyik nak pandang muka Mikael saja.

"Tapi..."

"No tapi-tapi. Rhea ikut kita. Fullstop!" Hazryl letak titik noktah pada ayatnya. Mikael merengus perlahan. Bukannya dia tak mahu ajak Rhea. Tapi kalau jadi apa-apa kat atas bot tu nanti macam mana?

Rhea mengekori langkah Mikael dan Hazryl ke arah persisiran laut. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang melakukan persiapan untuk turun memukat ikan di atas bot. Ada juga bot nelayan yang sudah berlalu pergi. Rhea menarik hujung tuala kecil menutupi hidungnya. Tiba-tiba aje rasa loya bila bau busuk laut menerobos masuk ke dalam rongga hidung. Alahai, Rhea. Belum apa-apa kau dah macam ni!

Mikael naik dulu ke atas bot diikuti Hazryl. Dengan lagak budimannya, Hazryl menghulur tangannya membantu Rhea untuk naik ke atas bot. Setelah itu, Rhea duduk di atas bangku yang terdapat di situ. Tangannya memegang erat kayu bila bot yang dinaikinya itu terumbang-ambing ditolak ombak.

"Rhea okey ke?" soal Hazryl.

"Okey. Abang Hazryl tak payah risaukan Rhea," balas Rhea.

"Rhea tak mabuk laut, kan?" lagi Hazryl menyoal lagi. Demi mendengarkan soalan itu, Rhea menggeleng. Sebenarnya, ya. Dia pernah mengalami mabuk laut. Pernah waktu kecil-kecil dulu dia ikut arwah atuknya menaiki bot. Tapi tak sampai separuh perjalanan, dia dah muntah-muntah. Tapi, itu cerita berpuluh tahun dulu. Sekarang ni mungkin dia dah tak mabuk laut. Harap-harapnyalah.

"Taklah. Mungkin sebab Rhea dah lama tak naik bot kut. So rasa macam tak selesa sikit. Tapi tak apa, kejap lagi okeylah. Lagipun Rhea ada bawa ubat in case Rhea dah tak tahan sangat nanti," Rhea menepuk perlahan sling bag yang dibawanya bersama. Ada sepapan panadol, minyak cap kapak dan air botol mineral.

"Good. Kalau Rhea tak tahan sangat, terus bagitahu abang."

"Okey, Abang Hazryl!"

"Kat tengah laut tu panas. Jangan bising pula kalau kulit kau tu terbakar," tiba-tiba suara Mikael mencelah perbualan mereka. Terus Rhea pandang Mikael bersama satu jelingan.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now