"Uii" kak yus mencuit pinggang aku. Sejak dia tau kawasan sensitive aku kat pinggang, bertambah suke dia sentuh kat situ.
"Oii mak hang tercabut gigi" aku melatah, random lah. Aku tak melatah sangat pun. Kak yus dengan Maia ketawa melihat aku.
"Ape ni main mak-mak orang" kak yus buat-buat muka marah.
"Sape suruh cuit kat tempat tu. Padan muka"
"Jahat lah. Balik nanti nak report kat Datin Huri" ( ibu kak yus.. and bukan datin betul pun haha)
"Bukan sengaja pun melatah. De terkeluar sendiri" aku memberi alasan cuba memujuk. Nanti merajuk suruh tidur luar rumah pulak balik nanti.
Kami bertiga ketawa dan kak yus baru nak perasan si Maia.
"Cepatnye dapat kawan baru" kata kak yus sambil melirik ke arah Maia.
"Hai kak, aku Maia, mahasiswa dari universitas Jakarta" Maia senyum sambil menyalami tangan kak yus.
Alahai sopan santunnye dia ni kemain. Comel pulak tu. Ooh ya btw Hanah hampa ni bengkok. Suke perempuan. Tak tau sejak bila sedar-sedar je dah mula suke perempuan.
Walaupun aku bengkok, tak pernah ada lagi la perempuan bertuah jadi gf aku ni. Sedih en. Bukan tak laku haha sebab aku tak pandai bab-bab ni.
Sesetengah orang dia berani confess by face to face and tak kira la dengan cara apa sekalipun dia confess kat orang yang dia suka.
But not me. Aku takut. Aku belum bersedia nak keluar dari kepompong yang selama ni takde siapa tau kecuali kak yus.
Kak yus ni kind of open minded la. Aku suka. Aku selesa dengan orang macam ni. Tak judge. Sebab tu aku sayang kak yus macam kakak aku sendiri muah ciked.
"Oooh pelajar dari universiti sini. Nama akak Yusra panggil kak yus je" kak yus berkenalan dengan Maia.
"Awak ni dah la cantik, rajin buat-buat kerja macam ni. Patut la Hanah tengok awak dari tadi tak berkelip" tanduk kat kepala kak yus dah muka tumbuh. ( Jangan imagine ni real tau 😂 saja berkias)
"Elok sikit eh Hanah tengok orang kat situ dia tengah buat apa" saja nak tutup aib sendiri."Ye lah tu. Cakap je lah cair tengok crush depan mata haha"
Maia hanya ketawa.
"Awak dah berapa hari kat sini?" kak yus berbasa-basi dengan Maia.
"Harini sudah 3 hari. Hari-hari pasti ada keluarga yang harus dipindahkan kesini, banjirnya semakin parah" ujarnya.
"Oooh kena stay sini sampai bila?" tanya kak yus.
"InsyaAllah minggu depan, kalau gak ada halangan lain"
"Kitorang stay sini sampai minggu depan jugak kan Hanah kan?" Kak yus sengaja mention aku bila dia nampak aku tengah baca novel, abaikan dorang sembang.
Dah la sembang tak ingat kita pun ade sekali. Baik aku baca novel.
"Aah minggu depan kitorang balik Malaysia la" kataku sambil menjeling kak yus.
"Oh, kalau gitu aku minta no hp kamu ya? Ntar bisa contact lagi" Maia senyum ke arahku.
Aku dapat melihat mukanya merona merah disebalik rambutnya yang sedikit keperangan menutupi separuh mukanya.
Dia segera mengeluarkan phonenya dan menghulurkan ke arahku. Aku menaip nombor phoneku dan menyerahkan semula kepadanya dengan membiarkan nama contact tu kosong.
"Okay makasih ya. Ada whatsapp gak?" dia bertanya sambil melihat phonenya.
"Ade" jawabku sepatah.
"Kalo free aku whatsapp kamu aja" dia senyum ke arahku.
"Ntar kita ngobrol lagi ya. Aku masih ada tugas yang harus dilakukan di sana. Masih ada keluarga yang harus dipindahkan ke sini. Pergi dulu ya Hanah, kak yus" dia melambai tangan ke arah kami berdua.
"Ngobrol?" aku memandang kak yus.
"Sembang". Kak yus memandang dengan senyuman penuh makna. Aku buat-buat tak nampak je. Semakin dilayan semakin teruk aku kena buli nanti.
"Wah dah jumpe jodoh" agak dah kak yus akan mula punye.
"Crush je la. Lagipun tah-tah dia dah ade boyfriend ke apa. Sape tau" aku cuba meyakinkan walaupun jauh di sudut hati aku tak sanggup nak tengok dia dengan orang lain.
"Try la mane tau dia pun suke Hanah" kak yus mengangkat-ngangkat kening sebelah.
Aku terus sambung menyusun novel-novel yang tergendala tadi. Malas nak layan kak yus. Tapi betul jugak cakap kak yus walaupun kadang-kadang dia tu tak betul. Mane tau Maia pun ade perasaan yang sama macam aku. Tanpa aku sedari, aku tersenyum mengingati semula pertemuan aku dengan Maia sebentar tadi.
YOU ARE READING
Perfect (Slow Update)
RandomMengisahkan tentang cinta jarak jauh antara Hannah dari Malaysia dan Maia dari Indonesia. 89% dari kisah ni author ambil dari kehidupan sebenarnya. Selamat membaca!