15

1K 31 5
                                    

Harini aku dah start sem baru. Aku tersengih sorang-sorang bila teringat Maia menghantar gambarnya sedang sarapan. Setiap pagi aku akan dapat chat darinya. Kadang-kadang aku chat dia dulu tapi dia selalu bangun awal dari aku hehe.

"Hai senyum sorang-sorang ni dah bahagia ke?" aku terkejut bila Nabila entah dari mana datang menyapa aku.

"Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh Nabila" Nabila ketawa seraya aku perli dia dengan bagi salam penuh siap dengung cukup.

"Haha waalaikumsalam. Rindunye kat kau. Aku dari jauh nampak kau senyum sorang-sorang dah macam orang angau. There's something I don't know eh?" Nabila membetulkan tudung bawalnya yang sedikit serabut sebab angin yang agak kuat harini.

"Takde la. Salah ke nak happy start sem baru ?" Nabila mencebik.

"Kau masa jadi sukarelawan kat Indonesia tu macam mane? Best tak?" Nabila menghirup air teh ais yang baru dibelinya tadi.

"Best. Tu lah haritu aku ajak kau taknak konon nak keluar dengan boyfriend lah dengan abang angkat lah segala berangkat-angkat kau nak keluar masa tu"

"Eleh aku tanye je nak sembang-sembang dengan kau duuh. Eh tapi kat sane ade laki handsome-handsome tak?"

Nabila ni pantang tengok laki handsome sikit. Baru tunjuk otot dah cair. Dah berapa banyak laki dia jadi adik angkat dorang hahaha. Aku kawan dengan dia sejak dari sekolah rendah lagi. Dari darjah 1 sampai sekarang muka ni je nampak. Sebab tu asyik berkepit kalau nak pergi kelas.

"Of course la ade weh. Serious aku cakap rugi kau tak ikut. Orang laki kat sane otot dorang lagi besar lagi abang-abang angkat kau tu" aku ketawa melihat muka Nabila.

"Eh eh kau tu pergi sane nak tolong orang ke nak usyar jodoh" betul jugak hehe. Tapi aku memang jumpe jodoh kat situ.

"Tak lah aku saje je sakat kau. Rindu" Nabila tolak bahu aku bila aku acah nak kiss dia.

Tepat jam 10:30 pagi kami bergegas menuju ke kelas. Kejap lagi kelas madam zahirah. Pantang kalau lewat 1 saat kena duduk luar lol.

• • • •

Aku menuju ke arah motorsikal. Sedang aku memakai helmet, ada notification whatsapp masuk.

Baca kejap lagi lah aku lapar ni. Lalu motorsikal jenama LC aku pecut sampai tayar tercabut (tipu lagi). Sesampainya di rumah aku memakirkan motorsikalku. Pelik. Mana kereta kak yus?

Lalu aku menyeluk poket untuk mengambil phone. Aplikasi whatsapp dibuka.

Kak yus : Hanah habis kelas nanti terus datang rumah mama. Makan nasi sini. ( 12:45 pm)

Aduh padah tak baca whatsapp tadi. Tak pasal-pasal kena patah balik pergi rumah ibu kak yus. Lapar punya pasal aku terus menghidupkan semula motorsikalku lalu menuju ke rumah ibu kak yus.

Nasib baik jarak dari rumah sewa dengan rumah ibu kak yus hanya memakan masa 10 minit.

Semasa aku berhenti kat traffic light sebab warna merah, aku dapat rasa macam ada orang dok tengok-tengok aku. Dengan spontan aku pandang ke sebelah kananku. Tersangat lah tak boleh belah apabila seorang lelaki yang menaiki kereta jenama Ford tu buat muka macam beruk sambil pandang aku lama.

Lelaki tu berbangsa cina memakai baju kasual. Lunch time kot. Aku ketawa melihat muka lelaki cina tu dengan tiba-tiba je dia buat muka macam tu dekat stranger macam aku.

Apabila lampu bertukar hijau aku memecut laju kerana perut dah tak tahan menahan lapar. Tak sampai 5 minit aku sudah sampai di rumah ibu kak yus merangkap ibu angkat aku.

Aku anak yatim piatu yang dulu tinggal di rumah kebajikan. Ibu kak yus iaitu Puan Huri Ain mengambil aku sebagai anak angkatnya semasa aku berusia 5 tahun.

Masa tu kak yus pun datang nak tengok bakal adik angkat dia yang cumel ni huhu. Puan Huri mengambil aku sebagai anak angkat sebab masa tu suaminya, Encik Razak dan anak perempuan bongsunya iaitu adik kandung kak yus, Yumni meninggal akibat dilanggar lari semasa mereka dalam perjalanan balik rumah.

Aku dijaga oleh Puan Huri dengan penuh kasih sayang. Aku bersyukur ditakdirkan keluarga yang serba sederhana tapi dapat membuatkan aku bahagia sampai sekarang.

Sekian biodata aku..

"Haa tu sampai dah" aku menyalami tangan ibu kak yus.

"Lambatnye Hanah sampai. Kelas kan habis pukul berapa tadi?" tanya kak yus sambil menyusun pinggan di atas meja.

"Balik macam biasa tapi Hanah terus balik rumah sane hehe. Tak baca whatsapp" aku sengih sambil menggaru kepala yang gatal. Gatal wey kalau pakai tudung lama2. Tah kenapa kepala aku ni manje tak boleh kena panas sikit dah gatal.

"Dah la jom kita makan. Ibu masak makanan favourite Hanah" ibu mengangkat tudung saji.

"Waah asam pedas" kataku teruja memang perut dah lapar ni.

"Ibu masak je makanan favourite Hanah, kakak punye favourite mane?" eleh dia pun nak jugak.

"Eh kakak kan favourite asam pedas jugak. Dah dah jom makan" aku dan kak yus ketawa.

Kami menjamu selera dengan penuh selera. Aku dan kak yus berehat di ruang tamu selepas perut dah kenyang fuuh.

"Korang tidur sini lah eh?" ibu datang dari dapur sambil membawa teh o panas dengan biskut.

"Harini tak boleh lagi ibu. Sorry eh" kak yus bersuara. Aku macam biasa kalau orang hidang aku memang tak malu makan tanpa dipelawa.

Aku nampak wajah kehampaan ibu. "Weekend ni lah kitorang tidur sini eh" kak yus cuba memujuk.

"Aah Hanah pun hari sabtu ni je kerja, hari ahad cuti" aku menyampuk.

"Haa okay lah kalau macam tu. Nanti kita buat pasta je" kata ibu merangkap chef yang terbaik di dunia.

Tepat jam 5:30 petang aku dan kak yus meminta diri untuk pulang. Kami mencium tangan ibu sebelum memulakan perjalanan.

Aku merebahkan badanku di atas katil setelah pulang makan nasi di rumah ibu. Aku memejamkan mata sekejap untuk menghilangkan lelah.

Setelah lama memejamkan mata aku membuka aplikasi whatsapp. Tiada chat dari Maia. Dia tengah buat apa sekarang eh? Aku memulakan taip.

Me : Hey there 😆 (3:30 pm)

Aku menutup semula aplikasi whatsapp apabila melihat last seen dia pukul 8:30 pagi tadi lepas dia send pic dia tengah breakfast. Busy maybe.

Aku sambung niatku untuk melelapkan mata.

Perfect (Slow Update)Where stories live. Discover now