Kami berdua turun ke bawah untuk pergi ke Dataran Merdeka. Di situ dah menjadi tempat orang-orang muda lepak dan melakukan aktiviti pada waktu malam.
Bangunan lama yang dijadikan sebagai mahkamah itu dihiasi dengan lampu warna berwarna-warni dan sangat cantik bila tibanya waktu malam. Aku berhasrat untuk membawa Maia berjalan-jalan di situ dahulu.
"Mama rasa mama balik lusa lah. Ade kerja sikit kat rumah tu. Pokok takde sape nak siram, rumput pun tah-tah dah panjang, dalam rumah pun dah berhabuk agaknya" ujar ibu sambil menuruni tangga.
Malam ni kitorang keluar semua. Bawa rombongan mak jemah jalan-jalan KL.
"Amboi macam lah mama duduk sini setahun" ujar kak yus yang mengikuti ibu dari belakang.
"Takde la. Rasa macam dah lama tinggal rumah. Tah jadi apa dah kat rumah tu" ujar mama lagi. Risau.
"Maia duduk lah sini lama lagi ye. Kalau nak pergi mana-mana ajak je si Hannah ni. Dia selalu dah keluar jalan keliling KL ni" ujar ibu lagi sambil menepuk belakangku.
Maia hanya ketawa melihat gelagat kami 3 beranak.
"Dah jom la nanti lewat pulak balik" kata kak yus.
• • • • •
Kami berjalan di sekitar Dataran Merdeka. Maia juga nampak seronok bila nampak lampu-lampu yang menghiasi malam kami.
"Waaah cantik banget di sini. Bangunan sama pohon ada lampu" ujar sambil melihat di sekeliling.
"Maia suke tengok lampu-lampu macam ni?" tanya mama.
"Iya suka"
"Kalau macam tu jom kita pergi Shah Alam" ujar mama sambil memandang ke arahku dan kak Yus.
"Nak pergi mane ma?" tanyaku. Kami baru sampai sahaja di sini. Tak sempat nak memanaskan punggung.
"Kita bawak Maia pergi i-city. Dia mesti suke"
"Ooo faham-faham" aku tersenyum ke arahnya yang melihat sahaja kami berbual.
"Jom. Kami bawak awak tempat special" ujarku sambil mengenyit mata kepadanya. Dia hanya menurut sahaja.
• • • • •
"Han gimana nih mau naik?" katanya sambil memegang kuat pagar itu.
"Takpe saye ajar awak slow-slow. Datang dulu sini" saja aku mengusiknya.
"Iiih kamu aja ke sini" di kelihatan kaget.
Setelah kami berjalan-jalan serta mengambil gambar di kawasan lampu-lampu di situ, kak Yus mengajak kami bermain ice skate.
Aku ketawa melihat mukanya yang sebegitu. Lantas aku mengeluarkan phone untuk mengambil gambarnya.
"Han! Don't you dare! Kamu nih!"
Aku ketawa terbahak-bahak tanpa mengendahkannya.
Lalu aku menyimpan phoneku dan menuju ke arahnya. Aku memegang tangannya tapi cepat ditepisnya.
'Marah agaknya' fikirku.
"Jom la. Kan saye dah janji nak ajar awak naik ni" kataku lembut untuk memujuknya.
Tiada jawapan darinya.
Aku mendekatkan wajahku ke arahnya sehingga hidung kamu bersentuhan. Dia seperti tidak keruan dengan tingkah laku aku. Merah padam mukanya.
"Jom" ujarku perlahan. Dia hanya mengangguk.
"You owe me something tonight" katanya dalam nada agak merajuk tapi selepas itu dia tersenyum.
Aku turut tersenyum.
Kami bermain ice skating di situ agak sejam juga. Sejak dia dah pandai main, dia terus tinggal aku meluncur dengan mama dan kak yus je.
'You owe me something too' gumamku sambil tersenyum melihatnya.
"Hey" ada tangan singgah di bahuku. Aku agak terkejut. Aku mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut.
"Karmila. Awak buat apa kat sini?" tanya macam tidak percaya. Baru pagi tadi kami terserempak di dalam toilet airport.
"I saje je ronda KL. Ye lah kan dah lama tak balik sini. Eh you sorang je ke?"
"Tak saye dengan family saye tu tengah main kat sane" aku menunjuk ke arah mereka di hujung sana.
"Ooo I still remember you mom and kak Yus. Dorang apa khabar?"
"Alhamdulillah baik" aku senyum ke arahnya. Dia sangat cantik malam ni. Kat airport tadi dah cantik, sekarang lagi cantik.
'Haish puji lebih-lebih pulak'
"I see. Yang lagi sorang tu sape? Tak pernah tengok muke pun?" dia bertanya sambil tunjuk ke arah Maia.
Aku terkulat-kulat ingin menjawab pertanyaan itu.
"Tu kawan. Dari Indonesia. Dia saje jalan-jalan sini memandangkan kitorang tengah cuti sem" aku tidak dapat meneka pandangannya ke arah Maia.
"Dah lama eh korang kenal? Macam mane boleh kenal dengan dia?" dah macam reporter pula Karmila ni. Bertubi-tubi soalan ditanya kepadaku.
"Nak dekat 3 bulan dah kenal. Kitorang kenal masa saye ke sane tolong kak yus join group ni tolong mangsa banjir kat Jakarta" ceritaku panjang lebar.
"Ooo patut la. Cantiknye dia" dia senyum ke arahku.
"Eh takpe lah. Lama pula kita kat sini. Awak mesti nak meluncur dengan dorang. Saye pun dah lambat nak pergi jumpe kawan jap" dia memandangku.
"Kalau lama pun takpe boleh jumpe dengan dorang" ujarku taknak anggap aku halau dia.
"It's okay. Maybe next time?"
Aku mengangguk.
"Okay see you next time Hannah. Glad to see you again" dia memelukku lalu cium pipiku setelah kami bersalaman. Aku terkejut dengan tingkah lakunya tapi aku membiarkan saja.
Dia lalu beredar. Aku melihatnya hingga hilang dari pandanganku.
![](https://img.wattpad.com/cover/122818692-288-k412889.jpg)
YOU ARE READING
Perfect (Slow Update)
AléatoireMengisahkan tentang cinta jarak jauh antara Hannah dari Malaysia dan Maia dari Indonesia. 89% dari kisah ni author ambil dari kehidupan sebenarnya. Selamat membaca!