14

1K 37 0
                                    

Kitorang jalan-jalan di pasar malam yang dekat dengan tempat kitorang makan. Kak yus beli 2 helai tudung bawal satin bercorak bunga-bunga. Cantik. Tadi sembang cakap nak cuci-cuci mata ja sebab pokai, ni duit tu taktau la datang dari mana sampai 2 helai tudung kak yus hentam beli

"Hanah nak beli apa-apa beli lah, kak yus belanja" kak yus menunjukkan sebaris giginya​.

"Waah orang nak lanje" aku buat muka teruja. "Tadi macam orang tu kata dah pokai hehe"

"Tadi saje je tengok-tengok dompet mane tau ade duit yang tersorok hahah. Tengok-tengok ada, tunggu apa lagi" aku hanya ketawa.

"Hm nak shawl boleh?" aku menunjukkan sebuah kedai yang menggantungkan shawl yang cantik-cantik. Orang nak belanja, tunggu apa lagi.

"Okay jom" kak yus memegang tanganku lalu menuju ke arah kedai tersebut. Aku tekun mencari shawl yang warnanya sesuai dengan kulit aku.

"Hanah, yang ni suke tak?" kak yus menunjukkan shawl bercorak ape tah tapi cantik. Kena dengan cita rasa aku.

"Hanah kan kulit cerah sesuai dengan warna ni" kak yus mendekatkan shawl itu dengan muka aku untuk pastikan warna shawl itu sesuai dengan kulit muka aku.

"Cantik lah. Pandai kak yus cari" aku suka design corak shawl tu.

"Tengok lah sape yang cari" kak yus mengangkat kening sebelahnya. Bangga lah tu.

"Hanah nak beli apa lagi?"

"Tu je lah. Duit lebih tu nanti boleh buat beli barang dapur"

Kami terus balik lepas beli shawl untuk aku. Sesungguhnya aku dengan kak yus ni 'hantu shawl'. Shawl kat rumah berlungguk-lungguk. Tudung bawal sehelai dua je.

• • • • •

"Hanah start kelas hari apa?" kami makan ayam goreng yang dibeli dari pasar malam tadi sambil tengok tv kat ruang tamu.

"Isnin minggu depan" aku khusyuk layan drama kat tv. Kak yus hanya mengangguk.

"Hanah dengan Maia macam mana?" tanya kak yus lagi.

"Macam mana apa?"

"Dia contact Hanah tak lagi?"

"Oh tadi dia ade send whatsapp kat Hanah tapi masa tu kita tak sampai lagi. Pastu balik tadi baru baca sebab phone off lupa nak on balik" terangku.

"Bagus lah. Jaga lah dia elok-elok. Walaupun jauh kalau hati tu untuk dia ja, korang boleh sampai ke anak cucu" aku ketawa bila kak yus mention anak cucu.

"Eleh dari kat sane lagi sorak-sorak anak cucu anak cucu. Yelah tu anak cucu" kami berdua ketawa teringat peristiwa kecoh aku cium tangan Maia.

• • • •

Aku terus masuk ke dalam bilikku selepas kami berdua kemas ruang tamu. Makan pon comot dua beranak ni.

Aku mencapai phone lalu pergi ke aplikasi whatsapp. Ada 3 chat dari Maia yang aku belum baca.

Maia 💓 : Hai lagi ngapain? (10:30 pm)

Maia 💓 : Aku lagi di luar, pergi makan sama ayah dan kakak . (10:30 pm)

Maia 💓 : Aku ada foto kamu sewaktu kamu di pusat pengungsian kemarin hehe. (10:32 pm)

Aku download 2 gambar yang Maia send. Kelihatan gambar aku tengah menyusun novel. Khusyuknye muka haha. Gambar 1 lagi kelihatan aku tengah bersembang dengan Nia dan ibunya. Aku tersenyum melihat gambar-gambar yang diambil curi-curi.

Me : Sweet stalker ( 10:44 pm)

Me : Btw masa ni first kita berkenalan kan? (10:45 pm)

Maia💓 : Iya. Aku lihatin kamu terus dari kamu keluar van squad kamu 😜 (10:48 pm)

Maia💓 : Awalnya aku fikir Bella yang datang nolongin korban banjir di situ. Rupanya gf sendiri (10:48 pm)

Me : Ciee. Btw sape Bella? (10:49 pm)

Maia💓 : Laudya Chintya Bella tu. Artis Indonesia. Dia cantik banget. Dia baru aja menikah dengan mantan suaminya aktris dari Malaysia. (10:49 pm)

Me : Oooh Bela tu. Aah dia cantik lah kan (10:49 pm)

Maia 💓 : Iya tapi bagi aku kamu jauh lebih cantik haha (10:50 pm)

Aku ketawa bila chat dengan Maia. Dari topik awal-awal kenal, cerita pasal artis indo sampai lah topik pasal diri sendiri.

Maia 💓 : Kamu pernah pacaran sama cewek? (11:30 pm)

Me : Tak pernah. Pernah suke je dulu (11:30 pm)

Maia 💓 : Wuuu. Kayaknya kamu punya banyak crush (11:30 pm)

Me : Tak ramai lah haha. Awak pulak pernah couple dengan perempuan? (11:31 pm)

Maia 💓 : Aku juga gak pernah. Crush pun gak ada sama sekali. Ini baru pertama kalinya aku suka sama cewek. Gak tau deh (11:31 pm)

Me : Sebelum ni awak pernah ade bf eh? (11:32 pm)

Maia 💓 : Pernah. Waktu itu aku masih di SMA haha (11:32 pm)

Me : Cie cie. Habis tu kenapa break? (11:32 pm)

Maia 💓 : Aku yang mau break. Dia kurang sopan sama aku.. (11:33 pm)

Me : What happen? (11:33 pm)

Maia 💓 : Ntar aku cerita ya. Kalau cerita sekarang nanti aku gak bisa tidur karna itu adalah kenangan paling pahit dalam hidup aku.. (11:33 pm)

Me : Sorry ye tanye-tanye terus. Sekarang awak ade saye and we'll create our sweet memories together okay? Jangan ingat-ingat benda dah lepas (11:34 pm)

Maia 💓 : Iya. Kamu gak salah. Ntar sudah tiba masa kita ketemu lagi aku cerita sama kamu so you can comfort me when I'm sad (11:34 pm)

Me : Okay babe. Sekarang dah lewat ni. Jom tidur 😚 (11:35 pm)

Maia 💓 : Okay. Kita tidur yuk. Good night sayang. Sweet dream 🌃 (11:35 pm)

Me : Good night. (11:35 pm)

Aku tutup aplikasi whatsapp. Mata dah semakin berat. Tanpa aku sedari aku tertidur tanpa tutup lampu.

Perfect (Slow Update)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang