13

1K 36 3
                                    

"Dah la tu nanti korang jumpe lah nanti" kak yus menepuk belakangku melihat aku menangis sepanjang perjalanan ke airport.

"Pening kepala lah kak" aku mengurut kepala yang sudah mula sakit.

"Tu lah nangis banyak-banyak lagi" kak yus mengambil minyak angin dari poket seluarnya lalu menyapu di tepi dahi aku.

"Susah lah nak jumpe balik nanti" aku memejam mata menahan sakit.

"Kalau rasa nak jumpe tu usaha la. Ni goyang kaki tak buat apa-apa pastu mengeluh susah nak jumpe lah, duit tak cukup nak jumpe lah" kak yus dah mula versi makcik-makcik yang kuat membebel.

Tanpa aku sedar, kami dah sampai ke airport tepat jam 3 petang. Kami mengeluarkan barang-barang keluar dari van dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu van yang salah seorang daripada skuad Indonesia.

Tak sampai 5 minit pengumuman sudah dibuat oleh penolong skuad bantuan banjir untuk berkumpul di kawasan departure macam haritu kami nak datang sini.

Kak yus masih sempat membeli jajan kat kedai-kedai situ. Kami sudah bersedia menaiki flight setelah semua barang-barang dah scan.

• • • •

"So apa perancangan korang lepas ni?" Kak yus memecah kesunyian di atas flight sambil mengunyah jajan yang sempat dibelinya tadi.

Skuad yang lain ramai yang dah tertidur akibat penat. Ada yang buat hal masing-masing.

"Perancangan apa" aku membalas sambil main game.

"Korang kan dah official hehe pastu lepas ni apa perancangan korang nak jumpe balik nanti?"

"Taktau lagi lah kitorang tak sempat nak bincang. Tadi pun baru je sesi meluah perasaan. Mane sempat" ujar ku.

"Cecey pandai dah sekarang. Korang buat apa lah tadi dalam bilik store" kak yus tergelak melihat muka aku dah merona merah.

"Kepoh la kak yus ni. Yang pasal plan tu biarkan dulu kot. Hanah kan nak exam nanti lagipun sebelum ni pun Hanah dok buat part time kat kedai kek Fairy tu so boleh kumpul duit tu nak jumpe Maia lagi" aku berhenti main game. Bosan asyik kalah ja.

Sebelum ni pun aku buat part time kat kedai kek tu tapi setiap kali gaji kadang-kadang duit tu aku simpan untuk masa depan cewah. Kadang-kadang sesetengah duit tu pakai untuk berjimba, beli barang dapur(yang ni kami share duit).

"Ha yelah focus study dulu apa-apa pun. Tak jawab lagi soalan akak tadi. Korang buat apa dalam store tu cerita lah" kak yus mula dah.

"Ish kak yus jangan la buat muke tu" aku mula geletek pinggang kak yus sebab tak tahan tengok dia buat muka comel konon nak umpan aku suruh cerita. Not so easy.

• • • •

"Fuuuhhh rindunye bilikku syurgaku" aku terus baring dia atas katil empuk bersaiz queen. Tudung aku biarkan dulu sebab masih penat. Malas sebenarnye.

Tengah dok sedap-sedap baring, aku baru teringat pasal Maia. Terus aku mengeluarkan phone yang aku off dari atas flight tadi.

Phone aku vibrate tanda ada whatsapp chat masuk. Chat dari unknown number tapi dari dp whatsapp dia dah membuatkan aku tersenyum.

Unknown : Hai yang jauh di mata, dekat di hati. Aku sudah sampai rumah -Maia(4:15 pm)

Unknown : Masih belum sampai ya? (4:30 pm)

Unknown : Kamu istirahat ya. Aku mau mandi dulu. I love you. (4:45 pm)

Aku tersenyum membaca chat dari Maia. Aku dah mula rindu dia. Lantas aku menaip untuk reply chat.

Me : Hai awak. Saye baru sampai ni tengah baring. Tudung pun belum buka penat sangat haha (5:20pm)

Aku save nombor phone dia. Chat aku dibalas tidak lama selepas itu.

Maia💓 : Pasti kamu capek kan. Kamu istirahat aja dulu. (5:22 pm)

Me : Takpe chat je. I already miss you 😔 (5:22 pm)

Maia💓 : I miss you too.

Lama jugak aku chat dengan dengan Maia sampai terlupa masa nak solat asar.

Me : Maia, I gotta go.. belum solat asar lagi hehe (6:00pm)

Maia💓 : Okay. Aku juga mau makan. Perut sudah bunyi-bunyi. (6:00pm)

Me : Okey malam nanti kita chat lagi ye. Bye I love you 😚 (6:01pm)

Maia💓 : I love you too babe 🌏

Aku bergegas ke bilik air untuk berwudhuk. Kak yus ni senyap je tah-tah dia pun dok membuta kat bilik sebelah sebab penat.

Usai solat aku kejutkan kak yus memandangkan dah nak manghrib. Harini kitorang malas nak masak so kita cari makan kat luar.

Perfect (Slow Update)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang