"Mane dia ni" aku memandang wajah mama. Kami sudah sampai di airport lebih kurang 15 minit yang lepas. Kak Yus tunggu kat rumah masak something. Terbalik kan? Sepatutnya kak Yus ikut aku, mama masak kat rumah.
Aku geli hati melihat mama ulang-alik tak tentu arah.
"Duduk la dulu ma. Maia sampai pukul 11 pagi. Lagi 30 minit" aku cuba menenangkan hati mama.
"Mama risau la. Tah-tah flight dia delayed ke, dia tak sempat bagitau. Tah de lapar kat dalam flight tu" ibu seraya duduk di sebelahku.
"Apa pulak cakap macam tu. Kalau delayed pun dia mesti chat. Takde alasan dia tak sempat chat ke apa"
"Ye lah tu. Call kak yus kejap. Tanye dia dah start masak ke belum? Jangan sambung tidur sudah" ade je mama ni.
Lantas aku mengeluarkan phone lalu call kak yus.
"Yuuhuu.. dah ambik Maia ke tu?" kedengaran bunyi macam kak yus goreng sesuatu di belakang corong telefon.
"Belum. Pukul 11 baru sampai. Ni mama suruh call tanye dah masak ke?"
"Dah ni. Kak Yus tengah goreng ayam nak buat ayam masak merah"
"Sedapnyeeee.. okay. Nanti dah on the way Hannah whatsapp ye"
"Okay hati-hati. Bye" kami menamatkan perbualan.
"Macam mane? Dia dah masak?" tanya mama sambil melihat ke arah 'arrival'.
"Dah. Dia tengah masak ayam masak merah" mama mengangguk tanpa melihat ke arahku.
Aku membuka camera phone dan 'tik!' dapat hahaha. Gambar mama excited mengalahkan aku. Aku menyimpan phone lalu menunggu ketibaan Maia.
• • • • •
"Ma Hannah nak pergi toilet jap la" aku dari tadi tahan akhirnya tewas.
"Iye pergi lah mama tunggu ni"
"Ni Maia tau. Kalau dia dah sampai tunggu sini dulu. Jangan silap tegur orang pulak" aku menunjukkan gambar Maia dari phone aku.
"Mama tau la ingat mama cepat lupa ke" aku ketawa lalu pergi ke toilet.
Selepas aku melepaskan hajat, aku pergi ke cermin toilet itu. Basuh tangan, betulkan tudung and a little bit touch up.
Sedang aku leka di cermin, aku perasan ada seseorang sedang memerhati aku. Aku melihat ke arahnya dan dia tersenyum.
"You Hannah kan? Hannah Syazwina if I'm not mistaken" kata perempuan lingkungan umur aku. Tinggi. Memakai skirt singkat dan rambutnya yang panjang melepasi paras bahu.
Aku terpinga-pinga.
'Siapa dia ni?' aku cuba ingat balik.
"Karmila" dia bersuara.
'Wow. Karmila. Budak perempuan paling selekeh, taktau apa itu make up, dress, high heels' aku terpaku seketika. Karmila yang sekarang tak setanding dengan Karmila yang dulu. Cantik sangat.
'Dia ni la yang selalu stalk aku masa sekolah dulu'
"Wow. Hai how are you?" aku menghulurkan tangan.
"I'm good. And you?"
"I'm great. Awak tunggu sape kat sini?" Aku berbasa-basi.
"Orang yang tunggu I. I baru habis fashion show kat Paris" model ni. Tengok cara pemakaian pun dah tau.
"Oooh great to see you again. Rasanya lepas SPM kita dah tak jumpe kan"
"Ya I masa tu apply kolej biasa je ambil kos fashion. Actually I dah lambat, papa I dah tunggu tu. So can I get your number? Maybe kita boleh hangout somewhere" dia memandang tepat ke arahku.
"Ya of course" aku senyum.
Dia mengeluarkan iPhone 6 lalu memberikan kepadaku. Aku mendial nombor dan phone itu bertukar tangan.
"Thanks. Hope to see you again" dia berlalu.
Aku pun dah lama sembang kat tempat pelepasan hajat terus ikut keluar.
• • • • •
Dari kejauhan aku nampak dia individu sedang leka bersembang. Aku berjalan perlahan ke arah mereka.
Aku menyentuh bahunya dan dia mengalih ke arahku.
'Alamak silap orang!'
"Sorry saya silap orang hehe" aku terus pergi dari situ tanpa melihat wajah mereka.
'Makcik tu pakai baju nak sama dengan mama kot. Malunya'
Aku mencari kelibat mereka di tempat kami menunggu tadi. Tak jumpa. Lantas aku mengeluarkan phone lalu dial nombor mama.
"Hello ma. Ma kat mane ni? Orang dah tersilap tegur dah tadi makcik tu pakai baju sama dengan mama" kedengaran dua suara sedang ketawa.
"Haa tu la cakap mama yang silap orang rupanya dia. Mama kat kedai souvenir tepi restoran sea food ni" aku terus mengorak langkah ke lokasi tersebut.
Dari jauh aku sudah nampak mama dan individu yang aku rindu selama ini. Kali ni tak salah orang dah. Kelihatan dia khusyuk memilih souvenir. Mama pula tengok je.
Aku memasuki kedai itu. Perlahan-lahan aku menuju ke arahnya. Sempat aku menunjukkan isyarat senyap kat mama dan mama pun tunjuk isyarat okey.
"Nak beli souvenir waktu balik la" aku bisik di telinganya. Dia menoleh lalu tersenyum.
"Kamu dari mana? Kok lama sih?" kelihatan dia sedikit merajuk.
"Sorry saye pergi toilet tadi" aku melirik ke arah mama.
"Eh jom lah. Kita balik dulu. Kak Yus tunggu lama dah kat rumah tu. Souvenir ni masa balik kita beli" mama faham dengan lirikan aku supaya balik cepat.
"Iya. Yuk" dia memaut lenganku lalu kami bertiga keluar dari kedai itu.
Tanpa disedari ada sepasang mata yang sering melihat ke arah mereka bertiga. Ada sedikit rasa cemburu dan marah.
'Let's play a game' bisiknya di dalam hati.
YOU ARE READING
Perfect (Slow Update)
RandomMengisahkan tentang cinta jarak jauh antara Hannah dari Malaysia dan Maia dari Indonesia. 89% dari kisah ni author ambil dari kehidupan sebenarnya. Selamat membaca!