18

1K 37 1
                                    

Aku menyimpan barang-barang dapur ke tempat yang sepatutnya. Malam ni kak yus nak masak tom yam dengan kailan ikan masin. Terliur bhaiii.

Ting Tong~~

Sedang leka memotong sayur untuk buat Tom yam, loceng rumah berbunyi.

"Hanah bukak pintu jap!" kak yus menjerit dari tingkat atas dalam biliknya. Dia tak boleh turun sebab tengah mandi.

Aku menuju ke arah pintu depan untuk melihat gerangan yang datang mangrib2 ni.

Setelah pintu dibuka, sosok tubuh yang amat aku kenali berada di depan sambil tersenyum.

"Ibu" aku menyalami tangan ibu.

"Kenapa tak bagitau nak datang. Tidak boleh kitorang ambil tadi. Ibu datang dengan ape?"

"Kalau ye pun nak soal siasat bagi lah ibu masuk dulu" aku sengih. Risau sangat dekat Datin Huri ni.

"Sape datang Hanah?!" Kak yus masih dalam bilik. Habis mandi dah kot. Dah tak dengar bunyi shower.

"Datin Huri ni haa"

Tiada respond.

"Haaa tak jawab lagi soalan Hanah tadi" aku memecahkan kesunyian.

"Ibu datang dengan pak cik salim tadi dia nak pergi rumah anak lelaki dia. Anak dia baru je pindah kat rumah depan ni minggu lepas. Haritu dia ada datang rumah ibu borak-borak sikit" kata ibu panjang lebar.

"Ooo anak pak cik salim tu nama apa?"

"Fahmi Izzat. Masa dia datang rumah tu dia ada tengok gambar Hanah dengan kak yus yang ibu gantung kat depan tu. Dia berkenan kat Hanah. Nak berkenalan katanya" aku terkedu.

"Kenapa tak berkenan kat kak yus? Umur dah meningkat tapi single lagi" ibu ketawa.

"Oii apa mention nama orang ni. Mengumpat lah tu" kak yus turun dari bilik lalu duduk di sebelah ibu.

"Kenapa ibu tak call yus cakap nak datang sini? Kitorang tadi keluar beli barang. Tidak boleh terus pergi rumah ambik ibu makan sini. Yus dengan Hanah nak masak tom yam malam ni" kata kak yus.

"Ibu taknak lah susahkan korang. Lagipun pak cik salim nak pergi rumah anak dia depan ni je" kak yus memandang aku.

"Sape anak pak cik salim? Setahu yus Pak cik salim takde anak"

"Yus jarang jumpe anak dia tu. Anak dia study kat German. Ni baru habis degree"

"Dah jom la masak. Lapar ni" aku boring asyik dengar pasal anak orang tu la anak orang ni la tapi perut kosong.

• • • • •

Kak yus menolong ibu kemas meja makan. Aku pulak macam biasa tugas cuci pinggan.

"Yus ni takde lagi ke pasangan istimewa?" aku terhenti mencuci pinggan. Kak yus pun sama, berhenti kemas-kemas meja. Kami berdua diam. Ni ibu datang mesti ada apa-apa.

"Ibu tanye ni bukannye ape. Kamu tu umur dah meningkat tapi takde lagi someone special lagi" ibu mula dah..

Kak yus hanya diam. Dulu dia ada la boyfriend kerja sama dengan dia sebagai sukarela ni. Tapi dorang couple tak sampai setahun dah break up. Jumpa jodoh katanya masa buat kerja amal tu. Melepazzz sudaa...

Tapi aku tengok kak yus ni biasa je. Tak nampak sedih tak nampak happy. Ibu pulak sejak akhir-akhir ni tanye-tanye pasal someone special kat kak yus. Eh tapi bukan kat kak yus je, aku pun terkena sekali.

"Kalau dah jumpe jodoh yus bawak lah bakal menantu jumpe mak" kak yus macam pasrah dengan keadaannya yang usia semakin meningkat tapi single lagi.

"Ibu bukan nak paksa anak ibu kahwin cepat-cepat. Ibu kesian je kat yus. Walaupun yus dah pandai jaga diri, jaga Hanah, tapi yus kena juga ada orang yang jaga yus. Kita ni perempuan. Nak pergi mane-mane ade suami kan senang takde orang nak kacau-kacau" ibu mengusap kepala kak yus, taknak bagi anak dia tertekan sebab fikir pasal jodoh.

"Insyaallah ibu. Yus bawak bakal menantu jumpe ibu nanti. Don't worry la" kak yus senyum.

"Yelah. Haa awak macam mane pulak? Tak pernah dengar ade someone special ke tak" aku tersentak apabila tangan ibu tiba-tiba mendarat di belakang aku yang sedang cuci pinggan"

"Woii cepot!! Haa tudia dia keluaq dah eh!" kak yus dengan ibu gelak kuat gila.

"Sejak bila melatah hahahaha. Ke tengah fikir pasal Maia" aku terkejut bila dengar kak yus mention nama Maia depan ibu. Weh dia ni mulut memang nak kena cabai.

"Maia sape?"

"Kawan je ibu" aku menahan debar di dada.

"Tak. Girlfriend Hanah ibu. Dorang jumpe masa pergi Indo haritu masa kitorang tengah uhm uump...." aku tutup mulut kak yus cepat-cepat.

"Jangan lah bagitau" aku bisik di telinga kak yus.

"Hanah ade girlfriend? Kira someone special jugak la ni?" ibu memandang tepat ke arah aku. Takde riak terkejut langsung. Yang ade riak muka nak tau sangat-sangat pasal aku dengan Maia.

Aku hanya diam.

"Iye ibu. Maia dari Indo sane tu. Student universiti kat Jakarta. Dorang pun join tolong-tolong mangsa2 banjir kat sane. Haa jumpe masa tu lah" terang kak yus sementara aku tengok muke ibu nak tengok apa reaksi dia lepas ni.

"Adik kau dah ade kenapa kau takde lagi? Pasal adik kau cepat je tau" aku menahan gelak.

"Ibu tak terkejut?" aku beranikan jugak tanye.

"Asalkan dia boleh jaga Maia, Maia pun boleh jaga dia. Ibu tak kisah"

Hampa tau dak dia punya happy tu macam mana bila ibu hampa habaq lagutu? Eh sorry2 terutarakan bahasa pulak.

"Thanks" itu je yang mampu aku luah lepas ibu cakap macam tu.

"Kak yus dengan ibu support Hanah dari belakang. Go Hanah go!!!!" aku menolak badan kak yus.

"Siot la"

Malam tu kami 3 beranak hanya berbual pasal kerja dengan study dengan ibu. And yang paling lama sembang pasal bae lah hehe. Datin Huri nak berkenalan dengan bae katanya.

Lepas kitorang borak-borak tu, ibu dah undur diri. Tak tahan nak lawan mengantuk.

"Jom la naik atas" kak yus tutup tv.

Aku baring di atas katil lalu mengambil phone. Kelihatan ada chat dari Maia tadi.

Maia 💓 : Sayang lagi ngapain? (10:30 pm)

Maia 💓 : Aku capek harini. Baru aja pulang dari group discussion di luar 😥 (10:32 pm)

Maia 💓 : Sayang, aku tidur dulu ya. Sorry gak bisa video call malam ni. (10:35 pm)

Me : Takpe. Awak tidur la. Rehat cukup-cukup. Esok kita video call (11:15 pm)

Me : Btw esok bakal mak mertua nak kenal-kenal dengan awak 😝 hahaha (11:16 pm)

Aku keluar dari aplikasi whatsapp dan terus 😴😴😴😴😴 lupa tutup lampu lagi...







Good night guys 😘

Perfect (Slow Update)Where stories live. Discover now