Dah tiba masanya group 3 dari skuad Malaysia balik ke tanah air. Kitorang bersalam-salaman dengan skuad bantuan dari university Jakarta. Mangsa-mangsa banjir jugak tak henti-henti mengucapkan terima kasih atas bantuan yang mereka terima sepanjang kitorang kat sini.Aku terhenti masa tengah bersalam-salaman dengan skuad Indonesia dan mangsa-mangsa di situ apabila Maia berada di depanku. Tunggu turn nak salam.
Dia hanya tersenyum. Lantas kami berdua nak salam tangan sama-sama lepastu terhantuk kepala. Sakit doh. Kami berdua ketawa dan Maia mengusap kepalaku perlahan.
"Masih belum tau siapa yang lebih tua" ujarnya sambil ketawa.
"Haha. Umur awak berape?"
"20" bisiknya perlahan di telinga aku.
Aku buat muka terkejut.
"Terlalu tua?"
"Bukan. Kita sebaya" kataku seraya ketawa.
"Wah kayaknya memang jodoh hehe"
"Kalau tua dari saye pun ape salahnye. Tetap jodoh" aku mengenyit mata kepadanya. (Age is just a number tau)
"Cie udah pintar ngegombal" Maia mengangkat kening sebelah
"Ngegombal?"
"Kamu udah pintar cakap manis-manis gitu. Sebelum ini kamu kayak orang yang gak ada ekspresi" ujarnya lalu ketawa.
"Ouch"
"Gak lah gurau je" ujarnya yang masih ketawa.
Kami berdua berdiam lama.
"Kamu jangan lupain aku ya kalau udah pulang nanti" Maia tunduk sambil mengusap lembut tanganku.
"Nanti aku whatsapp kamu kalau aku udah sampai ke rumah ya" ujarnya lagi.
"Kita baru jadi tadi takkan la saye nak lupakan awak terus. Saye tunggu tau awak whatsapp saye" kataku sambil mencium lembut tangannya.
"Tinggal jauh-jauh ni jangan pula kamu nikung sama aku" dia bermain-main dengan shawl aku yang terjuntai. Maklum la harini rajin terlebih belit-belit shawl sampai terjuntai-juntai macam tali tarzan.
"I only love you" aku memandangnya dengan senyuman yang masih terukir.
"Then prove it bila udah sampai sana, deal?" Maia menghulurkan tangan tanda persetujuan. Aku mencapai tangannya lalu mencium lembut.
"Cie Maia sama Hanah gitu banget salamannya kayak orang pacaran mau ditinggal LDR aja" suara dari kawan Maia mula bersuara dari jauh sambil bertepuk tangan. Suara perempuan dengan laki sama-sama dengar.
"Iya kita pacaran nih. Jangan ada yang mau nikung ya" Maia menguatkan suaranya kerana jaraknya dari kawan-kawan agak jauh. Lalu dia memeluk bahuku.
Kedengaran suara-suara orang menyorak 'moga kekal ke anak cucu'. Dah macam pengantin baru lah pulak. Suara yang paling jelas semestinya suara kak yus diikuti dengan kak Surya.
Setelah selesai sesi bersalaman dengan skuad di situ, kami mengangkat barang-barang masuk ke dalam van yang telah tunggu di depan dewan. Salah seorang skuad dari universiti Jakarta akan menghantar kami ke airport.
Maia juga datang tolong angkat barang masuk ke dalam van. "Belum pergi lagi tapi udah terasa rindu" katanya perlahan.
"Aah. Takpe kita kan masih boleh chat atau call nanti" aku cuba memujuk memandangkan muka Maia macam dah nak nangis. Aku pun sebak.
"Iya. Nanti sudah tiba masanya kita ketemu lagi" ujarnya sambil tersenyum.
Setelah habis semua barang dah dimasukkan ke dalam van, kami mengucapkan selamat tinggal kepada skuad dan mangsa-mangsa banjir. Bermacam-macam pengalaman kami dapat sepanjang 7 hari berada di pusat pemindahan tersebut.
"Selamat tinggal Hanah. Hati-hati ya balik nanti" katanya sambil memelukku lama. Aku dapat rasakan air hangat di bahu aku.
"Iye awak pun hati-hati balik nanti. And I will always love you walaupun kita jauh" kataku yang dah mula nangis nak berpisah dengan crush. Eh girlfriend dah la.
"Walaupun jauh, hati aku tetap untuk kamu. That's my promise" Maia mengusap air mata aku.
"Let's prove it together. Walaupun jauh kita tetap saling mencintai kan. No matter how hard our situation for being so far, we'll never be apart" aku cium pipinya. Ayat paling jiwang pernah aku cakap kat orang tapi takpe lah dengan girlfriend je pun.
"Iya. We'll prove it together" ujarnya.
"Till we meet again" aku mencium pipi kiri dan kanannya.
"Till we meet again" katanya sambil membuat benda yang sama.
Thank you tolong translatekan ke bahasa Indo 💖 I just did this story only 60% but you make it completely to 💯%. That's mean awak banyak membantu dalam membuat story ni cieeeee. I love you 😚 Yes you.
Thank you too to readers, voters and commenters. Keep reading, voting and comment 😉
YOU ARE READING
Perfect (Slow Update)
LosoweMengisahkan tentang cinta jarak jauh antara Hannah dari Malaysia dan Maia dari Indonesia. 89% dari kisah ni author ambil dari kehidupan sebenarnya. Selamat membaca!