Tahun 1986
"Arghhhhhhhh!"
Kedengaran jeritan nyaring seseorang memecah keheningan malam yang sunyi.
"Eh! Itu macam suara Cempaka." Ujar Haji Ibrahim yang mendengar jeritan Cempaka yang menjerit.
"Jomlah,bang. Kita pergi tengok. Risau saya dengan budak tu." Cemas suara Hajah Kamsiah.
Haji Ibrahim dan Hajah Kamsiah segera menuju ke rumah Cempaka yang bersebelahan sahaja dengan rumah mereka.
Kelihatan pintu rumah Cempaka terbuka dengan luas seperti seseorang telah memasuki rumah tersebut.
Apa lagi,Haji Hamid serta Hajah Kamsiah segera memasuki rumah Cempaka. Risau kalau apa-apa terjadi kepada Cempaka yang duduk seorang diri dalam rumah. Setelah ibu bapa dia meninggal,Cempaka duduk seorang diri didalam rumah pusaka arwah ayah dia.
"Ya,Allah bang." Terkejut Hajah Kamsiah apabila melihat keadaan Cempaka kini.
Keadaan Cempaka sangat mengerikan. Bebola matanya sudah tiada. Badannya dipotong 12 bahagian. Kepalanya dipenggal. Juga,bau darah yang hanyir menyusuk hidung.
Ketika ini,Haji Ibrahim hanya mampu mengucap panjang didalam hati apabila melihat tragedi tersebut. Hajah Kamsiah mengalirkan air matanya apabila Cempaka diperlakukan sebegitu.
"Apa-apa pun,kita perlu panggil orang-orang kampung untuk sama-sama menguruskan jenazah beliau." Ujar Haji Ibrahim dengan nada perlahan.
"Ya lah bang." Balas Hajah Kamsiah dengan nada sayu.
"Jom kita panggil penduduk kampung."
Lalu Haji Ibrahim dan Hajah Kamsiah segera beredar. Haji Ibrahim menutup rumah Cempaka. Mereka berdua pun mula beredar.
Tetapi di sebalik pokok jambu tersebut,kelihatan 'identiti' tersebut tersenyum sinis lalu beredar di dalam kegelapan malam.
YOU ARE READING
MALAM
Mystery / ThrillerSINOPSIS: Setiap kali 'MALAM' menjelang,pasti akan terjadi sesuatu perkara yang mengerikan.Sehingga tiada seorang pun yang berani keluar pada waktu malam.'Identiti' tersebut bijak melakukan perbuatannya sehingga tiada kesan atau jejak yang ditingg...