BAB 1

121 3 0
                                    

Udara sejuk di waktu pagi amat mengenangkan. Terasa lega apabila di sapa angin yang berpuput lembut.

Pak Samuri mengayuh basikal perlahan-lahan menuju ke ladang getah yang kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Apabila sudah sampai,dia mula meletakkan basikal tersebut di pondok yang selalu dijadikan tempat berehat kepada penoreh getah untuk berehat ketika selesai menoreh.

Aikk,takkan tak ada sesiapa yang datang lagi. Biasanya yang lain-lain mesti dah datang. Gumam hati Pak Samuri.

Dia malas untuk memikirkan perkara tersebut lalu memulakan kerjanya dengan basmallah bagi memudahkan setiap pekerjaannya.

Ketika Pak Samuri ingin melangkah ke pokok ke-3 pula,dia terdengar seperti daun bergesel. Berderau darah Pak Samuri ketika itu. Tetapi,dia tetap meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan perkara tersebut. Mungkin angin. Bisik hatinya.

Kini bunyi ranting kayu terjatuh pula. Terperanjat Pak Samuri ketika itu. Ish,tak habis-habis lagi ke. Aku nak buat kerja pun tak senang. Daun bergesel lah,ranting kayu jatuh lah. Bebel hati Pak Samuri ketika itu.

Ketika itu,satu 'identiti' mula munculkan dirinya di sebalik pokok getah. 'Dia' hanya memerhatikan Pak Samuri dari jauh sahaja. Kemudian dia menyembunyikan dirinya disebalik pondok tersebut agar 'dia' tidak dilihat oleh Pak Samuri. Dia mula mengintip setiap pergerakan Pak Samuri.

Pak Samuri yang terasa dirinya di perhatikan mula memandang sekeliling. Dia mula berasa tidak sedap hati. Cepat-cepat dia menyudahkan kerja dia. Biarlah pokok getah yang lain. Ada masa aku menoreh lagi. Bisik hati kecil Pak Samuri. Lalu,dia menuju ke basikalnya lalu mengayuh meninggalkan tempat tersebut. Dia mula berasa tidak sedap hati dengan keadaan di ladang getah tersebut.

'Identiti' tersebut tersenyum sinis memandang Pak Samuri yang meniggalkan ladang getah tanpa menorehnya lagi. Lalu,'identiti' tersebut mula hilang perlahan-lahan.

MALAMWhere stories live. Discover now