"Kau tak rasa pelik ke dengan kes yang kita siasat sekarang ni?" Soal Inspektor Hanif memecahkan kesunyian di dalam kereta dia.
"Aku pun pelik juga. Yalah,tak ada kesan apa-apa pun. Sedangkan aku soal siasat pak cik tu pun dia tak jumpa apa-apa tadi." Balas Inspektor Izwan."Cakap pasal pak cik tu. Baru aku teringat. Macam mana dia boleh jumpa mayat tadi?" Soal Inspektor Hanif.
Imbas kembali....
"Pak cik,saya nak soal siasat sikit boleh?" Soal Inspektor Izwan setelah melabuhkan punggungnya di atas pondok tersebut.
"Sebenarnya,pak cik ni pemilik kebun ni." Ujar pak cik itu.
"Nama pak cik,Sharif. Panggil pak cik,pak Sharif je." Pak Sharif mula memperkenalkan diri dia.
"Kamu ni Inspektor Izwan kan yang selalu menyiasat kes-kes pembunuhan bersama kawan kamu lagi sorang tu." Sambung pak Shatrif.
Inspektor Izwan betul-betul tak sangka bahawa pak cik tersebut mengingatinya dengan Hanif.
"Ya,pak cik." Balas Inspektor Izwan.
"Apa yang kamu nak soal pak cik. Silakan."
"Dalam pukul berapa pak cik jumpa mayat tersebut?" Soal Inspektor Izwan sejurus menanyakan soalan pertama.
"Kira-kira jam 8 pagi. Masa tu pak cik nak kutip buah durian yang jatuh. Tiba-tiba pak cik terhidu sesuatu bau yang sangat hanyir. Pak cik cari punca bau tersebut. Lepastu,pak cik nampak ada sesuatu macam terbaring dekat kawasan lapang tu. Pak cik tak sedap hati. Pak cik takut penagih dadah je. Pak cik bawa kayu yang ada di kaki pakcik. Pak cik jalan perlahan-lahan. Bila sampai je,pak cik terkejut tengok mayat tu dah di potong 12 bahagian. Mayanya pun tiada. Jadi,pak cik cepat-cepat panggil penduduk kampung suruh telefon pihak polis tadi." Cerita pak Sharif dengan panjang lebar.
"Pak cik tak jumpa sesuatu ke dekat situ. Maksud saya,kesan atau apa-apa yang pelik di sekitar kawasan pembunuhan?" Soal Inspektor Izwan.
"Tak ada. Yang pak cik nampak kesan darah mangsa je. Yang lain pak cik tak nampak apa-apa." Balas pak Sharif dengan nada perlahan.
"Baiklah,pak Sharif. Kalau macam tu terima kasih ya atas apa yang pak cik ceritakan tadi tu ya. Kalau ada apa-apa saya akan soal siasat pak cik pada bila-bila masa." Inspektor Izwan mula bangun perlahan-lahan.
"Boleh. Tak ada masalah. Pak cik tak sibuk mana pun." Balas pak Sharif juga bangun lalu berjabat tangan dengan Inspektor Izwan. Inspektor Izwan juga menyambut huluran tangan tersebut.
Sekarang
Inspektor Hanif mengganguk kepalanya sahaja tanda memahami cerita tersebut.
"Apa-apa pun pak cik boleh dikatakan sebagai suspek utama kita sebab dia yang jumpa mangsa tu dulukan." Ujar Inspektor Hanif.
Inspektor Izwan mengangguk sahaja kepalanya. Manalah tahu boleh di syaki juga. Sekarang ni,tak kira muda atau tua pun boleh melakukan kerja tersebut.
YOU ARE READING
MALAM
Mystery / ThrillerSINOPSIS: Setiap kali 'MALAM' menjelang,pasti akan terjadi sesuatu perkara yang mengerikan.Sehingga tiada seorang pun yang berani keluar pada waktu malam.'Identiti' tersebut bijak melakukan perbuatannya sehingga tiada kesan atau jejak yang ditingg...