BAB 13

55 1 0
                                    

Malam mula menjelma. Kelihatan bulan dan bintang di dada langit. Bunyi cengkerik saling bersahut-sahutan antara satu sama lain. Suasana pada malam itu sungguh nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Zulaikha membuka tingkap dapur sambil melihat alam ciptaan Tuhan yang indah. Sungguh indah apabila Zulaikha melihat langit yang begitu cantik sekali. Kemudian,dia terus menyambung kerjanya yang tergendala.

Zulaikha mula mengemas meja makan setelah selesai menjamu selera bersama anak tunggalnya,Ayden. Ayden baru berusia 4 tahun. Zulaikha mula membasuh pinggan mangkuk sambil menghirup udara segar pada waktu malam.

Tiba-tiba Zulaikha terdengar bunyi seperti seseorang berjalan menuju ke arah rumahnya. Berdebar dada Zulaikha sehingga terbantut untuk membasuh pinggan mangkuk. Zulaikha memincingkan telinganya untuk mendengar bunyi tersebut sambil memerhati ke arah luar.

Setelah bunyi tersebut tiada,dia meneruskan kembali kerjanya itu.  Tiba-tiba pintu dapur rumahnya di ketuk oleh seseorang dari luar rumah. Terkejut Zulaikha sehingga terlepas pinggan yang di basuhnya.

Jangan-jangan si pembunuh tu tak. Tapi,kalau pembunuh mesti dia tak ketuk pintu rumah kan? Mesti dia terus pecahkan pintu rumah ni. Bisik hati Zulaikha.

Zulaikha menutup tingkap dapur lalu mula menuju ke arah pintu dapurnya. Dia bersiap sedia sekiranya ada sesuatu terjadi. Dia terus mencapai batang besi yang berada di tepi tangga dapur. Zulaikha mula membuka selak pintu dan terus membuka daun pintu rumahnya.

    "Oh! Tok rupanya. Ada apa datang malam-malam ni?" Soal Zulaikha lalu menghembuskan nafas lega.

    "Saja datang. Mana anak kau?" Soal Tok Harun sambil meninjau ke dalam dapur rumah Zulaikha.

    "Dia ada dekat atas. Kenapa tok?" Ujar Zulaikha dengan rasa hairan.

     "Tak ada apa-apa. Saja aku tanya." Terang Tok Harun.

      "Kau tengok dekat tangga tu Zulaikha. Anak kau nak turun tu. Bahaya. Kang jatuh pula budak tu." Sambung Tok Harun menunjuk ke arah tangga.

Zulaikha menoleh kebelakang. Tanpa membuang masa,Tok Harun mencapai batang besi yang di pegang Zulaikha lalu mengetuk kepala Zulaikha berkali-kali sehingga banyak darah yang keluar.

Tok Harun melangkah naik ke atas untuk mencari sesuatu. Dia mencari di rak susunan majalah lalu. Setelah dia menjumpai benda yang di cari,dia terus menuju ke bilik tidur Zulaikha dan melihat anak Zulaikha yang sedang bermain dengan anak patung. Tanpa anak Zulaikha sedari,Tok Harun mula mengunci pintu tersebut dari luar lalu menyimpan kunci pintu bilik.

Tok Harun mula mengambil guni yang di bawanya lalu memasukkan mayat Zulaikha. Tok Harun mula membersihkan kawasan yang di cemari dengan darah agar pihak polis tidak menjumpai kesan tersebut. Setelah selesai kerja membersih,Tok Harun mencapai batang besi dan guni tersebut lalu keluar dari rumah tersebut. Dia mengunci pintu dapur itu lalu beredar ke tempat yang ingin di tuju.

Sekarang dah selesai dah benda ni. Itu lah berani cakap sangat macam tu, sekarang baru kau rasa. Bisik hati Tok Harun dengan nada sinis lalu melangkah dengan rasa senang hati.

MALAMWhere stories live. Discover now