BAB 20

49 2 2
                                    

          Tahun 1986

     "Danish,cepat lah bangun." Jerit Daniesya dari luar pintu pintu biliknya sambil mengetuk pintu biliknya.

      "Yalah kak ngah,Dash dah bangunlah." Balas Danish dari dalam bilik.

       "Kalau dah bangun,cepat siap. Ibu dah siapkan sarapan tu." Ujar Daniesya.

        "Ok." Balas Danish.

Danish segera bersiap untuk ke sekolah. Kalau lambat,mesti kena tahan dengan pengawas nanti. Selesai bersiap,dia segera mencapai beg sekolahnya lalu menuju ke dapur.

     "Abang cik ni lambatlah siap. Orang dah lapar tau." Ujar Dania adi bongsunya sambil memuncungkan mulutnya.

       "Hello. Abang tengah bersiap,kak ngah kacau abang suruh siap cepat-cepat. Kesimpulannya,abang lambat siaplah." Balas Danish dengan nada selamba.

Daniesya hanya menjengilkan matanya. Danish yang perasan pura-pura buat tak nampak.

     "Dah,jom makan. Tak perlu nak kecoh-kecoh pasal benda kecil." Ujar Abdul Halim dengan nada tegas.

Masing-masing diam berkutik. Mereka mula menjamah sarapan pagi dengan berselera. Selesai bersarapan,Danish bangun untuk pergi ke sekolah. Dia beras hairan dengan kak ngahnya yang tidak bersiap untuk ke Universiti.

     "Kak ngah tak pergi kelas ke?" Soal Danish.

      "Tak ada. Kelas kak ngah petang hari ni." Balas Daniesya.

Danish hanya menganggukkan kepalanya. Dia mula memakai kasut sekolah lalu menyalami ibunya.

    "Hati-hati tau jalan tu." Ujar Puan Dahlia dengan lembut.

     "Yalah ibu. Harini saya ada kokurikulum tau. Jadi saya balik lambat." Balas Danish.

Puan Dahlia hanya tersenyum. Dia melambai-lambaikan tangannya kepada Danish. Danish pun melambai-lambai kembali.

MALAMWhere stories live. Discover now