BAB 21

50 3 1
                                    

Kringgggg

Bunyi loceng sekolah menandakan tamatnya waktu persekolahan. Danish dan rakan-rakannya mengemas segala alatan tulis dan buku-buku. Danish dan rakannya,iaitu Adam segera menuju ke kantin

     "Hisyy,banyaknya kerja sekolah. Biologi,addmath lepastu fizik lagi. Huarghhh. Dah lah susah. Rungut Adam.

Danish hanya menjeling.
"Dah nak buat macam mana. Kenalah belajar rajin-rajin. Kalau nak rajin,kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Kena gembirakan perasaan ibu bapa kita." Danish mula memberikan motivasi.

     "Yalah,yalah." Ujar Adam dengan nada perlahan.

Dari kejauhan,kelihatan Syafiq dan Ashraf sudah duduk di tempat masing-masing.

    "Lambat." Ujar Syafiq dengan nada sinis.

Danish dan Adam mengendahkan sahaja kata-kata Syafiq itu. Mereka terus membeli makanan. Selesai makan,mereka berempat terus menuju ke surau untuk menunaikan tuntutan daripada Allah.

Selesai sahaj menunaikan solat,mereka terus menuju ke perpustakaan sebelum tiba waktunya kelab permainan.

     "Korang nak dengar satu cerita tak?" Soal Ashraf.

      "Cerita apa?" Soal Syafiq.

      "Pasal kampung kita." Ujar Ashraf.

       "Kenapa dengan kampung kita?" Soal Danish dengan dahi berkerut-kerut.

       "Kampung kita dah tak selamat. Sebab ada pembunuh." Jawab Ashraf.

Yang lain hanya mendiamkan diri sahaja. Masing-masing memikiran cerita Ashraf itu sama ada betul ke tidak cerita Ashraf itu.

     "Betul ke cerita kau tu?" Soal Adam dengan rasa ragu-ragu.

     "Betul lah. Aku dengar ayah aku cerita dekat mak aku." Balas Ashraf dengan nada bersungguh-sungguh.

     "Patutlah kampung kita ni sunyi. Macam tak ada orang duduk." Ujar Adam.

          .............................

      "Assalamualaikum." Laung Danish dari luar rumah.

Senyap-sunyi. Tiada sahutan dari dalam rumah.

Aikk,tak ada orang ke? Pintu terbuka. Bisik hati Danish.

     "Ibu,kak ngah?" Laung Danish.

Tiada sahutan. Suasana senyap-sunyi. Seperti rumah itu sudah lama di tinggalkan.

Danish terkejut melihat darah dari luar bilik utama ibu bapanya. Dadanya berdebar-debar. Dia berasa tidak sedap hati sejak dari tadi. Dia terus membuka pintu bilik itu. Dia terkejut. Betul-betul terkejut.

     "Ibuuuu....ayah." Jerit Danish lalu mengalirkan air matanya.

Kelihatan ibu dan ayahnya terdampar dengan kelumuran darah. Danish mula mendekati. Dia melihat perut ibu dan ayahnya di tikam sehingga terburai isi perutnya. Dia tidak sanggup melihat lagi. Dia terus menuju ke bilik kakaknya. Sama. Tetapi,dia terfikir sesuatu. Di mana adiknya.

Dia mencari di seluruh rumah. Adiknya tiada. Dia sudah kehilangan seluruh ahli keluarga yang tercinta. Dia meraung-raung sambil menyerabaikan rambutnya. Dia memeluk lututnya lalu menangis sepuas-puasnya.

MALAMWhere stories live. Discover now