BAB 3

78 2 0
                                    

Inspektor Hanif mula termenung jauh. Entah apa yang di fikirkan pun tidak tahu pula.

"Amboi! Termenung panjang nampak." Sergah kawannya iaitu,Inspektor Izwan.

"Ish kau ni. Tak reti nak bagi salam ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau. Kalau tak dah lama aku mati dekat sini. Kalau aku mati,aku kacau kau setiap malam. Biar padan dengan muka kau." Balas Inspektor Hanif dengan nada geram.

"Alaaa. Sorrylah. Aku dah bagi salam dah dekat kau. Tapi,kau tu termenung jauh sangat sampai aku bagi salam banyak kali pun kau still tak dengar juga." Ujar Inspektor Izwan.

"Yalah." Balas Inspektor Hanif.

Tiba-tiba telefon bimbit Inspektor Hanif berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia terus menjawab panggilan tersebut. Wajah Inspektor Hanif kelihatan serius sekali. Dia mula mematikan talian tersebut.

"Jom kita ke Taman Cempaka." Ajak Inspektor Hanif.

Tanpa banyak soal,Inspektor Izwan mula bangun dari tempat duduknya. Dia tahu setiap kali ada panggilan yang di terima oleh Inspektor Hanif,pasti ada kes yang serius. Ini kerana,Inspektor Izwan menjalankan tugas yang sama dengan rakannya.

..........................

Keadaan di dusun durian kelihatan riuh-rendah sekali apabila ramai penduduk kampung mengetahui kes kematian. Pita kuning polis mengelilingi kawasan kejadian.

Inspektor Hanif dan Inspektor Izwan tiba di tempat kejadian.

"Tolong ke tepi sedikit. Sila beri laluan ya." Ujar Inspektor Izwan dengan nada tegas.

Penduduk kampung yang melihat dua orang anggota polis tersebut mula memberi laluan.

"Tuan." Panggil salah seorang anggota polis yang lain.

"Ya." Sahut Inspektor Hanif.

"Tuan boleh ikut saya ke tempat tersebut." Ujar Sarjan Syahmi.

Inspektor Hanif dan Inspektor Izwan mula mengikuti langkah Sarjan Syahmi untuk melihat keadaan mangsa.

"Itu mangsa dia tuan." Ujar Sarjan Syahmi menunjuk ke arah mayat yang di tutup oleh plastik yang berwarna hitam.

Inspektor Hanif dan Inspektor Izwab mula melangkah ke arah mayat tersebut. Inspektor Hanif mula membuka plastik hitam tersebut. Dia terkejut melihat keadaan mayat tersebut begitu juga dengan Inspektor Izwan.

Keadaan mayat tersebut sangat mengerikan. Kedua-dua bebola matanya tiada. Badan mangsa tersebut di potong 12 bahagian.

"Siapa yang jumpa mayat ni?" Soal Inspektor Izwan kepada penduduk kampung yang masih lagi di tempat kejadian.

Salah seorang daripada penduduk kampung tersebut mengangkat tangannya.

"Saya orangnya,encik." Ujar seorang pak cik yang kelihatan masih bermaya itu.

"Boleh saya tanya beberapa soalan?" Soal Inspektor Izwan.

"Boleh,encik. Mari kita ke pondok dekat sana." Ajak pak cik tersebut. Inspektor Izwan mula mengikuti langkah pak cik tersebut.

Sementara itu,Inspektor Hanif mula melangkah ke arah Sarjan Syahmi yang sedang berbual dengan ahli forensik.

"Syah,boleh kita bercakap sebentar?" Bisik Inspektor Hanif.

Sarjan Syahmi mula meminta diri kepada ahli forensik untuk menghentikan perbualan seketika.

"Ada apa tuan?" Soalnya.

"Ada jumpa apa-apa kesan atau barang yang ditinggalkan oleh pembunuh?" Soal Inspektor Hanif dengan nada serius.

"Tak ada tuan." Ujar Sarjan Syahmi dengan nada serba-salah.

Terkejut Inspektor Hanif apabila diberitahu perkara berikut.

"Takkan satu benda pun tak ada?" Soal Inspektor Hanif dengan nada tidak puas hati.

"Memang tak ada tuan. Saya dengan yang lain-lain dah cari sehingga ke kawasan semak samun. Masih tak ada juga. Kesan pembunuh pun tiada." Ujar Sarjan Syahmi dengan nada yakin.

Pelik betul kes kali ini. Tak ada jejak atau apa-apa senjata yang ditinggalkan oleh si pembunuh. Monolog hati Inspektor Hanif.

"Kalau macam tu,terima kasih ya. Kalau ada apa-apa hal bagitahu saya ya." Ujar Inspektor Hanif.

"Sama-sama tuan. Baiklah." Balas Sarjan Syahmi lalu mula melangkah semula ke arah ahli forensik.

MALAMWhere stories live. Discover now