BAB 12

55 1 0
                                    

Inspektor Izwan dan Inspektor Hanif tiba ke rumah Tok Harun. Mereka berdua ingin bekerjasama dengan Tok Harun bagi segera menyelesaikan masalah ini.

    "Assalamualaikum." Laung Inspektor Izwan.

     "Waalaikumussalam." Balas seseorang di dalam rumah.

     "Oh. Kamu berdua rupanya. Jemput duduk dekat beranda ni." Balas Mariam.

Inspektor Izwan dan Inspektor Hanif mula duduk di sofa yang berada di beranda rumah Tok Harun.

    "Mak cik,mana tok? Tak nampak pun." Inspektor Hanif menyoal sambil matanya melilau mencari kelibat Tok Harun di dalam rumah.

     "Dia pergi kebun tadi. Entah ke mana dia pergi tak tahu lah. Biasanya kalau dia pergi kebun pun,tak lama macam ni." Mariam kelihatan risau apabila suaminya masih belum pulang lagi. Jangan-jangan ada sesuatu yang terjadi dekat dia tak. Bisik hati Mariam dengan nada risau.

Inspektor Izwan dan Inspektor Hanif mula berpandangan sesama lain. Mereka berdua juga merasakan seperti Mariam.

Harap-harap tiada apa yang berlaku. Bisik hati Inspektor Hanif.

Dari kejauhan,kelihatan seseorang mula mendekati rumah Tok Harun. Susuk tubuh tersebut seperti di kenali oleh mereka bertiga. Apabila susuk tubuh tersebut menghampiri,orang tersebut ialah Tok Harun.

   "Ke mana abang pergi? Risau saya. Selalunya abang pergi kebun tak lebih dari dua jam." Ujar Mariam dengan nada risau.

    "Abang tunggu buah durian gugur tadi. Mana lah tahu ada sebiji jatuh tadi ke. Rupanya tak ada." Tok Harun memberikan alasan yang munasabah. Padahal,dia ke rumah 'identiti' itu untuk memberikan dia makanan.

    "Baik lah kalau abang cakap macam tu. Sembang lah dulu dengan diaorang berdua ni. Saya buatkan air." Ujar Mariam lalu bangun menuju ke dapur.

    "Ada apa kamu berdua nak jumpa tok ni?" Soal Tok Harun terus ke pangkal pokoknya.

     "Kami berdua datang sini sebab nak bincangkan pasal kes yang semakin rumit ni." Jawab Inspektor Izwan.

     "Betul ke tok ajak salah seorang penduduk kampung ke satu tempat?" Soal Inspektor Hanif.

Terkejut Tok Harun apabila di soal begitu. Tok Harun cuba berlagak tenang. Tidak mahu dirinya di syaki sebagai pesalah.

    "Eh! Mana ada. Memandai je kamu ni. Tak baik tau fitnah tok macam ni. Dosa tau." Balas Tok Harun dengan nada tenang. Seolah-olah bukan dia penyebabnya.

    "Habistu,ada salah seorang penduduk kampung tok laporkan pasal kehilangan suami dia. Dia cakap tok ajak suami ke sesuatu tempat." Balas Inspektor Izwan merenung tajam ke dalam anak mata Tok Harun.

Aduh,Zulaikha ni. Ada ke patut cakap sampai macam tu sekali. Cakap je lah si Razak tu hilang tak tahu ke mana. Ini tak. Habis cerita. Tak apa,kau tunggu Zulaikha. Kau tunggu. Tengok lah apa yang jadi dekat kau malam ni. Bisik hati Tok Harun.

   "Mana ada tok ajak suami dia keluar waktu malam. Memandai je dia tu. Tokkan dah pesan jangan keluar malam. Takkan lah tok nak ajak dia keluar malam pula." Balas Tok Harun.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila Mariam datang dengan sedulang air lalu di hidangkan kepada mereka bertiga.

   "Maaf lah kalau mengganggu korang bersembang. Jemput lah minum." Ujar Mariam lalu melangkah kembali ke dalam rumahnya untuk menyambung kerjanya sebagai seorang suri rumah.

    "Habistu,yang kami terima laporan tu palsu lah maknanya?" Soal Inspektor Hanif dengan nada ingin tahu.

    "Ya. Palsu. Bukannya betul pun." Balas Tok Harun dengan nada bersungguh-sungguh.

Inspektor Izwan dan Inspektor Hanif hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda memahami.

   "Jadi tok. Kampung tok ni,saya rasa dah tak selamat lagi dah. Yalah,kena bunuh lepastu orang hilang pula. Jadi,saya minta kerjasama dengan tok agar nasihatkan orang-orang kampung ni berhati-hati." Ujar Inspektor Izwan dengan panjang lebar.

   "Yalah. Tok akan nasihatkan diaorang tu." Balas Tok Harun.

    "Kita orang gerak dulu lah ya tok. Terima kasih." Inspektor Hanif dan Inspektor Izwan bangkit lalu bersalaman dengan Tok Harun. Tok Harun menyambut huluran mereka. Lalu,mereka pun mula beredar dari rumah Tok Harun.

Jangan harap lah aku nak bekerjasama dengan korang. Korang tunggu lah nanti apa akan jadi dekat korang semua. Bisik hati Tok Harun dengan nada sinis.

MALAMWhere stories live. Discover now