BAB 18

47 2 5
                                    

    "Please. Lepaskan kita orang." Ujar Tok Harun merayu-rayu.

Inspektor Hanif dan Inspektor Izwan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka menonton drama hebat daripada seorang lelaki yang berpangkat ketua kampung.

     "Jangan harap kita orang nak lepaskan. Lepas apa yang tok dah buat,tok ingat kami ni senang lenang nak lepaskan." Balas Inspektor Hanif.

     "Tok janji lepas ni tok dah tak buat dah. Tok janji." Rayu Tok Harun lagi.

      "Wah! Pandainya tok berlakon. Hebat-hebat. Tok mesti dapat anugrah pelakon terbaik." Ujar Inspektor Izwan dengan nada sinis.

'Identiti' itu senyap. Tiada sebarang suara keluar daripada mulutnya. 'Dia' hanya mendengar bicara Tok Harun bersama dua orang anggota polis.

     "Kalau kau semua nak tahu. 'Dia' punya pasal. 'Dia' lah yang ajar aku semua benda." Bidas Tok Harun tersenyum sinis memandang 'identiti' itu.

'Identiti' itu terkejut mendengar pertuduhan daripada Tok Harun. Begitu juga dengan yang lain.

    "Sampai hati tok cakap macam ni. Apa salah saya." Ujar 'identiti' itu dengan nada sayu.

     "Sebab 'kau' lah aku kena tangkap. Kalau tak,aku tak kena tangkap tau." Balas Tok Harun sambil menjeling 'identiti' itu.

'Identiti' itu mula mengalirkan air matanya mendengar pertuduhan Tok Harun itu. Dia sungguh tak sangka,sanggup Tok Harun cakap macam tu semata-semata supaya dirinya terlepas daripada di tangkap oleh pihak polis. Kalaulah dia tahu,pasti dia tidak akan bekerjasama dengan Tok Harun.

    "Ha! Kau tengok tu. Dia berdrama. Dia tengah berlakon tu. Dia bukannya menangis betul-betul pun." Ujar Tok Harun dengan selamba.

'Identiti' itu merenung tajam ke arah Tok Harun. Sakit hati dia mendengar kata-kata Tok Harun itu. Nak je dia bunuh Tok Harun sekarang.

    "Saya bukannya berdrama macam tok. Saya menangis pun sebab sakit hati dengar kata-kata tok tu." Balas 'identiti' itu dengan nada geram.

    "Ok,ok dah. Cukup. Saya tak nak dengar lagi. Sekarang ikut kami ke balai polis." Ujar Inspektor Hanif.

Tok Harun menjeling tajam ke arah 'identiti' itu. Seakan faham dengan jelingan itu,'identiti' itu tidak mengendahkan jelingan itu.

Sarjan Syahmi dan Sarjan Aliff segera membawa mereka keluar. Inspektor Hanif dan Inspektor Izwan mengikut mereka dari arah belakang.

Selepas menempuh perjalanan sepanjang dua jam,akhirnya mula kelihatan penduduk kampung berkumpul di kebun Tok Harun. Ada yang berbisik-bisik,ada yang ketakutan,dan ada juga yang menjeling-jeling.

Dia orang ni dah apa hal. Aku tak buat salah ok. Bisik hati Tok Harun.

Ketika melintasi beberapa orang penduduk kampung,Tok Harun melihat isterinya menangis melihat dirinya. Ketika melalui di hadapan isterinya,dia berhenti seketika. Begitu juga dengan Sarjan Aliff.

    "Sampai hati abang buat macam ni. Saya tak sangka. Saya betul-betul tak sangka." Ujar Mariam dengan nada hiba.

    "Abang tak salah. Yang salah 'dia'." Balas Tok Harun lalu memuncungkan mulutnya ke arah 'identiti' itu. Tok Harun masih menuduh 'identiti' itu.

Mariam hanya memerhati 'identiti' itu. Kemudian,'identiti'itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu memuncungkan mulutnya ke arah Tok Harun. Mariam berasa keliru ketika ini. Dia sendiri tidak tahu mana satu yang salah.

   "Dah,jalan." Ujar Inspektor Hanif dengan nada tegas.

Sarjan Syahmi dan Sarjan Aliff mula melangkah. Sambil itu,Inspektor Izwan berbisik kepada Mariam.

   "Mak cik,mak cik jangan risau. Kami cuma nak soal siasat dia je. Nanti apa-apa hal kami telefon mak cik." Ujar Inspektor Izwan.

Mariam hanya menganggukkan kepalanha tanda memahami. Inspektor Izwan terus melangkah ke kereta polis. Dua buah kereta polis mula meninggalkan kawasan kampung tersebut.

MALAMWhere stories live. Discover now