BAB 5

64 2 0
                                    

Di rumah keluarga arwah Ikmal,kelihatan sungguh ramai penduduk kampung bersama-sama mengadakan kenduri tahlil pada waktu malam. Zainab dan Zainuddin reda menerima ketentuan Allah mengambil nyawa anak mereka.

Ketika semua sedang sibuk membaca tahlil,Syamil duduk di luar rumah. Dia memang tidak minat untuk menghadirkan diri ke majlis atau kenduri kendara. Ini kerana,dia seorang yang suka bergaul dengan rakannya pada waktu malam sehingga pulang lewat malam. Banyak kali ibunya membebel dengan sikapnya.

   "Kau tak reti ke nak duduk rumah. Waktu malam je mesti kau tak ada dalam rumah. Kau pergi mana sebenarnya?" Soal Ros ibu Syamil.

   "Ala ibu ni. Mil tahu lah jaga diri. Mil dah besar lah. Takkan terjadu sesuatu dekat Mil lah." Balas Syamik dengan selamba.

  "Memanglah kau dah besar. Kau tak ingat cerita mak? Kampung kita ni waktu malam dah tak selamat macam dulu dah. Pembunuh tu dah datang balik." Ujar ibunya dengan nada risau.

   "Senang je. Tangkap jelah pembunuh tu. Habis cerita."

   "Kau cakap senang. Dulu pihak polis cuba jejak pembunuh tu pun tak dapat tau." Balas ibunya dengan nada geram.

   "Suka hati ibulah nak cakap apa pun. Sekarang Mil nak keluar." Balas Syamil lalu mula menunggang motosikalnya.

Semua cerita tu karutlah. Jangan-jangan budak ni mati sebab lain. Bisik hati Syamil yang masih tidak mempercayai kewujudan 'identiti' tersebut.

Tiba-tiba Syamil terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya. Dia mula menoleh ke arah kebun milik Zainuddin. Tetapi tiada apa-apa yang mencurigakan.

Perasaan aku je tu. Tak ada apalah. Syamil cuba berfikir secara positif.

Bunyi tersebut kini lagi kuat lagi. Seakan-akan ada sesuatu yang makib menghampiri dirinya.

   "Oi! Jangan main-mainkan aku." Jerit Syamil sambil menuju ke arah bunyi tersebut.

Tiba-tiba mulut Syamil di cekup dari arah belakang. Dia cuba meronta-ronta namun semakin kuat pegangan 'identiti' tersebut.'Identiti' tersebut mula mengheret Syamil ke arah kebun. Tanpa ada seorang pun penduduk kampung menyedari kehilangan Syamil.

MALAMWhere stories live. Discover now