Telefon bimbit Inspektor Izwan mula berdering menandakan panggilan masuk. Cepat-cepat dia mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum,tuan." Ujar Sarjan Syahmi di sebelah sana.
"Waalaikumussalam. Ya,Syah. Ada apa?" Soal Inspektor Izwan.
"Seorang daripada kami dah hilang tuan. Tak tahu ke mana dia pergi." Jawab Inspektor Syahmi.
"Apa? Hilang? Macam mana boleh hilang?" Soal Inspektor Izwan dengan nada kuat. Inspektor Hanif terkejut dengan tingkah laku rakannya sehingga terlepas fail yang di pegangnya.
"Tadi,kami mencari orang yang hilang tu. Tanpa kami sedari,dia pula yang menghilang." Balas Sarjan Syahmi dengan nada risau.
"Hmmm. Yalah. Kalau macam tu nanti saya datang." Balas Inspektor Izwan lalu menamatkan panggilannya.
"Apa hal kau ni? Terkejut aku tahu tak." Soal Inspektor Hanif dengan nada geram.
"Salah seorang anggota polis daripada diaorang dah hilang. Tak tahu ke mana pergi." Jawab Inspektor Izwan dengan nada perlahan.
Terkejut Inspektor Hanif apabila mendengar perkhabaran tersebut. Tak di sangka,nak mencari orang hilang akhirnya seorang anggota bawahannya yang hilang.
"Habistu,Syah dapat jumpa tak?" Soal Inspektor Hanif.
"Tak. Sekarang ni dia dengan yang lain tengah mencari." Inspektor Izwan kembali membalas.
Inspektor Hanif mula menelefon seseorang. Kelihatan mukanya serius sekali. Bicaranya kelihatan sangat serius sekali. Setelah selesai menamatkan panggilan,dia kembali seperti biasa.
"Kau call siapa? Nampak macam serius je?" Soal Inspektor Izwan.
"Aku call Syah supaya hentikan pencarian ni. Aku risau kalau-kalau salah seorang daripada diaorang pula yang hilang." Jawab Inspektor Hanif dengan nada bimbang.
"Jom,kita ke sana." Ajak Inspektor Izwan. Inspektor Hanif bangkit lalu mula melangkah mengikuti jejak rakannya itu.
....................................
Tok Harun yang mendengar segala perbualan Sarjan Syahmi segera turun dari rumahnya. Dia harus selesaikan perkara ini dahulu. Kalau tidak,habislah dia.
"Eh,bang. Nak ke mana tu?" Soal isterinya,Mariam.
"Saya nak ke kebun sekejap. Awak layan lah diaorang dulu." Jawab Tok Harun lalu tanpa melengahkan masa terus menuju ke arah kebun miliknya.
Sampai sahaja di sana,dia terus menggali lubang mayat salah seorang anggota polis yang dipukulnya tadi. Lalu,dia memasukkan mayat itu ke dalam guni dan membawa mayat tersebut ke arah yang dituju. Sebelum itu,dia memandang ke setiap arah supaya tiada sesiapa pun melihat perbuatannya tadi. Setelah memastikan keadaan selamat,dia mula melangkah ke arah destinasi yang ingin ditujunya.
YOU ARE READING
MALAM
Mystery / ThrillerSINOPSIS: Setiap kali 'MALAM' menjelang,pasti akan terjadi sesuatu perkara yang mengerikan.Sehingga tiada seorang pun yang berani keluar pada waktu malam.'Identiti' tersebut bijak melakukan perbuatannya sehingga tiada kesan atau jejak yang ditingg...