BAB 23

65 3 1
                                    

     "Lepas dia bawa saya ke satu tempat je,saya mula menjadi pembunuh." Ujar Danish menghembus nafas.

Inspektor Hanif hanya mendiamkan diri mendengar cerita Danish.

     "Tapi,awak telah membunuh orang yang tidak sepatutnya." Balas Inspektor Hanif dengan nada tegas.

     "Saya nak semua orang rasa macam saya. Kehilangan orang yang tersayang." Ujar Danish dengan senyuman sinis.

      "Awak tak patut buat macam tu." Balas Inspektor Hanif.

Danish hanya mengendahkan kata-kata Inspektor Hanif. Apa-apa pun,dia rasa seronok melakukan aktiviti itu. Sehingga menjadi hobi dia. Sejak dia mengikuti Tok Harun ke sesuatu tempat,dia tidak lagi memakan makanan seperti manusia biasa. Dia mula memakan organ-organ dalaman walaupun pada mulanya berasa jijik.

     "Sekarang ni ikut saya pergi lokap. Awak tidak boleh di lepaskan. Awak akan di kenakan hukuman gantung sampai mati sebab dah banyak nyawa yang dah di ragut oleh awak." Ujar Inspektor Hanif dengan muktamad.

Danish mula di bangunkan oleh Sarjan Syahmi lalu membawa Danish ke bilik lokap diikuti oleh Inspektor Hanif.

        .................................
Inspektor Hanif yang ingin bergerak menuju ke kafe terlihat Inspektor Izwan. Dia mula mendekati sahabatnya itu. Dia menepuk perlahan bahu Inspektor Izwan.

     "Macam mana dengan kes Tok Harun tu?" Soal Inspektor Hanif.

      "Alhamdulillah. Ok. Mula-mula je tak nak jawab soalan aku. Tapi,dah lama-lama baru ok." Jawab Inspektor Izwan.

      "Kalau nak tahu,nama identiti tu Danish. Dia cakap Tok Harun tu ada bawa dia ke sesuatu tempat. Ada tak Tok Harun bagitahu dekat kau tadi?" Soal Inspektor Hanif.

     "Ada. Katanya sesuatu tempat yang hanya dia sorang je yang tahu. Bila aku tanya dekat mana,dia tak jawab. Puas aku tanya dia tadi." Jawab Inspektor Izwan dengan rasa geram.

Apabila dia ingat balik,memang sakit hati. Jenis degil dan tak nak bersoal jawab. Nak je dia mengetuk kepala Tok Harun dekat dinding sampai pecah. Tapi,dia masih mempunyai kesabaran. Lama-kelamaan Tok Harun menjawab segala persoalan yang di tanya.

      ....................................
Selepas Danish di kenakan hukuman gantung sampai mati,penduduk kampung berasa tenang untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Mereka berani keluar pada waktu malam.

     "Aku suka tengok kampung tu balik. Dah ceria. Tak adalah diaorang takut nak keluar malam bila ada hal-hal penting ke." Ujar Inspektor Hanif dengan rasa gembira.

     "Betul tu. Tapi,aku kesian dekat isteri Tok Harun tu. Dia betul-betul tak sangka Tok Harun sanggup bersengkokol dengan arwah Danish tu." Balas Inspektor Izwan dengan rasa sayu.

     "Yalah. Suami yang di cintai sanggup buat perkara yang tidak sepatutnya. Lagi-lagi bila Tok Harun kena masuk penjara sekarang ni." Ujar Inspektor Hanif.

                 -TAMAT-

MALAMWhere stories live. Discover now