"Kes kematian lagi." Ujar Inspektor Hanif.
"Itulah,kes kelmarin pun tak selesai. Kes baru pula yang datang." Balas Inspektor Izwan.
"Kau tak rasa kes baru ni sama macam kes kelmarin ke?" Soal Inspektor Hanif.
"Yalah. Cara mangsa mati pun dalam keadaan yang sama. Tak ada kesan pembunuh pun."
"Ni yang buat aku pelik ni." Balas Inspektor Hanif dengan rasa hairan.
...............................
'Identiti' tersebut mula menggoreng 'sesuatu'. 'Dia' tersenyum sinis apabila mengenangkan kejadian malam tadi. Selesai sahaja 'dia' menggoreng,'dia' mula menghidangkamnya. Lalu,'dia' pun mula makan 4 biji bola mata milik mangsa yang dibunuh. 'Dia' telah terbiasa makan makanan seperti itu. 'Dia'tidak berasa jijik walaupun sedikit................................
Penduduk kampung Taman Cempaka mula riuh-rendah apabila ramai yang bercerita mengenai kes pembunuhan baru pada malam tadi.
Tok Harun,iaitu ketua kampung telah menjemput beberapa orang penduduk kampung untuk berbincang mengenai kes ini.
"Tok. Kes ni dah 2 malam berlaku. Apa yang perlu kita buat?" Soal salah seorang penduduk kampung yang bernama Razak.
"Kita ikut cakap pihak polis. Setiap malam jangan keluar rumah. Duduk je dalam rumah diam-diam." Balas Tok Harun.
Tok Harun memikirkan kejadian 29 tahun lalu. Apabila kampungnya yang setiap malam pasti ada kes kematian yang berlaku. Dia masih teringat yang neneknya mati dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Malam esoknya,datuknya pula yang mati dibunuh sama seperti neneknya. Tok Harun mula teringat akan kejadian 2 kes pembunuhan yang berlaku dikampungnya. Cara kematian mereka sama dengan arwah nenek dan datuk aku dulu. Jangan-jangan pembunuh tu muncul kembali setelah 4 tahun dia menghilangkan diri dia. Fikir Tok Harun dalam hati.
Lamunan Tok Harun terhenti apabila Yusof mula berbicara.
"Tak boleh jadi ni tok. Dah 2 kematian berlaku. Apa-apa pun pihak polis kena bertindak juga. Kalau tak,orang-orang yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan." Balas Yusof dengan nada tegas.
"Sekarang ni pihak polis dah cari jejak si pembunuh tu. Tapi,tak ada." Balas Tok Harun.
Yang lain hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tidak tahu untuk membicarakan sesuatu.
"Kamu semua boleh balik lah. Ingat pesan tok,malam jangan keluar. Bahaya. Takut jadi apa-apa pada penduduk kampung kita ni. Pesan dekat yang lain juga." Pesan Tok Harun.
"Baiklah,tok. Saya ingat pesan tok. Terima kasih." Balas Razak lalu berjabat tangan dengan Tok Harun. Yang lain juga mengikut. Lalu,mereka beredar ke rumah masing-masing.
Tok Harun hanya tersenyum sinis memandang mereka. Apa kau orang ingat boleh terlepas ke dari si pembunuh ni. Jangan harap lah. Aku akan pastikan yang kau orang semua akan mati. Monolog Tok Harun lalu mula melangkah masuk ke dalam rumahnya.
YOU ARE READING
MALAM
Mystery / ThrillerSINOPSIS: Setiap kali 'MALAM' menjelang,pasti akan terjadi sesuatu perkara yang mengerikan.Sehingga tiada seorang pun yang berani keluar pada waktu malam.'Identiti' tersebut bijak melakukan perbuatannya sehingga tiada kesan atau jejak yang ditingg...