BAB 2

97 3 0
                                    

Ikmal,Arif dan Zaqwan mula mengayuh basikal masing-masing untuk menuju ke rumah masing-masing. Selesai mengaji di rumah ustaz Suhaimi,mereka mula beredar. Rumah mereka bertiga hanya bersebelahan sahaja.

"Eh,korang pernah dengar cerita tak pasal pokok ara tu." Ujar Ikmal memuncungkan bibirnya pada pokok ara yang semakin hampir kelihatan.

"Tak. Kenapa?" Soal Arif.

"Ada orang kampung cerita,pokok ara tu ber'penunggu'." Balas Ikmal.

"Ish...kau ni. Tak ada cerita lain ke waktu macam ni." Balas Zaqwan dengan nada marah.

"Kau takut eih." Usik Ikmal.

Zaqwan hanya diam membisu tanpa membalas kata-kata Ikmal. Dia memang takut kalau cerita pasal benda-benda yang menyeramkan. Tapi,dia buat-buat berani. Takut digelar penakut.

"Orang kampung selalu nampak Cik Ponti waktu malam duduk bertenggek atas pokok tu." Sambung Ikmal lagi.

"Dah-dah lah tu kau cerita pasal 'dia'. Tak pasal-pasal dia muncul depan kau." Balas Arif dengan nada geram. Ikmal kalau bab-bab macam ni memang nombor satu.

Tiba-tiba Zaqwan mengayuh basikal laju-laju apabila melalui depan pokok ara tersebut.

"Dah kenapa dengan Zaqwan tu?" Soal Arif apabila Zaqwan mula meninggalkan mereka berdua.

"Entahlah. Takut lah tu." Balas Ikmal dengan nada sinis.

Arif mula merasa bulu romanya meremang apabila melalui pokok ara tersebut. Dia mendongak memandang ke arah pokok ara tersebut. Terkejut Arif apabila melihat seseuatu lalu mengayuh basikal dengan laju tanpa menunggu Ikmal yang terpinga-pinga memandang dia.

"Arif! Tunggulah aku. Sampai hati kau tinggalkan aku." Jerit Ikmal. Tetapi,Arif tidak mempedulikan jeritannya itu.

Nasib dapat kawan aku macam ni. Bisik hati Ikmal. Tiba-tiba dia terasa dia tidak boleh mengayuh basikal seperti biasa. Dia melihat tayar basikal belakangnya.

Waktu macam ni lah kau nak pancit. Tak ada waktu lain ke? Bentak hati Ikmal.

Di sebalik semak-samun yang meninggi,kelihatan 'sesuatu' sedang memerhatikan tingkah laku Ikmal.

Tiba-tiba jantung Ikmal mula berdegup dengan pantas. Seperti ada yang tak kena je. Bisik Ikmal. Dia mula merasakan yang dirinya diperhatikan oleh 'sesuatu'. Lalu,dia pun memandang sekelilingnya. Tapi,tidak ada sesiapa pun.

'Identiti' tersebut mula menghampiri Ikmal lalu menekup mulut Ikmal dengan kain yang diletakkan sejenis cairan. Ikmal mula meronta-ronta supaya dia di lepaskan. Tetapi,apakan daya 'identiti' tersebut lagi kuat daripada Ikmal. Lalu,'identiti' tersebut mula mengheret Ikmal perlahan-lahan.

MALAMWhere stories live. Discover now