Tok Harun mula melangkah ke arah sesuatu kawasan yang terperinci tanpa ada sesiapa pun yang tahu tentang kawasan tersebut.
Tok Harun mula menghentikan langkah apabila dia mula sampai ke destinasi yang dituju. Apalagi,Tok Harun pun mula mendekati sebuah rumah usang itu.
Pintu rumah tersebut terbuka dengan sendiri seperti tahu-tahu sahaja yang Tok Harun ingin masuk. Tok Harun cepat-cepat melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dan menutup pintu rumah tersebut.
"Tok. Apa khabar?" Ujar seseorang bertanya khabar kepada Tok Harun.
"Tok sihat je. Maaflah sebab lama sangat tok tak menjenguk kamu. Itupun sebab banyak sangat urusan dekat kampung tu." Balas Tok Harun.
'Identiti' tersebut hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda memahami.
"Ni,tok bekalkan kamu makanan. Ambil lah." Tok Harun memberikan bekal makanan yang di masak kepada 'identiti' tersebut.
'Identiti' tersebut mengambil huluran makanan yang di berikan kepadanya.
"Terima kasih lah tok. Susah-susah je bagi. Tadi,saya dah makan dah." Ujar 'identiti' tersebut dengan senyuman manis.
"Ala. Tak susah mana pun. Kan sebelum ni aku bagi dekat kau." Balas Tok Harun.
"Wah! Sedapnya bau. Tok masak apa ni?" Soal 'identiti' tersebut.
"Tok masak special khas untuk kau sorang je. Tikus masak merah. Pasti sedap hingga menjilat jari." Balas Ton Harun sambil membuat jari sedap.
"Dah lama saya tak makan ni tok. Baru sekarang saya dapat makan. Isteri tok tak tahu ke yang tok masak ni?" Soal 'identiti' itu.
"Kesian kau sebab tak dapat makan. Rezeki kau dapat sebab aku masak. Ala,isteri aku tak tahu pun." Balas Tok Harun dengan nada selamba.
'Identiti' tersebut tersenyum girang. Yalah,dah lama 'dia' tidak menikmati hidangan ini. Pasti lah dia suka.
"Tok,jom makan dengan saya. Saya dah lama tak makan dengan tok. Rindu sangat-sangat tau." Ujar 'identiti' itu sambil memaut tangan Tok Harun untuk makan bersama.
"Yalah. Aku pun rindu juga nak makan bersama dengan kau. Dah jom makan. Tok dah lapar ni." Balas Tok Harun lalu mula mengikuti langkah 'identiti' itu menuju ke dapur.
Mereka makan bersama dengan rasa bahagia tanpa sebarang gangguan. Selesai sahaja mereka makan,mereka mula berbual-bual sambil diiringi gelak ketawa yang panjang. Gelak ketawa mereka berdua cukup menyeramkan bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.
YOU ARE READING
MALAM
Mystery / ThrillerSINOPSIS: Setiap kali 'MALAM' menjelang,pasti akan terjadi sesuatu perkara yang mengerikan.Sehingga tiada seorang pun yang berani keluar pada waktu malam.'Identiti' tersebut bijak melakukan perbuatannya sehingga tiada kesan atau jejak yang ditingg...