Malam mula menjelma. Awan mula berarak menutupi cahaya bulan. Langit mula kelihatan kelam. Kelihatan titik-titik hujan mula turun. Lama-kelamaan,hujan menjadi lebat mencurah-curah membasahi bumi. Kilat pula sabung-menyabung.
'Dia' langsung tidak kisah dengan keadaan tersebut. 'Dia' tidak peduli sekiranya 'dia' di sambar petir. 'Dia' terus menuju ke sebuah yang mula kelihatan di pandangan matanya.
Pak Bajuri menyaluti tubuhnya dengan selimut tebal akibat kesejukan yang melampau. Dia seorang yang sebatang kara setelah ibu bapanya meninggal dunia. Dia sendiri tidak tahu mana saudara-maranya yang lain.
Akibat kesejukan,dia mula berasa ingin melepaskan hajatnya.
Aishh,waktu macam nilah kau nak melelas. Tadi,tak nak. Dah lah tandas dekat luar rumah. Bisik hati Pak Bajuri.
Dia cuba menahan daripada melepaskan hajat. Tetapi,semakin dia tahan semakin tidak tentu arah dia. Apalagi,dia cepat-cepat menuju ke dapur rumahnya untuk menuju ke tandas. Tetapi,dia teringat waktu malam tidak selamat keluar selagi 'identiti' itu tidak dapat di kesan.
Dia cuba mengendahkan perkara tersebut. Cepat-cepat dia memasuki tandas. Selesai sahaja dia melepaskan hajatnya,dia segera masuk ke dalam rumah.
Tiba-tiba dia berasa hatinya tidak sedap. Seolah-olah ada sesuatu yang akan terjadi. Tapi,dia tidak terus memikirkannya. Dia melihat sekeliling. Seperti ada orang mengintip dirinya. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumahnya.
Tidak di sangka,kepalanya di ketuk dengan benda keras sehingga dia pengsan. Dia terus tidak menyedarkan dirinya lagi.
'Identiti' itu tersenyum sinis. Akhirnya,dia dapat menikmati makan malam yang enak lagi lazat. Dia terus mencapai guni yang di bawa lalu memasukkan Pak Bajuri ke dalam guni tersebut. 'Identiti' itu terus menuju ke rumahnya.
YOU ARE READING
MALAM
Mystery / ThrillerSINOPSIS: Setiap kali 'MALAM' menjelang,pasti akan terjadi sesuatu perkara yang mengerikan.Sehingga tiada seorang pun yang berani keluar pada waktu malam.'Identiti' tersebut bijak melakukan perbuatannya sehingga tiada kesan atau jejak yang ditingg...