BAB 19

45 3 0
                                    

     "Woi! Lepaskan akulah." Jerit Tok Harun.

     "Tok,saya bawa tok ke sini pun sebab nak soal siasat. Faham." Balas Inspektor Izwan dengan nada tegas.

      "Kau tak perlu siasat dengan aku. Baik kau ikut kawan kau soal siasat 'dia' tu. Aku tak buat salah." Ujar Tok Harun dengan nada selamba.

Hisyy,orang tua ni degil betul lah. Nak soal siasat dia pun susah. Bisik hati Inspektor Izwan.

           ..........................

    "Duduk." Arah Inspektor Hanif kepada 'identiti' itu.

'Identiti' itu terus duduk. 'Dia' hanya menundukkan kepalanya memandang lantai. Inspektor Hanif menarik kerusi di hadapan 'identiti' itu dan terus duduk.

     "Boleh saya soal siasat awak sekarang?" Soal Inspektor Hanif.

'Identiti' itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Inspektor Hanif terus menyoal.

     "Nama awak siapa?" Soal Insektor Hanif.

      "Na....nama saya,Muhammad Danish bin Abdul Halim." Ujar 'identiti' itu.

Inspektor Hanif hanya menganggukkan kepalanya.
"Boleh tak awak ceritakan segala-galanya?" Inspektor Hanif terus ke pangkal pokok cerita.

Danish hanya menganggukkan kepalanya lalu menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba mengingati memori dan kenangan masa lampaunya.

MALAMWhere stories live. Discover now