Haera menunggang basikalnya ke sekolah bersama-sama abangnya, Hyungseob. Mereka berdua memarkirkan basikal masing-masing di tempat yang disediakan."Haera, kenapa ada teddy besar kat dalam bilik tu?" soal Hyungseob bagi membuka bicara. "Oh, entahlah. Ada orang bagi." Kata Haera dengan selamba. Mata Hyungseob membutang. "Ada orang bagi kau hadiah sempena Valentines Day?" Entah kenapa Hyungseob itu bengap sangat pergi tanya soalan itu sedangkan dia tahu jawapan yang dia akan terima. Mestilah Haera menganggukkan kepalanya.
"Kenapa? Tak boleh?. Ujar Haera tak berpuas hati. Apa salah ke kalau ada orang memberinya hadiah? Yang Hyungseob nak terkejut sangat apasal? "Tak adalah.. Setahu aku.. semua orang tak suka kau."
"Well, same goes to you." Haera berjalan laju melepasi abangnya. Sengaja dia biar bahu mereka berlanggaran. "Ish, orang dapat hadiah pun nak soal banyak-banyak." Haera mula membebl seorang diri.
Dalam perjalanannya ke loker, dia ternampak Guanlin bersama seorang junior mereka, Yoo Seonho. Ingin sahaja Haera pergi menegurnya tentang hadiah yang dia terima itu. Tapi rasanya sekarang bukan masa yang seseuai. Dia ada bersama rakannya. Buat malu sahaja nanti.
"Aku bagi teddy bear besar untuk dia." Haera dapat dengar suara Guanlin yang sedang berkata-kata dengan bangga. "Wah.. hebatlah kau. Sekarang ni kau tunggu dia tegur kau jelah?" Seonho membalasnya. Dengan senyuman bangga, Guanlin terus menjawab "Ya."
Habis perbualan mereka, Haera laju melangkah masuk ke dalam kelasnya setelah ambil semua buku yang diperlukan. "Aih.. hati aku rasa nak meletup." Haera menekan dadanya beberapa kali. Dia rasa nak gila ketika mendengar perbualan dua orang lelaki tadi.
"Wah.. ini semua untuk kau?"
"Banyak pnya coklat dia dapat!"
"Comelnya bunny dia bagi."
"Eleh.. sweetnya ayat dia bagi."
Hari ini kelas bermula lambat supaya semua orang dapat memberi hadiah kepada insan yang mereka sayangi. Haera terasa ingin menutup telinganya ketika semua rakan sekelasnya sibuk mengira jumlah hadiah yang diberikan. Bukan dia tak tahu siapa yang menerima hadiah paling banyak.
"Wah... Heo Chaeri dapat 25 daripada lelaki dan 7 daripada perempuan." Ramai bertepuk tangan melihat meja Chaeri yang sudah tidak kelihatan kerana jumlah hadiah yang diterimanya. Haera seperti biasa, naik menyampah melihat adegan ini berlaku.
"Tengoklah Ahn Haera. Sama aje macam tahun lepas. Dapat kosong."
"Dia nak buat apa pun dengan hadiah tu? Jual kata stripper club?"
Ini juga antara perkara biasa yang berlaku pada pagi Valentine. Rakan sekelas Haera akan mentertawakannya kerana dia tidak menerima satu hadiah atau surat pun. Tetapi Haera terus memekakkan telinganya. Tangannya diletakkan di atas meja untuk dibuat bantal. Matanya dipejamkan sementara semua yang lain bisng dan kecooh fasal hadiah Hari Kekasih. Ketika ini, hanya satu sahaja dia harapkan. Dia berharap agar jarum kecil jam dinding yang tergantung itu cepat-cepat menunjukkan nombor 2 supaya dia boleh pulang.
°•°•°
Apa yang diharapkan Haera kemudiannya berlaku. Walaupun terpaksa menadah telinga mendengar ejekan rakan sekolahnya, sekurang-kurangnya kini dia tak perlu mendengar semua itu lagi.
"Awak tak dapat lagi beruang tu?" Haera baru sahaja hendak naik basikalnya, dia terus berhenti setelah mendengar perbualan seseorang. "Beruang apa ni, Guanlin?" perempuan manis membalas dalam kekeliruan. "Beruang besar yang pegang surat. Takde?" Guanlin bertanya sekali lagi. Chaeri melepaskan tawa. "Awak ni merepeklah, Guanlin. Saya tak terima apa-apa hadiah daripada awak." Katanya lalu mengambil langkah beredar dari situ.
"Kejap!" Guanlin menjerit. Lantas itu, Chaeri menghentikan langkahnya lalu berpaling. "Awak tinggal di blok E atau F?"
"Blok F." Jawab gadis itu sepatah lalu meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.
Haera yang mencuri dengar merasa terkejut. "Ah.. hadiah itu bukan untuk aku." katanya sendirian. Dia mengempal tangannya. "Aku lupa, Chaeri tinggal di apartment yang sama dengan aku. Aku blok E. Dia blok F." Haera menyeka air mata yang baru sahaja melepaskan diri daripada tubir matanya.
"Tak guna."