»19

782 122 25
                                    


Air mata mula jatuh dan membasahi pipi Haera. "Kakak.. Haera takut..." Kereta itu betul-betul berada di hujung tebing. Jika kereta itu jatuh, maka nyawanya akan melayang. Sebarang pergerakan amat berisiko. Lebih-lebih lagi kerana kedua-dua mereka duduk di hadapan.

"Aku benci hidup aku!!" Jerit Haera. Cermin hadapan kereta itu akan pecah tak lama lagi. Haera memandang penculik yang duduk di sebelahnya. Dia mendapat satu idea.

Perlahan-lahan tali pinggang penculik itu dia buka. Lalu, lelaki itu jatuh dan memesahkan cermin hadapan kereta itu. Badan dia barangkali sudah masuk ke dalam laut. Dia buat begini supaya jisim bahagian depan kereta itu tidak terlalu berat.

"Sekarang macam mana aku nak selamatkan diri aku?" Haera memandang sekeliling. Tiada apa yang dapat membantunya.

Tiba-tiba..

Cumi cumi cumi cumi cumi cumi
cumi cumi cumi cumi cumi cumi
cumi cumi cumi cumi cumi cumi

Sebelum sempat Nabila Razali meyambung nyanyiannya, Haera pantas menjawab panggilan yang masuk telefon penculik tadi. Minat Nabila Razali rupanya dia ni.

"Hello?"

"Ini Kim Jaehwan ke?"

Dahi Haera berlerut. Jaehwan tu mesti nama penculik itu.

"Tak, ini siapa?"

"Ini.. Lai Guanlin."

"Guanlin-ah!" jerit Haera teruja. Malangnya, ketika dia menjerit, kereta itu semakin ke depan. "Ahhh!"

"Haera? Apa jadi? Kau kat mana?"

"Aku dekat.. hutan."

"Haera, cuba kau bukak location kau. Tengok kau kat mana."

"okay , sekejap."

Haera mengalihkan telefon itu daripada telinganya. Terus dia tanya Siri. Nasib baik di situ ada line. Zaman dah maju.

"Aku dekat dengan Incheon airport. Ada hutan dekat-dekat situ."

"Okay, Haera bertenang dulu.. Aku sampai sana dalam lima belas minit. Jangan bergerak!"

"Cepat sikit, aku takut."

Panggilan diputuskan dan kini Haera hanya mampu menunggu ketibaan Guanlin yang akan sampai sekejap lagi. "Semuanya akan okay, Hari esok akan tiba. Ini bukan hari terakhir kau hidup."

°•°•°

"Ahn Haera!" Guanlin berlari ke arah kereta yang separuh badan di hujung tebing. "Haera!"

"Guanlin!" Haera menoleh. Menangis-nangis dia menunggu Guanlin. Memikirkan bahawa kematian dia mungkin akan tiba sungguh menakutkan dirinya. "Haera, jangan bergerak biaraku buka pintu ni."

"Tapi macam mana? Aku di bahagian luar tebing ni. Kalau aku jatuh macam mana?" Haera terlalu takut untuk berbuat apa-apa. "Tak. Aku akan pegang tangan kau. Percayakan aku, okay?"

"satu..

dua...

tiga!"

Pantas Guanlin menggenggam tangan Haera sebaik sahaja dia membuka pintu. Kereta itu sudah pun jatuh ke dalam laut. Tetapi yang sedihnya, Badan Haera betul-betul di hujung tebing itu dan hanya tangan Guanlin sahaja tempat dia berpaut.

"Guanlin.." bisik Haera. Cukup kuat untuk Guanlin dengar. "Ya, sayang?"

"Aku dah kata tadi.. aku mungkin mati." katanya dengan lemah. Dia kini dapat rasakan bahawa ajal dia sudah semakin dekat. "Tak, Haera. Kau takkan mati hari ni."

Guanlin memandang Haera dengan penuh sayu.

"Kita yang akan mati hati ni." lalu kakinya meninggalkan tebing yang tinggi dan mereka berdua jatuh di dalam laut.

-END-






























































































Gurau je, ada lagilah.

Di tepi pantai, Haera memberikan bantuan pernafasan kepada Guanlin. Dia sempat membawa dirinya dan Guanlin ke tepi pantai sebelum dia sendiri yang lemas. Walaupun badan Guanlin berat, dia tetap berusaha membawa diri mereka ke pantai.

"Guanlin, jangan mati." Dia menekan-nekan dada Guanlin lalu memberi bantuan mulut-ke-mulut. "Jangan mati lagi. Janganlah mati lagi." Haera masih lagi berusaha sedaya upaya.

"Lai Guanlin!" Dia menekan dada Guanlin sekali sahaja lagi. "Pendek umur.." Kerana sudah penat, Haera berhenti membenti bantuan CPR kepadanya. "Nampaknya aku tak mati hari ni. Tapi kau yang mati." kata Haera dengan lelah.

"Guanlin.. kau mana boleh mati! Dah makan nasi kangkang Chaeri, makanlah aku punya jugak!" Masih lagi ingin bergurau rupanya si Haera ni. "Guanlin-ah.. tolong hidup balik. Aku nak lagi satu teddy bear, please~"

"Aku rasakan... aku dah suka kat kau sejak kau salah hantar teddy tu kat aku. Aku suka bila aku dapat teddy daripada budak hensem macam kau." luah Haera.

"Nama teddy yang kau kasi tu kan... LinLin. Comel, kan? Comel macam kau."

"Uhuk! uhuk!" Secara tiba-tiba Guanlin batuk dan mula menyedarkan diri. "Haish.. baru je nak buat momen sedih. Pergi mampos baliklah!" Haera mencampakkan pasir ke muka Guanlin.

"Woii! Tadi kau yang nangis nak aku hidup. Sekarang kau suruh aku pula yang mati? Bodoh!" Guanlin menjentik dahi Haera.

"Hehehehe... Guanlin-ah, aku suka kau." kata Haera dengan senyuman manis. "Haera-ah.." Lelaki itu mengucup dahinya.

"Aku cintakan kau." Lalu dia memberi hadiah kepada bibir Haera.

-END-

Sesungguhnya, aku menyampah
tulis happy ending 😂😂😂.

Apa ni? Guanlin patutnya mati bruhh.
Ya Allah cringeynya.

Takpelah, sian pulak aku tengok korang
kalau ending dia sedih. Nanti aku buat
Q&A dengan characters ehh?

Terima kasih kepada penyokong Teddy ni.
Saya hargai setiap vote dan comment. Sayang anda!

Btw, bacalah ff Ong aku!

Dan pesanan terakhir..






















Jangan makan nasi kangkang. Okay, bye!

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now