»07

706 136 5
                                    


"Noona!" Seonho berlari ke arah Haera sebaik sahaja dia nampak gadis itu melangkah masuk dalam kawasan sekolah. "Ya, saya?" Haera membalas. "So.. noona dah fikirkan ke?" Haera tersenyum. Dia menganggukkan kepala.

"Noona terima awak."

"B-betul ke? Tak tipu? Tak main-main?"

Haera tertawa melihat lelaki itu betul-betul terkejut mengetahui yang dia terimanya. "Just.. janji untuk simpan hubungan ni sebagai rahsia." Dia mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat janji dengan Seonho.

"Mestilah." Dia juga menghulurkan jarinya lalu melingkari jari mereka tanda perjanjian.

°•°•°

Sedang Haera berjalan seorang diri di padang, tiba-tiba seseorang berdiri di hadapannya bagi menghalang laluan.

"Kau."

Haera menggulingkan anak matanya ketika melihat Guanlin yang sedang berdiri di hadapannya. "Apa?"

"Bagi teddy bear besar tu dekat Chaeri." Arah lelaki yang tinggi lampai itu. "Kau dah cakap nak biarkan aku simpan, kan?" kata Haera. "Tapi aku tak janji."

Haera menjadi semakin menyampah dengan lelaki yang berada di hadapannya itu. Nak sahaja dia tumbuk wajah kacak itu.

"Kenapa pula aku nak bagi beruang tu kat Chaeri?"

"Sebab dari awal lagi beruang tu bukan kau punya pun."

"Tapi-"

"Apa? Kau dah jilat beruang tu?"

"Macam mana kau boleh tahu? Kau stalk aku ke?" Haera terkejut mendengar kenyataan Guanlin tadi. Tak sangka pula yang Guanlin tahu tentang apa yang diperkatakannya pada Chaeri.

"Takde masa aku nak stalk kau. Chaeri yang bagitahu aku." Kata Guanlin. "Dia juga bagitahu yang kau jilat tangan dia." sambung lelaki itu lagi. Wajahnya didekatkan lagi dengan Haera.

"Dia juga minta aku ambil semula teddy bear tu dari kau." Tanpa ragu-ragu, Haera menampar pipi Guanlin.

"Tak nak."

"Bagi."

"Tak nak."

"Bagi!"

"Tak nak!"

Guanlin memegang bahu perempuan itu dengan kasar. Haera memejam matanya kerana ketakutan. Dia tidak lupa akan fakta yang lelaki dua kali lebih kuat daripada perempuan.

"Ahn Haera!" Seseorang datang memanggil nama Haera, sekali gus menyelamatkannya. "Oppa!" Terus gadis itu berlari ke arah Hyungseob lalu menyorok di belakangnya.

"Kau nak buat apa dengan adik aku? Kau jenis yang pukul perempuan ke?" Hyungseob menyoal dengan tegas. "Kau sibuk kenapa, pendek?" Guanlin mengejek lelaki yang lebih rendah daripadanya itu.

"Pendek atau tinggi, aku tetap lebih tinggi daripada kau!" Hyungseob mula naik tangan. "Oppa, jangan!" Haera sempat menahan tangannya sebelum dia mengapa-apakan Guanlin.
"Jom pergi." Haera mula menarik tangan abangnya kemudian mengorak langkah meninggalkan kawasan padang itu.

"Yah! Ahn Haera! lebih baik kau bagi teddy tu  dekat Chaeri!" Guanlin masih lagi menjerit mengharapkan kata-katanya tadi didengari telinga Haera.

"Kenapa kau halang aku pukul dia tadi?" Soal Hyungseob setelah mereka sampai ke tempat letak basikal. "Biarlah. Nanti lebam muka dia, dia nak jawab apa dekat mak bapak dia?"

"Lagipun.. aku tak naklah rosakkan keindahan ciptaan Tuhan."

"Merepek aje tahu..."

Why do I always update at 1 am?

Help.

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now