»18

758 134 15
                                    


"Haera!"

"Noona!"

"Haera-ah!"

"Ahn Haera!"

Empat orang yang paling rapat dengan Haera berusaha mencari kelibat Haera di sekitar kawasan perumahan itu. Hani memasuki perkarangan kedai alat tulis yang Haera pergi dua jam yang lepas.

"Adik.. awak ada nampak tak perempuan ni?" Hani menunjukkan gambar Haera yang tersimpan di dalam telefonnya. "Oh, dia keluar waktu hujan turun." penerangan ringkas si penjual itu tidak sebegitu membantunya. "Dia pergi arah mana?"

"Arah situ." jari pemuda itu menunjukkan arah kiri. "Ada lagi tak yang adik tahu?" tanya Hani lagi. "Maaf, itu sahaja yang saya tahu."

"Terima kasih." Hani berlari keluar dari kedai itu. "Dia datang tadi, lepastu pekerja tu cakap dia tak tahu apa yang jadi."

"Kita cari lagi." kata Hyungseob. "Nak lapor pada polis pun tak guna. Polis terima laporan orang hilang selepas 24 jam kehilangan orang itu." Seonho meletakkan telefon bimbitnya ke dalam poket semula.

"Hyungseob, macam mana kalau Haera kena culik?" Air mata Hani mula mengalir. Sungguh dia takut kehilangan adik perempuannya itu. "Jangan cakap macam tu. Haera dah besar, dia tahu nak jaga diri sendiri." pujuk Hyungseob.

°•°•°

"Aku tak tahu nak jaga diri sendirilah!" menangis-nangis Haera ketika dia disoal si penculik itu. "Hei, budak. Aku mintak sikit je. Jadi peneman aku. Kita sama aje. Fikiran tak waras. Tak berperasaan. Apa yang susahnya?" Dia mencengkam pipi Haera yang sedang ketakutan itu.

"Aku bukan macam kaulah gila! Aku tak nak bersepakat dengan kau buat kerja-kerja hina. Aku ada maruahlah!" Haera menjerit pada muka penculik itu. "Maruah? Maruah tu boleh bagi kau makan ke?"

Tangisan Haera langsung tidak ingin berhenti. Air mata terus jatuh membasahi pipinya. Tetapi disebabkan itu, dia ditampar.

"Aku kata senyap, kan?!" marah si Penculik. "Kau suka atau tak, kita akan jadi rakan sekerja." Penculik itu mengangkat badan Haera lalu diletakkan di atas bahu. Rayuannya tidak dipedulikan. Apa yang dia ingin, akan dia dapat.

°•°•°

Si penculik itu membawa Haera ke tempat lain. Kini mereka berdua berada di dalam kereta. Haera mula menyedarkan diri. Dia diletakkan di tempat duduk belakang.

Dia nampak sebatang kayu besbol di bawah tempat duduknya. Perlahan-lahan dia mencapai kayu itu. Lalu...

Pang!

Haera mengetuk kepala penculik itu. Terus lelaki itu pengsan di situ. "Se-sekejap, kalau aku ketuk dia.. Siapa nak bawak kereta? Aku mana ada lesen!" Dia mula panik.

"Haish.. apa aku nak buat ni?" Haera sudah ketakutan memandangkan dia tidka tahu apa yang akan berlaku.

Bunyi hon sebuah lori mengejutkan lamunannya. Tiada jalan lain, Haera terpaksa membawa kereta itu, walaupun dia tidak tahu apa-apa fasal kereta. "Haish.. here goes nothing." Dia memusingkan stereng kereta itu ke kanan bagi mengelakkan perlanggaran antara keretanya dengan lori itu.

Tapi apa yang dia tidak tahu, di sebelah kanannya ialah hutan. Jika dia masuk ke dalam lagi, dia akan bertemu dengan..

"Tebing!"

Kalau aku buat ff Ong,
korang nak baca ke?

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now