»09

745 117 2
                                    


Haera mencebik melihat basikalnya yang sudah tercabut rantai. "Eyy, kata 3 tahun warranty. Aku baru pakai 7 bulan. Tak guna punya basikal." Dia memukul basikal kuningnya itu. "Haish.. malaslah pulak aku nak heret basikal ni balik." Dia duduk bersandar pada dinding. Tangan gatalnya mencabut rumput yang sedang bahagia melakukan proses fotosintesis.

"Cammanelah aku nak balik ni." Telefon bimbit pemberian Seonho dikeluarkan. Apa lagi? Mestilah dia ingin tonton Netflix. Itu sahaja yang sering dilakukan gadis lifeless itu. "Woi, Haera." sebatang kayu hinggap ke kepalanya.

"Ah!" Bahagian yang dipukul itu digosok serta-merta. "Sakitlah Daehwi!" Gadis itu memarahi insan yang membaling ranting kayu itu ke kepalanya. "Elok lah sikit duduk tu. Dah tahu pakai skirt, janganlah duduk dengan kaki memanjang. Aku nampak panties kau yang kaler biru tu."

Kata-kata Daehwi tadi menyebabkan wajah Haera bertukar merah. "Janganlah pandang!" Pendudukan Haera bertukar. Kini dia duduk bersila. "Tak pandang, terpandang."

"Eyy, samalah jugak tu bongok." Haera membaling ranting kayu tadi ke arah Daehwi. "Inilah sebab semua orang kata kau pelacur sama macam mak kau." Daehwi mencangkung di hadapan Haera. Gadis itu langsung tidak ingin memandangnya. "Kau pun sama je."

"Taklah, aku rasa kau ni baik. Aku rasa kau takdelah murah sangat."

"Kau baru je nampak panties aku. Pasti ke aku tak murah?"

Daehwi mengangguk pasti. "Kenapa tak balik lagi ni?" soalnya. "Tu." Haera menunjuk rantai basikalnya yang sudah tercabut. "Nak balik dengan aku?" ajak Daehwi. Haera mengangkat sebelah keningnya. "Betul?"

"Betul. Jomlah, mak aku tengah tunggu." Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk membantu Haera bangun. Tanpa mensia-siakan masa, Haera menyambut tangannya dan bingkas bangun.

Sementera itu..

"Noona..." Seonho nampak semua perkara yang berlaku tadi. Guanlin yang menyusul dari belakang merehatkan tangannya di atas bahu Seonho. "Kenapa tercegat je ni?" soalnya.

"Takde papelah. Jom balik."

"Ani, tak layah balik lagi. Kita pergi subway, nak?" Tanpa menunggu jawapannya, Guanlin sudah pun membawa diri sahabatnya keluar kawasan sekolah.

°•°•°

"Cakap mak kau yang ambik, tahu-tahu uber. Bawak aku pergi Subway pulak tu. Bukannya balik." rungut Haera. Dia meletakkan beg sekolahnya di tempat duduk kosong di sebelahnya. "Biarlah, sekali-sekala. Bukan aku tak tahu, kau on pun sebab aku yang nak belanja." Haera tersengih mendengar kenyataan Daehwi. Ya, betul. Dia tidak kisah ikut Daehwi kerana dia yang akan bayar.

"Eleh, tahu-tahu aje."

"Kau tunggulah sini jap. Aku pergi beli dulu."

Serentak itu, pintu kedai itu dibuka lalu dua orang remaja yang memakai baju sekolah sama dengan Haera memasuki kedai itu. Membulat mata Haera melihat dua orang yang dia amat kenali.

Kalau Seonho nampak aku lepak dengan Daehwi, apa yang dia akan cakap nanti?

"Hyung belikan yang paling besar dan yang paling mahal. Seonho tengah stress sekarang ni." pinta Seonho. "Ha, yelah. Kau pergi duduk dulu. Aku beli." Guanlin menepuk bahu Seonho lalu pergi ke arah kaunter.

Mata Seonho masih lagi belum menangkap kewujudan Haera di situ. Dia sedang sibuk melayan telefon. Ketika itu, Daehwi datang semula ke meja mereka dengan sandwich dan biskut.

"Nak biskut?"

Daehwi meletakkan plastik berisi biskut itu di tepi Haera. "Daehwi, thanks sebab belanja tapi aku rasa aku kena balik sekarang. Takut pula kalau kakak aku cari nanti." Haera membangunkan dirinya dengan begnya sekali. Daehwi menahan tangan Haera. "Kenapa ni? Ada masalah?"

Pada masa itu, Guanlin sedang berjalan di belakang Daehwi dan terlanggar badannya. "Oh, sorry." Guanlin berpaling untuk melihat insan yang dilanggarinya tadi.

Terkejut dia bukan kepalang ketika melihat bibir Daehwi dan Haera bercantum.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah Seonho nampak perkara itu berlaku di hadapan matanya.

What am I doing? ;-;

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now