»13

695 143 9
                                    


Haera membuat keputusan untuk ponteng kelas untuk masa ketiga itu. Bukan cikgu perasan pun. Duduk dalam perpustakaan sahaja. Guanlin pula yang menemaninya di bumbung blok D. Sekarang Haera sudah bertenang dan berhenti menangis.

"Urmm, Haera.. Kau tak payahlah pulangkan teddy tu dekat Chaeri. Aku dah tak suka dia pun." Kata Guanlin memecahkan sunyi. "Kenapa? Kenapa dah tak suka dia? Semua orang suka dia. Dia cantik, kaya, pandai." balas Haera mengalihkan pandangannya kelada Guanlin.

Dia menggelengkan kepala. "Dia dah ada boyfriend lah. Takkan aku nak terkejarkan dia?"

"Oh.." Lalu keadaan menjadi sepi semula. Haera masih lagi bersedih. Guanlin ingin tahu sebabnya tetapi dia langsung tidak ingin bercerita dengannya. "Guanlin." panggil Haera tiba-tiba.

"Ya?"

"Kau sudi ke nak jadi kawan aku?"

"Kenapa pula tak sudi?" Soalan dibalas pula dengan soalan. "Yelah, aku kan anak pelacur, anak pengedar dadah. Mana ada orang nak berkawan dengan aku. Bila aku ingat ada yang rasa aku ni bukan macam parents aku, nanti diorang kecewakan aku." terang Haera. Dia menggentel baju sekolahnya. Kepalanya tertunduk kerana malu untuk memandang Guanlin.

Guanlin menarik wajah Haera supaya memandangnya. "Takpelah. Mungkin diorang tu ibubapa kau. Tapi tak bermakna kau akan berperangai sama macam diorang." Haera menepis lembut tangan Guanlin. "Tapi aku rasa macam aku sama dengan mak aku." luahnya.

"Taklah! Kau jual badan kau ke? Takde kan!"

"Tapi Seonho cakap aku ni pisau cukur. Sebab aku suka kalau dia belanja. Aku suka kalau Daehwi belanja aku. And semua tulah." kepala Haera tertunduk semula. Tiba-tiba Guanlin ketawa. Ini membuatkan dia keliru.

"Haera.. siapa yang tak suka kena belanja?" Dia terdiam. Yelah kan? Siapa yang tak suka kena belanja?

"Aku suka kalau ada orang nak belanja aku. Aku ni pisau cukur ke?" Haera menggeleng. Baru dia faham apa yang ingin dia sampaikan.

"Thanks, Guanlin." Haera tersenyum. "Sama-sama. Tapi aku nak mintak maaf tau."

"Sebab apa?"

Secara tiba-tiba Guanlin memberi ciuman di atas bibir Haera sekilas lalu berlari masuk ke dalam bangunan semula.

°•°•°

"Woi, kau pahal muka merah aje?" Tegur Hyungseob ketika tiga beradik itu sedang menjamah makan malam. "Eh, ha'ahlah. Haera sakit ke?" Hani mula berasa risau dan memegang dahi untuk merasa suhunya. "Eh, mana ada!" Dia menepis tangan Hani.

"Haera, kau cakap jujur dengan aku."

"Amende?"

"Kau bercinta eh sekarang?"

"Hah?! Haera bercinta?" jerit kakak sulung mereka. "Kaka, senyaplah! Jiran dengar kang nanti buat aduan." Haera menutup mulut Hani. "Eleh, banyak alasan kau. Dah pandai bercinta sekarang!" Hyungseob membangkang.

"Haera jangan nak bercinta, tahu? Banyak niat jahat lelaki ni. Lagi-lagi yang muka comel macam Haera ni." Hani memicit pipi tembam Haera. "Ish, takdelah!"

Susah dapat kakak dengan abang over-protective ni.

Ok, aku terharu tengok korang
comment menunggu update. Sekarang
rumah dah ada wi-fi, aku bolehlah update.

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now