»11

708 126 0
                                    


"Kau tengah buat apa?" Mendengar suara abangnya, Haera terus menyorokkan telefon iPhone 7 pemberian Seonho itu. Jika Hyungseob nampak, apa pula yang dia akan jawab?

"Tak ada apa." Haera berlalu keluar daripada biliknya untuk mengambil air. Dahaga pula menunggu panggilan daripada Seonho. "Kenapa kau dah jarang tengok Netflix kat laptop aku, eh?" Hyungseob menyusul di belakang. "Suka hatilah." jawabnya selamba lalu memasuki biliknya semula.

"Kau ada sorokkan apa-apa ke?"

"Mana ada."

"Habis tu kenapa asyik duduk dalam bilik? Kau buat apa?"

"Takde pape. Baring je."

"Tipu."

"Eh, yang kau berlama-lama dekat depan pintu aku ni dah kenapa? Penyibuk."

Haera menolak Hyungseob keluar dari biliknya lalu mengunci pintu. Jika perkara ini berlarutan, hakikat bahawa dia sedang bercinta akan diketahui abangnya. Hyungseob tu walaupun sering bergaduh dengannya, tetapi dia sebenarnya seorang yang penyayang dan over-protective. Jika dia tahu tentang hubungannya dengan Seonho, mampuslah Seonho dibuatnya.

Ting!

Laju Haera mencapai telefonnya setelah mendengar bunyi notifikasi.

Seonho 😝
Kita kena bercakap. Datang rumah saya.
9:30 a.m.

Dengan kadar segera, Haera mengambil jaketnya lalu keluar dari rumah tanpa meminta izin Hyungseob terlebih dahulu. "Yah! Ahn Haera! Kau nak ke mana tu?! Yah!"

°•°•°

Tanpa perlu banyak kata, Haera memeluk teman lelakinya sebaik sahaja mereka berjumpa. "Jangan cakap apa-apa. Kita kekal macam ni 1 min- Tak! 5 minit." Kata Haera dengan manja. Bukan selalu dia bermanja dengan Seonho. Selalu garang aje.

Lelaki itu menepis tangannya lembut. Jari-jarinya digentel. "Ahn Haera.." bisiknya perlahan.

"Ya?"

"Sayang saya tak?"

Haera mengangguk laju.

"Bagitahu saya dengan jujur."

"Ok."

"Betul ke noona ikhlas bercinta Seonho?"

Soalan Seonho membuat Haera terkejut. Kenapa pula Seonho memberi soalan sebegitu? "Mestilah, sayang." Dia mengetatkan lagi pelukan biar tiada ruang antara mereka. Jawapan Haera masih tidak meyakinkannya lagi.

"Bukan sebab phone atau duit?" Soalan kali ni tidak dijawab. Haera melepaskan pelukannya. "What are you talking about, Seonho?"

"Ani.. Noona gembira sangat dapat phone daripada saya. Noona simpan teddy bear Guanlin walaupun saya yakinkan noona saya pun boleh bagi teddy yang lebih besar! Dan noona ikut sahaja ajakan Daehwi sebab dia yang nak belanja. Sedangkan noona ada saya sebagai teman lelaki. Betul ke apa yang mereka kata bahawa noona ni PEREMPUAN MURAHAN dan PISAU CUKUR?!"

"Seonho! Awak pun ingat noona macam tu, ke? Noona ingat awak lain. Tapi awak pun bersangka buruk pasal noona."

"Kalau tak nak saya bersangka buruk, noona jagalah perangai! Dan pulangkan teddy bear tu kepada Chaeri noona!"

"Tak nak! And you know what, Seonho? Kita dah tamat."

Haera membawa dirinya keluar dari bilik Seonho dengan langkahnya dihentak-hentak.

Hmm...

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now