Dengan amannya, Haera berjalan ke arah kantin untuk membeli roti bagi mengisi perutnya yang belum lagi bersarapan, tiba-tiba dia ternampak Guanlin di hujung korridor. Terus dia tutup muka supaya Guanlin tidak sedar akan kehadirannya di situ.Tapi malangnya Haera, Guanlin dah nampak pun dia. Dia melepaskan tawa melihat gadis itu terkebil-kebil mencari jalan sambil mukanya ditutup. Jalan punya jalan, akhirnya dia terlanggar dengan Guanlin.
"Oh, urmm.. Guanlin. Uhhh.. H-hai?" Kata Haera dengan kekoknya. Tangannya asyik bergerak dan tidak tahu nak duduk diam. "Hai, Haera. Nak pergi mana?" tanya Guanlin dengan selamba tidak seperti dia. "Urmm.. nak pergi mana eh tadi?" Haera menggaru kepalanya. Sudah, dia lupa akan niatnya untuk ke kafeteria
"Oh.. nak cari kawan aku tadi." bohongnya. "Kau mana ada kawan." Kan dah kantoi.
"Oh, ha'ahlah kan." Mata Haera melilau sekitar kawasan itu untuk mencari alasan. "Hah! Tu, nak cari Seonho. Hai Seonho!" Tanpa berfikir panjang, Haera berlari ke arah Seonho yang secara kebetulan lalu disitu.
"Seonho?" Kening Guanlin bertaut. Tiba-tiba je Haera nak cari Seonho. Nak buat apa? "Noona nak apa?" tanya Seonho.
"Oh... Uhh.." Haera menggaru dahi dia untuk memikirkan alasan. "Jap, apa aku nak buat tadi eh?" Kalau dia sendiri pun tak tahu, bagaimana pula Seonho nak tahu?
"Haera.. kau tengah buat apa ni?" Kata Guanlin yang sudah serik. Kalau dah malu tu, mengaku sahajalah yang dia malu. Apa susah. "Hrm, aku nak.. ajak Seonho teman aku pergi kafeteria." Dia menarik tangan Seonho ke arah kafeteria sekali gus menjauhi Guanlin. Sungguh dia rasa segan dengan Guanlin selepas adegan di atas bumbung semalam.
"Noona ni kenapa?" soal Seonho sekali lagi. Hairan betul dia tengok Haera yang sudah hilang mental awal-awal pagi lagi. "Oh, takde papelah. Sorry aku terbabitkan kau. Good luck SPM nanti. Jawab elok-elok." kata Haera tiba-tiba. Seonho pula semakin hairan.
"Noona.. SPM tu untuk orang Malaysialah." ujar Seonho. Haera sudah kehilangan kata-kata. "Oh yeke? Ah, good luck jelah untuk apa-apa!" lalu dia berjalan ke arah mak cik kantin untuk membeli roti meninggalkan Seonho yang sedang keliru.
"Sejak break up dengan aku ni, pelik-pelik ajelah yang dia buat. Aku syak dia suka kat Guanlin ni." Seonho menggeleng-gelengkan kepala melihat bekas teman wanitany terlanggar tiang kaunter sedangkan tiang itu betul-betul di hadapannya.
"Haera.. Haera.. Pelik betul dia ni." Maka Seonho membuka langkah keluar dari kafeteria. Penat dah perhatikan Haera yang entah waras atau tidak.
Another update pukul satu pagi. hELP.
YOU ARE READING
[🌹] teddy °guanlin
Fiksi Penggemar+alangkah indahnya hidup kalau teddy itu milik aku.