Sepuluh kali dah aku baca special chapter tu. Sepuluh kali tu jugaklah aku menyampah dengan special chap tu. Jadi aku buat keputusan untuk buat yang baru."Dan macamtulah cerita cinta antara ibu dan ayah saya berakhir. Sekian terima kasih." Xianchu menunduk 90° di hadapan kelasnya. "Jadi diorang kahwin tak?" Tanya rakan sekelasnya.
"Bodoh, kalau ibu dan ayah dia tak kahwin, macam mana dia ada kat sini?" Seorang kawan memukul lengan budak tadi.
"Cerita kamu seronok. Cikgu bagi A." kata gurunya. "Terima kasih, cikgu!. Dengan riangnya Xianchu kembali ke tempat duduknya semula.
"Okay, itu yang terakhir, pergilah berseronok dengan keluarga awak. Malam ni kan malam Krismas."
°•°•°
"Ibu!" Xianchu berlari ke dalam dakapan ibunya sebaik sahaja menjejakkan kaki kecilnya ke dalam rumah. "Chu!" Haera mendukung anak perempuannya.
"Ayah mana?" Tanya Xianchu. "Tu hah tengah turun tangga." Haera mengangkat jarinya ke arah Guanlin. "Xianchu, macam mana dengan Story Tell hari ni?" Tanya Guanlin.
"Semua kawan-kawan Xianchu suka! Cikgu bagi A!" balasnya dengan riang. "Mestilah diorang suka. Ayah kan hero dalam cerita tu." kata-kata Guanlin meyebabkan Haera memukulnya.
"Kepala abahmu! Kalau aku tak tiba-tiba menangis kat bahu kau, kita tak ke manalah!"
"Eh, kalau aku tahu beza E dengan F, kau takkan dapat teddy yang aku bagi tu!"
"Kalau aku tak kena culik, kau takkan pernah tahu yang aku suka kau!"
Lalu pergaduhan mereka bersambung. Xianchu lula sudah naik menyampah dengan sikap ibubapanya. "Ibu, bila nak buat Christmas Cookies ni?"
"Oh, sorry sayang. Jom pergi sekarang."Haera mebawa diri ke dalam dapur meninggalkan Guanlin. "Hey, habis tu aku?"
"Ah, kau reputlah sana! Jaga Hue Jin.""Tapi Hue Jin tidur!"
"Ada aku kisah?" balas Haera dengan menyampah. "Ibu dengan ayah buatlah Christmas Cookies, biar Xianchu jaga Hue Jin." Xianchu berlari naik ke atas lalu memasuki bilik perkongsian dia dengan adik lelakinya yang masih lagi bayi.
"Haera~" Guanlin memeluk belakang Haera. Dia menyembamkan muka di lehernya. "Guanlin, kalau macam ni sampai bila pun tak siap cookies tu." kata Haera. "Beli jelah."
"Aku buat lagi sedap." Haera melepaskan diri daripada dakapan Guanlin. "Alah, biarlah nak peluk. Kejap je lagi, please." Guanlin mencebik manja.
Haera yang sudah cair pun memeluk suaminya. "Guanlin."
"Ya, sayang?"
"Jantung kau berdegup lajulah."
"Tahu. Aku pun boleh rasa jantung kau berdegup laju."
"Aku sayang kau, Guanlin."
"Haera." Guanlin mengangkat wajah Haera. "Aku sayangkan kau lebih lagi." Guanlin mencium bibir Haera sekilas.
Di sebalik tiang tangga, Xianchu memerhatikan ibu bapanya yang sudah berbaik. Bukan susah pun nak buat mereka berbaik.
Xianchu naik ke atas semula lalu memasuki bilik mereka. Dia membuka almari ibunya. "Lin Lin, thank you!" Dia memeluk beruang yang lima kali lebih besar daripadanya.
You know what, this is much cringey-er
than before.And.. aku bagi nama China kat anak diorang
sebab pelik duhh nak letak nama Korea
dengan nama keluarga 'Lai'.Lai Xianchu
Lai Hue Jin.
Kan lagi sedap?