»06

724 137 3
                                    


"Pergi matilah."

Balas Haera dengan kasar. Tak sangka pula Si Chaeri tu akan meminta beruang itu daripadanya. "Kenapa aku pula? In the first place, beruang tu bukannya milik kau pun." Dengan berani, Chaeri berbalah dengan Haera.

"Kau ingat aku kisah? Aku dah jilat patung tu. Jadi benda tu aku punya." Haera masih lagi pertahankan beruang itu dengan mencipta alasan yang mengarut. Baru sahaja dia ingin beredar, Chaeri mengangkat tangannya untuk menampar pipi Haera.

Malangnya Chaeri, Haera sempat menahan tangannya itu. Dijilatnya tangan itu lalu mengelap tangan itu di atas muka Chaeri yang penuh dengan make up.

"Macam itulah aku jilat patung itu, nak?"

"Yah, gila punya perempuan!"

Sebelum sempat Chaeri menuerangnya, Haera berlari menjauhinya terbelihi dahulu.

°•°•°

"Haera dah balik."

Kata Haera sebaik sahaja kakinya memijak lantai rumahnya. Kasutnya disusun rapi di atas rak. "Dah makan?" Soal kakanya, Hani. Haera menggeleng sebagai jawapan.

"Dekat dalam peti ais ada nasi goreng dengan ayam goreng. Panaskanlah." Hani memberi arahan ringkas kepadanya. "Ok." Semestinya peti aislah tempat pertama yang ditujunya demi mencari nasi goreng dan ayam goreng yang diperkatakan tadi.

Tit tit tit Ting!

Selesai tiga puluh saat memanaskan makanan itu, Haera terus masuk ke dalam biliknya. Jarang sekali dia makan di atas meja makan di tepi dapur itu.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Haera membuka laptop milik abangnya yang sudah dia pinjam selama tiga hari demi alasan nak tengok netflix dan drama korea.

Tajuk drama ' Temperature of Love' menjadi carian Haera pada malam itu. Sambil-sambil menonton drama itu, dia menyuapkan sedikit ayam gorengnya ke dalam mulut. 

"Comel."

Haera tersenyum melihat pasangan itu bermesra. Alangkah bagusnya kalau ada dua lelaki yang kacak berebut-rebut demi mendapatkan cintanya.

Tiba-tiba sahaja dia teringat soalan Seonho pagi tadi ketika mereka berdua ponteng sekolah. "Apa patut aku buat dengan soalan dia tu?"

"Kalau aku terima, bukannya aku suka kat dia pun."

"Tapi kalau tak terima, aku sememangnya kerugian. Siapa tak nak laki handsome, baik dan rajin?"

"Tapi bukan ke maksudnya aku macam tak ikhlas bercinta dengan dia?"

"Dia cakap kalau aku bercinta dengan dia, nanti dia bagi telefon. Akhirnya aku bolehlah rasa nak scroll telefon sendiri."

"Takkanlah aku nak bercinta dengan dia sebab nak dapat telefon sahaja? Sangat menyedihkan."

"But Seonho tu bukannya semua orang boleh dapat. Ponteng dengan dia pun dah dikira bertuah gila.  Apakan lagi kalau bercinta dengannya?"

"Ani, Seonho tu kan lagi muda. Aku lebih suka lelaki yang sebaya. Kan lagi sweet. Berpasangan seperti sedang berkawan. Senang-senang boleh panggil aku-kau. Jadi kalau ikutkan, Seonho is far from my ideal type." Haera menggelengkan kepalanya. "Eh, habis?" Rupa-rupanya masa yang diambil untuk Haera memikirkan hal itu sebenarnya lama.

Cukup lama sehinggakan drama marathon tiga episod yang ditontonnya tadi sudah tamat. "Hmm, tengok sahaja  esok atau minggu depan." Dengan redha, Haera menutup komputer riba itu lalu membaringkan badan di atas katilnya untuk bertemu dengan mimpinya malam itu.

Ketika dia ingin lelap, matanya bertemu dengan patung beruang gergasi yang kini diletakkan di tepi meja belajarnya. Melihat patung itu, membantu Haera membuat keputusan.

"Ok, aku dah tahu." Dengan keputusan itu, Haera dapat tidur dengan nyenyak tanpa perlu menyesakkan fikirannya.

Agaknya apa keputusan dia eh?
🤔🤔🤔

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now