"Haera-ah, unnie nak beli barang dapur. Nak ikut tak?" Hani mengajak adiknya keluar. "Tak apalah. Malas. Nak tengok movie Netflix." Haera menolak mentah ajakan kakaknya. Di dalam biliknya, dia sibuk menonton Netflix di komputer riba milik abangnya. Dia tiada gadget sendiri. Malah telefon pintar pun tiada. Kadang-kadang sahaja dia dapat menggunakan komputer riba Hyungseob.Ting Tong~
Loceng rumahnya ditekan. Haera mengerutkan wajah. Siapa pula yang datang? Jarang ada orang datang melawat kecuali bangla jual carpet. Haera terus menghentikan cerita yang sedang ditonton tadi. Walaupun malas, dia berjalan mendapatkan pintu.
"Kejap!"
Tanpa melihat siapa yang datang, Haera terus ke muka pintu. Matanya membuntang melihat Guanlin di hadapannya.
Ni mesti nak minta teddy bear tu..
"Hai, ini rumah E-7-5, kan?" Guanlin berkata sopan. "Ye, nak apa?" Haera menundukkan wajahnya dan bersuara dingin. "Kalau tak silap saya, semalam sepatutnya patung beruang besar sampai ke sini. Tapi sebenarnya saya dah silap tulis alamat. Sepatutnya beruang itu dihantar kepada F-7-5." terang Guanlin panjang lebar.
"Maaf, tiada. Saya buang. Pergilah cari." Haera cuba menutup pintu rumahnya tetapi di tahan Guanlin. "Sekejap cik." Tangannya yang menahan pintu itu tidak sengaja tertolak sekali topi yang dipakai Haera. Wajahnya berkerut.
"Ahn Haera?"
Haera menggigit bibirnya. Terus dia menolak dada Guanlin dan berlari masuk ke rumahnya. Guanlin pantas bangun lalu memasuki rumah itu.
"Yah! Beruang itu ada pada kau, kan?" jerit Guanlin sambil kakinya berlari mencari kelibat Haera. "Takde takde! Aku bakar. Biar dia reput macam tuannya!" Haera menjelir lidah ke arah Guanlin lalu sambung pelariannya. "Woi, kau tu yang mereput! Chaeri tu lawa daripada kau!" Guanlin cuba mengejar Haera yang bergerak begitu pantas ke sana sini sekeliling rumah itu.
Haera memasuki biliknya lalu masuk ke dalam almari di mana dia menyimpan beruang besar itu. "Haera! Kau kat mana?! Keluar balik! Biarlah aku bagi beruang tu dekat Chaeri." Guanlin menjerit di tengah ruang tamu.
Haera berasa seperti dikejar psycho. Dia menekup mulutnya takut-takut tiba-tiba dia bersuara. "Sampai macam tu sekali dia suka Chaeri. Aku yang comel ni dia tak nak."Haera menumbuk beruang pemberian Guanlin itu.
"Haera?" Dari dalam, dia dapat dengar suara Guanlin yang sudah memasuki bilik itu. "Wah.. kemas betul bilik dia ni." sempat lagi Guanlin memuji bilik itu. "Kau kat sini, ya?" Lelaki tinggi itu membuka pintu almari Haera. Dia sudah tertangkap. "Haera, bagilah beruang ni." Guanlin cuba menarik beruang itu keluar.
"Tak boleh!" Haera memeluk beruang itu bagi menghalang aksi Guanlin. Perlahan-lahan setitis air mata jatuh mengalir di atas pipinya. "H-hey.. Kenapa? Aku pukul kau ke?" Guanlin tiba-tiba rasa risau melihat air jernih itu mengalir.
"Ini aku punya. Bukan Chaeri punya. Bukan kau punya. Ini milik aku." Haera masih lagi kekal memluk beruang yang tidak masuk dalam dakapannya. "Ok ok. Ambiklah. Aku bagi Chaeri yang lain." kata Guanlin lalu melangkah pergi dari situ. "Tak boleh!" Haera memegang lengan Guanlin.
"Kenapa pula?" Wajah Guanlin berkerut melihat tindakan Haera. "Kau beli yang lebih kecil danyang lebih murah. Aku tak nak dia dapat yang sama macam aku." katanya tanpa memandang Guanlin. Dia memgang dagu gadis itu supaya memandang matanya.
"Hey, kau memang tak sama dengan Chaeri. Dia jauh lebih cantik dan dia lebih mahal. Bukan macam kau. Perempuan murahan. Sama macam mak kau. Jadi aku akan belikan Chaeri patung yang lebih mahal." Lelaki itu melepaskan pegangannya dengan kasar. Dibiarkan Haera menangis di dalam almari.
Haera memandang beruang di sebelahnya dengan geram. "Jahat." Diberikan pula beruang itu satu tumbukan.
