Seonho mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap mukanya yang menjadi mangsa susu strawberry Haera tadi. "Be my girlfriend. Simple." katanya lagi. "Memanglah bagi awak simple. Tapi bagi noona tak. Saya tak pernah couple." Haera meneguk lagi susunya memandangkan yang tadi sudah keluar semula."Tak pernah? Kalau macam tu, saya boleh jadi yang pertama." Seonho tersenyum bangga. "Tapi.." Haera masih lagi tidak yakin untuk menerima tawaran Seonho itu. "Kenapa tidak? Saya boleh buat noona gembira." Seonho mencapai tangan gadis itu.
"Seonho.. awak betul-betul ikhlas nak jadikan noona teman wanita awak ke?"
"Mestilah ikhlas! Saya suka noona sejak kali pertama saya nampak noona." Kata pelajar lelaki itu dengan penuh yakin. Malang sekali, keyakinan Seonho tidak dapat meyakinkan Haera. Dia masih lagi teragak-agak.
"Macam nilah, biar noona fikir dulu. Lepas ni kalau kita jumpa lagi, noona bagi awak jawapan." Haera menjawab. Cepat-cepat dia habiskan ramennya. Selepas itu, dia berlalu pergi dengan basikalnya meninggalkan Seonho sendirian di situ.
°•°•°
Haera termenung menonton wayang yang ditayangkan besar-besar di hadapan matanya. Dia langsung tidak mengayati filem itu. Fikirannya melayang memikirkan perkara yang berlaku tadi di kedai serbaneka bersama Seonho.
Bunyi tembakan yang dihasilkan oleh filem itu langsung tidak memberi kesan kepada Haera. Sedangkan penonton yang lain memberi reaksi kepada setiap adegan yang ditayangkan.
"Apa cerita bodoh ni cuba nak bagitahu?"
Itu pula yang keluar daripada mulut Haera. Dia sibuk bertanya sedangkan dia yang tidak fokus sejak dari awal sehingga ke pertengahan filem itu. Entah buat kali ke berapa, Haera mengerling jam tangannya.
"Dah pukul satu. "
Kemudian matanya mengalih semula ke skrin besar. Sebenarnya dia ingin menonton wayang pun hanya untuk membuang masa. Secara jujur, tanpa Seonho dia tidak tahu hendak buat apa.
Selepas 40 minit tersekat di dalam panggung itu, filem yang ditayangkan tadi akhirnya tamat. Penonton-penonton beransur keluar daripada situ. Haeralah yang terakhir meninggalkan tempat itu. Sengaja dia berjalan perlahan-lahan supaya masa terbazir ketika dia berjalan seperti orang tua yang sedang turun tangga.
"Ahn Haera."
Secara tiba-tiba seseorang memanggil namanya. Terkejut Haera dibuatnya. Dia memandang sekeliling mencari gerangan yang menyebut namanya tadi.
"Ah... Chaeri."
Kepalanya tertunduk semula setelah melihat tuan punya suara. Tak sangka pula dia akan bertemu dengan ratu sekolah di situ.
"Kau pomteng, ya?" Tanya perempuan itu dengan sinis. "Aih, bodohnya lah soalan. Dah tahu aku tak datang sekolah hari ni dan aku berada di sini, kau rasa aku buat apa lagi?" Jawab Haera dengan nada yang lebih sinis dan sarkastik. Chaeri terpaku.
"Harap gred aje A." Haera mengejek.
"Tunggu kejap."
"Apa dia?""Kau ambil patung aku, kan? Patung yang Lai Guanlin beri UNTUK AKU. Kau ambil, kan?" Haera terkejut mendengar soalan seterusnya. Bagaimana pula perempuan ini tahu? "Diam itu tanda ya." Memandangkan Haera tidak bersuara, Chaeri membuat kesimpulannya sendiri.
"Tak, itu kepunyaan aku." Sepertimana dia lakukan sebelum ini, Haera menafikan fakta yang terang-terang salah. "Sadisnya ambil hadiah orang lain. Tapi tak apalah. Guanlin dah beri aku beruang lain." Chaeri menunjuk-nunjuk keychain begnya pada Haera.
Wah.. Beruang tu lebih comel daripada aku punya.
"Habis tu? Kau dapat kau punya, aku dapat aku punya. Puas?" Dia ingin menamatkan perbualan mereka. "Yah! Kau jangan anggap aku sudah puas." Chaeri menyliangkan tangannya di atas dada.
"Apa kau nak?"
"Aku nak teddy bear yang besar tu."