»15

726 137 4
                                    


"Babi punya basikal. Hari tu rantai putus. Hari ni tayar pancit pulak. Nak aje aku tukar engkau ni basikal." Haera duduk mencangkung setelah melihat keadaan basikalnya yang sudah kiyokk itu. Punyalah dia maki hamun basikal itu.

"Oii, Ahn Haera!" panggil seseorang. Terus Haera mengangkat kepalanya.

Haishh.. Guanlin lagi. Macam dah pupus dah semua lelaki kat sekolah ni.

"Apa dia?" Tanya Haera dengan dingin. "Nampak macam ada masalah, apa dia?" Guanlin mendekati Haera. "Masalah aku ialah.. Eyy, penyibuk betul manusia bernama Guanlin ni. Aku panggang nanti kang." Dia membaling batu ke arahnya.

"Hey, aku menyibuk ni kira baik, tahu? Mana ada orang lain nak menyibuk dengan kau!" katanya dengan yakin. "Aku lagi rela sendiri." bisik Haera.

"Blah la. Aku naik bas. Basikal aku dah mampus dah." Haera bingkas bangun lalu pergi ke arah perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah mereka. "Woii, tunggulah!" Guanlin mula mengejar kepantasan gadis itu.

"Sibuklah! Cakap anak orang kaya. Pahal naik bas?" Haera menolak Guanlin supaya menjauhi dirinya. "Suka hati akulah nak balik naik apa pun." Dia kekal todak terganggu. Sedangkan niatnya hanyalah hendak menggedik dengan Haera.

"Penyibuk boleh pergi mati dan mereput." Pantas Haera berlari ke arah bas yang sudah sampai ke perhentian.

°•°•°

Haera diam merenung iPhone 7 hasil pemberian Seonho ketika mereka berdua mula bercinta. "Aku dah break up dengan dia.. Layak ke aku guna tepon ni?" Jarinya asyik sahaja menekan butang home di bahagian bawah telefon pintar itu.

"Kalau nak guna rasa bersalah, kalau nak pulangkan, rugi." Dia masih lagi buntu memikirkan apa yang patut dia buat tentang telefon itu. Sayangnha kalau nak pulangkan. Nanti tak dapatlah Haera tonton Stranger Things di Netflix.

"Nak rosakkan ke?" Dia mengangkat telefon itu.

"Haera nampak hair dryer kakak– Tepon sape tu, Haera?"

Terkejutnya Haera ketika kakak sulungnya tiba-tiba memasuki biliknya tanpa sebarang amaran. "Ohh, urmm.. telefon kawan." Bohongnya. "Haera mana ada kawan." Terasa deja vu di situ.

"Ini.. ini.. ini.."

'Ini' sahaja yang mampu keluar daripada bibir Haera. Jika dia beritahu perkara sebenar, mumgkin hari itu jugalah dia mati. Bab bercinta ni memang bukan untuk dimain dalam keluarga ini.

"Annyeonghaseyo, noona. Itu telefon yang saya bagi kepada Haera." tiba-tiba pula Guanlin muncul entah dari mana.

"Eh, Guanlin kau ni ada magic ke apa?" soal Haera dengan keliru. "Taklah. Hyungseob yang ajak aku datang. Aku bagitahu dia yang aku pakwe kau."

"Ah, mampos."

"Ahn Haera!!!"

what am I doing at 2 am?

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now