"Noona, pulangkan jelah teddy tu kepada Chaeri noona." Kata Seonho ketika mereka berdua sedang menikmati milkshake yang dijual tidak jauh dari sekolah. "Kenapa?""Saya boleh bagi noona teddy bear yang baru." Haera memandangnya dengan pandangan yang ragu-ragu. "Betul!" Seonho mengangkat tangannya tanda bersumpah. "Tak nak." Walaupun sudah dipujuk teman lelaki sendiri, Haera masih lagi enggan memberi patung beruang gergasi itu kepada Chaeri.
"Kenapa tak nak?"
"Sebab itulah teddy bear pertama saya dapat. Saya mana boleh nak bagi orang lain hadiah pertama yang saya dapat." Haera berhenti seketika untuk menyedut sedikit minuman berperisa blueberinya.
"Tapi itu bukannya untuk noona. Maknanya itu bukan hadiah noona." Seonho menyampuk. Si gadis itu memandangnya dengan tajam. "Lagipun saya tak nak kalah dengan Chaeri. Bukan selalu saya menang, tahu?" Kata Haera kemudian menyedut lagi minumannya.
"Ok, kalau macam tu, simpanlah selama mana yang noona nak." Seonho tiba-tiba sahaja membelai rambut Haera menyebabkan gadis itu keliru. "Kenapa ni?" Haera memandangnya dari atas sampai bawah walaupun perbuatan itu tidaklah membantu mengurangkan kekeliruannya.
"Nah. Phone seperti yang dijanjikan." Seonho mengeluarkan kotak iPhone 7 lalu meletakkannya di atas meja. "Maaflah tak dapat nak bagi iPhone 8. Phone ni sebenarnya dah lama saya beli." Perasaan bersalah mula bermahkota dalam diri Haera. Perlahan-lahan dia menolak kotak itu menjauhinya.
"Takpelah. Saya bukannya bercinta dengan awak untuk phone." katanya. Laju Seonho emnggeleng kepala. "Saya dah janji. Sekarang simpan telefon ni kalau tak kita break."
"Eh?"
°•°•°
Petang Haera diluangkan dengan berjoging di taman. Itu pun dipaksa oleh kakanya. Katanya Haera kelihatan tembam sedikit setelah habis menonton 'Stranger Things' di Netflix.
Habis dua round berjoging sekitar Sungai Han, dia berhenti berehat di salah satu bangku yang disediakan di situ. Peluh yang mengalir di atas dahi dilapnya. Darahnya mengalir laju di dalam badan atas kerana penat berjoging.
"Aduh.. rasanya dah lebih sebulan sejak kali terakhir aku bersenam. Menyesal aku berhenti." Kakinya dikeluarkan daripada kasut. Tapak kaki itu diurut sedikit. "Ahn Haera, kau buat apa kat sini?" Haera memandang gerangan yang memanggil namanya tadi.
Guanlin lagi.. Kalau tak kacau aku sehari tak boleh agaknya.
"Tengah sidai kain." Katanya dengan sarkastik. "Dengar sini. Aku hargai yang kau suka patung yang aku beli tu. Tapi kalau Chaeri nak patung tu, aku lebih hargai kalau kau bagi teddy bear tu kepada dia." bebelan Guanlin sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Kebahagiaan Chaeri tak ada kena mengena dengan aku." Kakinya diletakkan ke bawah semula setelah puas mengurut. "Tapi ada kena mengena dengan aku." balah Guanlin. "Kau tak ada kena mengena dengan aku."
"Ada! Sebab kau ambik teddy bear tu dari aku. Maka ada kena mengena dengan dengan aku secara teknikal." Haera mengguling mata mendengar kenyataan Guanlin tadi. Sedikit pun dia tidak peduli tentang cerita cinta antara Chaeri dan Guanlin.
"Tolonglah, Haera! Aku sayang dia." Ingin sahaja Haera muntah di situ.
Sayang? Tolonglah, cinta itu anjing betina (bitch)
"Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau berikan teddy tu kepada Chaeri." Kata Guanlin dengan yakin. Haera terdiam seribu bahasa. Kepalanya mendongak memandang lelaki yang tinggi lampai itu.
Lalu kakinya diangkat ke atas bangku untuk dia mengikat tali kasut yang tertanggal. "Kalau kau nak duit, aku bagi. Ini semua demi Chaeri." Tanpa diajak, Guanlin mengambil tempat di sebelah Haera yang sedang duduk di atas bangku itu.
Mata mereka bertentangan. Lebih kurang sepuluh saat kemudian baru gadis remaja itu bersuara,
"Guanlin, kau makan nasi kangkang Chaeri, ke?"
So Fattzura happened and I
don't know what to react but
tbh, Lofattah is way better.
Eventhough I don't watch both
dramas.