»12

707 133 12
                                    


"Kau pahal mata lebam ni?" Tanya Hyungseob ketika mereka berdua sedang keluarkan basikal dari tempat simpannya. "Sibuklah kau." Haera mengeluarkan rantai kunci basikal daripada roda basikal itu. Terus dia menunggang basikal itu lalu meninggalkan abangnya.

Hyungseob pula dibiarkan buntu.

°•°•°

Jika Haera nangis, terluka atau kesakitan tiada sesiapa akan peduli. Kadang-kala rakan-rakan sekelasnya langsung tidak perasan jika dia tidak hadir. Percuma sahaja dia dapat kehadiran penuh disebabkan itu. Itulah kehidupan seseorang yang dipinggirkan dan tidak dilayan.

Disebabkan itu, dia tiada masalah 'terpengaruh dengan rakan sebaya'. Tapi tak ada guna pun. Markahnya biasa-biasa sahaja. Kadang-kadang ada juga dia gagal. Hairan orang.

"Woi, kita pergi perpustakaan. Cikgu Lim tak ada." Kata salah satu rakan sekelasnya. Haera bangun lambat-lambat dari kerusinya. Malas betul nak jalan.

Sedang Haera berjalan di koridor itu, dia terserempak pula dengan Guanlin yang sedang meletakkan buku ke dalam loker.

"Tepilah." Kata Guanlin. Tapi Haera buat tak kisah sahaja. Dia kekal berdiri seperti patung di hadapan Guanlin. "Tepilah.." kata Guanlin sekali lagi dengan suara yang lebih kuat. Dia menolak lembutbahu Haera sehingga dia terundur ke belakang sedikit.

Secara tiba-tiba Haera mengeluarkan air mata. Guanlin terkejut lalu menggelebah. "Y-yah, aku tolak kuat pun. Sakit ke?" Dia memegang kedua-dua belah bahu Haera. "B-bukanlah!" Tangisan Haera menjadi lebih kuat.

Tersedu-sedan dia mengelap air mata yang terjatuh. Kepalanya disandarkan di atas bahu Guanlin. Habis basah dibuat blazer Guanlin. Dengan kekoknya, dia menepuk lembut belakang perempuan itu.

"Janganlah nangis Haera." Buat kali pertamanya dia bersikap baik dengan Haera. "Guanlin, sakit.." rengek Haera. "Sorry." Guanlin masih berasa yang dialah penyebab Haera menangis. "Bukan kau yang buat." Dia berkata dicelah-celah tangisannya itu.

"Guanlin, boleh tak aku nak peluk kau?" Haera menaikkan kepalanya. "Errr.." Dia berfikir sejenak. Dia mengeluh. Ini kerja gila. "Peluklah." Guanlin mendepakan tangannya. Terus Haera masuk kedalam dakapannya.

"Aku penatlah, Guanlin." Kata Haera tiba-tiba. "Itu sebab kau menangis?" Dia angguk. "Aku penat dengan semua orang. kat sekolah ni panggil aku anak pelacur dan pisau cukur."

"Biarlah diorang. Bukan tahu apa-apa pun."

"Tapi memang betul pun. Mak aku pelacur."

"Oh, urmm.. Sorry." Guanlin menggaru tengkuknya.

"Takpe. Yang pelacur tu mak aku. Bukan aku."

"Haa! Betul tu. Tak semestinya kau ikut perangai mak kau. Mungkin perangai kau macam bapak kau." Guanlin berbicara dengan yakin. Dia yakin bahawa kenyataannya akan memujuk hati Haera. "Bapak aku pengedar dadah."

Lalu gagak pun berbunyi, siput pun berlari, kambing pun berenang.

"Oh. Macam tu." Sekali lagi dia menggaru tengkuk Dah tak tahu nak cakap apa dah. "Oh, ya.. Guanlin."

"Apa?"

"Bagilah Chaeri teddy bear yang kau silap hantar tu kat dia balik."

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now