»16

735 128 5
                                    


"Malam semalam Heo Chaeri menjadi mangsa ketiga kes penculikan yang berlaku di Yeonhui-dong. Gadis-gadis berumur 17 - 30 diminta berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa penculik yang seterusnya."

Terus Hani menukar siaran televisyennya. "Haish.. dunia ni boleh jadi macam-macam. Kenapalah si penculik tu nak ambik budak macam Chaeri? Kecik lagi dia tu." komen Hani. Dia menyuap sekeping lagi kerepek kentang ke dalam mulut.

"Kakak, Haera nak keluar kejap. Correction tape dah habis." Haera keluar daripada biliknya. "Hmm, pergilah. Jangan lama sangat. Tak pasal-pasal kau kena culik." kata Hani.

Dengan kadar segera, Haera keluar daripada rumah itu. Dia pergi ke tempat letak basikal dahulu. "Eishh.. Jebon manalah yang rembat basikal aku. Bukan lawa pun. Dahlah tua. Basikal tu pun nak rembat. Eyy, cepuk kang." bebl Haera setelah sedar bahawa basikalnya tiada di tempat yang biasa dia letak.

"Jalan kakilah aku nampaknya." Haera mula mengorak langkah keluar kawasan apartment itu. "Haera, kamu nak ke mana?" tanya pengawal keselamatan yang sedang bertugas. "Saya nak beli barang sikit, pak cik." balas Haera dengan ringkas. Malas nak buang masa dengan bersembang. "Balik awal, tahu? Macam-macam yang berlaku kat kawasan ni. Pak cik dengar, kawan sekolah kamu dah hilang."

Haera diam sejenak. Hanya dia dan Chaeri sahaja perempuan yang tinggal di apartment ni dan juga ke sekolah itu. Jelas sekali pengawal itu sedang bercakap tentang Chaeri.

"Baik pak cik. Saya balik sebelum senja." Lalu Haera menyambung perjalannya ke kedai alat tulis yang berdekatan.

°•°•°

"1,300 won." Haera menghulurkan duit kepada juruwang itu. "Terima kasih, sila datang lagi."

Sebaik sahaja dia keluar daripada kedai itu, terasa setitik air membasahi hidungnya.

Dua titik..

Tiga titik..

Sehingga gerimis menjadi lebat.

"Eishh.. hujanlah pulak." Pantas Haera berlari pulang ke rumah di dalam hujan yang semakin lebat membasahi bumi.

°•°•°

"Hyung, hyung dengan Haera noona bercinta ke?" tanya Seonho. Pada waktu petang, Guanlin sering makan di kedai tteokbokki dengan Seonho. "Kenapa?" Soalan berbalas dengan soalan. 

"Tu." Seonho menunjukkan telefon bimbit Guanlin yang berlatar belakang gambar Haera sedang duduk di atas bumbung. "Oh.. entahlah. Aku tak pernah tanya dia."

"Hyung kalau suka dia, cakap jelah."

"Aku-"

"Lai Guanlin!" Secara tiba-tiba Hyungseob masuk ke dalam kedai itu. Dia kelihatan seakan-akan sedang panik.

"Kenapa ni?" soal Guanlin yang sedang hairan. "Haera mana?"

Plot twist. Sorry.

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now