Haera sudah bersiap sedia untuk ke sekolah. Rambutnya juga sudah diikat rapi. Hanya hatinya sahaja yang belum bersedia. "Berbaloi ke aku datang hari ni?" Haera menyoal dirinya sendiri ketika memandang cermin. Ikutkan suara hati, ingin sahaja dia ponteng sekolah hari ini.
"Haera-ah, celatlah!" Hyungseob memanggil adiknya keluar. Cepat-cepat Haera mengeluarkan baju dan seluar lalu menyumbat pakaian itu ke dalam beg sekolahnya. Keputusan sudah diketahui. Dia akan ponteng sekolah hari ini.
"Ya, nak keluarlah ni."
°•°•°
"Oppa, hari ni Haera balik lambat. Mungkin lagi lambat dari kau." kata Haera. Walaupun sebernanya dia tidak berani untuk berbohong kepada abangnya, dia cuba beranikan diri. "Oh, ok. Nanti aku bagitau Hani." Tanpa menyoal atau perasaan syak wasangka, Hyungseob terus mengizinkannya. "Ok. Jumpa kat rumah nanti." Haera tersenyum setelah mendapat kepercayaan abangnya.
Dia melihat Hyungseob masuk ke dalam bangunan sekolah dahulu barulah dia mula menunggang basikalnya keluar sekolah.
Belum sampai 100 meter jauh daripada kawasan sekolah, seseorang menghalang perjalanannya dengan memijak tayar basikalnya. Terkejut Haera melihat indan itu di hadapannya. "Yoo Seonho?"
"Noona nak ke mana? Sekolah arah situ bukan sini." Kata pelajar itu sambil mencekak pinggang. "Oh.. dompet noona tertinggal dekat rumah. Noona nak patah balik untuk ambil dompet tu." Air muka Haera jelas sekali menunjukkan yang dia sedang berbohong.
Secara tiba-tiba, Seonho merampas beg galas milik Haera lalu mengeluarkan hoodie, topi dan sepasang jeans dari dalam beg itu. "Habis tu ni untuk apa?"
"Aish, yelah. Aku nak ponteng. Kau tepilah." Haera mengalah dan mula berkata kasar setelah berasa geram dengan Seonho. "Ok, Kalau macam tu, saya nak ikut." Mukutnya terlopong mendengar keputusan juniornya itu. Ketua kelas, ketua pasukan bola keranjang, pelajar contoh. Semua yang baik ada pada Seonho. Tiba-tiba hari ni dia ingin memonteng sekolah dengannya? Aneh sekali.
"Noona duduklah belakang, Biar saya bawa basikal ni." Sesuka hati Seonho sahaja menolak Haera agar dia duduk di belakang. "Yah!" jeritan Haera langsung tidak dipedulikannya. "Lets's go!" Dia mula mengayuh basikal itu.
°•°•°
Kedua-dua pelajar itu sudah pun menyalin pakaian masing-masing. Rupanya Seonho juga ada membawa bajunya sendiri. Mungkin dia juga sudah merancang untuk pomteng dari awal lagi. Mereka berdua masuk ke dalam satu kedai serbaneka.
"Noona suka ramen apa?" tanya Seonho sambil membelek rak yang diletakkan pelbagai jenis ramen. "Semua pun suka." jawab Wokhee sementara dia memilih coklat untuk mereka berdua jamah bersama. "Susu pisang?" Kali ni Seonho membuka peti ais pula. "Saya tak suka susu pisang." "Strawberry?"
"Bingo!"
Selesai memilih barang, mereka pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. "18,000 won." Mereka berdua membahagikan duit untuk mwmbuat bayaran lalu menyerahkan not itu kepada kaunter. "Terima kasih, datang lagi."
Seperti pasangan kekasih, Haera dan Seonho duduk di luar kedai serbaneka di tempat yang disediakan. Mereka menunggu ramen itu sejuk sedikit baru boleh makan.
"Pelik betullah sarapan makan ramen." kata Haera. "Tak apalah. Biasa je sebenarnya."
Keadaan kembali senyap. Masing-masing tidak ada topik untuk dibualkan. "Erm.. noona, nak nombor telefon noona?"
"Oh, takde."
"Takde?"
"Ya, takde."
"Betul takde?"
"Yalah, betul. Takde."
"Tipu.""Tak percaya sudah." tanpa mempedulikan Seonho, Haera menjamah dahulu ramen yang sudah sejuk sedikit. "Remaja mana yang tak ada telefon zaman sekarang ni?" Seonho masih lagi tidak percayakan kata-kata Haera. "Well, ni ada." Haera menunjukkan diri sendiri sambil mengunyah ramen.
"Noona nak saya belikan?" Cadangan Seonho menghasilkan senyuman di bibir Haera. "Boleh ke?" Dia mencapai botol susu berperisa strawberry miliknya. Seonho mengambil botol itu lalu membantunya membuka penutup botol itu setelah nampak Haera bergelut untuk membukanya tadi.
"Mestilah boleh. Tapi.." Tiba-tiba Seonho menggantung ayatnya menyebabkan Haera berasa saspens. "Tapi?" Dia mula menegum susunya. "Jadi yeojachingu saya."
Susu tadi disembur semula. "Apa?!"