»17

721 134 51
                                    


pLEaSe DoN't cOmmEnT "UPdAte plEaSe AuTHoR!!1!!11!!" It'S suFfOCaTiNG aND fRUstrAtinG. Kalau I dah lama tak update takpelah jugak. But I literally just updated 2 seconds ago and y'all be commenting for another update. Just Stop!

-

Mata Haera ditutup dengan sehelai kain hitam. Dia sudah pengsan lama dah. Akhirnya gadis itu dikejutkan dengan bunyi pukulan pada tiang penjaranya.

"Urgghh.. aku kat mana ni?" Haera panik kerana sebaik sahaja dia bangun, dia langsung tidak nampak apa-apa. "A-aku dah buta ke? Kakak! Kakak!" seru Haera.

"Awak.. tolong diam. Nanti dia marah." kata satu suara yang tak dikenalinya. "Awak siapa, kita kat mana?" soal Haera. "Jangan risau, awak belum buta. Dia ikat kain di sekeliling mata awak. Saya tak tahu kita di mana." kata satu lagi suara yang lain.

"Nanti dia akan buka mata kita. Apa yang perlu dibuat cuma jawab soalan di atas kertas yang dia bagi. Jangan melawan, nanti dia pukul kita." suara yang pertama berkata-kata lagi.

"Kejap.. kita mangsa penculikan yang berlaku sekitar Yeonhui-dong, ke?"

"Y-ya."

"Kamu semua.. dah tiba masa." suara seorang lelaki pula mula mengisi ruang tempat itu. Para gadis mula berdiri dan keluar daripada lokap yang si penculik telah bina.

Haera dipaksa duduk di satu tempat. Kain yang diikat dikepalanya akhirnya terbuka.

Ini.. macam wad di hospital.

"Jangan meniru, tahu?" Lelaki itu mengedarkan kertas kepada semua gadis yang dia telah culik. Haera membaca soalan di atas kertas itu.

"Anda merupakan seorang penjual insurans. Anda membeli seutas gelang untuk diberi kepada kekasih anda. Dalam perjalanan, anda jumpa dengan seorang lelaki kaya yang mempunyai gelang yang lebih cantik dan mahal berbanding gelang yang anda beli.

Anda membunuh lelaki itu. Apakah motif pembunuhan itu?"

*Readers cuba jawab soalan tu.

Haera tahu soalan apa itu. Dia juga tahu apa jawapan sebenar kepada soalan itu. Ini soalan menguji tahap psiko dalam diri. Dia tahu kerana dia ingin menjadi psikiatrist apabila dewasa nanti.

Tapi masalahnya.. dia tidak tahu sama ada penculik itu mencari jawapan salah atau betul. Dia tidak tahu jika dia akan mati atau hidup jika memberi jawapan yang salah. Begitu juga kita jawapan betul.

"Cepat, sayang.. Kita kesuntukan masa." Si penculik membelai rambut Haera. Membuatkan dia berasa semakin takut. Tiada pilihan lain, jika dia tahu jawapannya, jelas sekali dia akan memberi jawapan yang betul.

"Bagus. Sekarang masuk sana balik!" Badan Haera ditolak masuk ke dalam lokap. Sungguh dia takut untuk melawan lelaki yang sememangnya lebih kuat daripadanya.

"Haera.." panggil seseorang. "Chaeri?" laju Haera pergi ke arah Chaeri yang sedang duduk dalam keadaan lemah di penjuru lokap itu. "Kenapa?" tanya Haera.

"Kau bagi jawapan yang salah atau betul?" Chaeri juga tahu soalan itu. Mereka berdua pernah mengambil ujian itu sebelum ini. "Betul." membulat mata Chaeri ketika mendengar jawapan Haera.

"Tak, Haera! Kau kena jawab dengan salah. Dia cari siapa yang psiko di antara kita!" Chaeri menarik baju Haera sambil menjerit di depan mukanya. Haera terkejut mendengar kata-kata Chaeri tadi.

"Jadi apa yang akan berlaku pada aku?"

"Hanya mangsa pertama sahaja yang tahu."

"Di mana dia?"

"Dia tiada di sini. Aku tak tahu mana dia bawak pompuan tu pergi."

#RIP Jonghyun
#RosesforJonghyun

[🌹] teddy °guanlinWhere stories live. Discover now