MSG # 12 (MUMMY)

5.6K 251 2
                                    

  
   Buku-buku di atas meja disusun dengan kemas ke dalam beg.Kebanyakan pelajar asrama telah kembali ke asrama manakala separuhnya lagi masih tinggal di dalam kelas.Begitu juga pelajar yang tinggal di luar.

  "Nadia aku jalan dulu..bye!!"Laung Farhanie sebelum pulang.Tinggal Nadia,Ben,Zack dan Khai yang masih di dalam kelas.

  "Saya pun dah nak balik.."Kata Nadia sambil mengangkat begnya.

Ben yang sedang bercerita dengan Zack dan Khai terus menoleh ke arahnya."Awal lagi..Daddy ambil pukul berapa?"

  "Hari ni Pak Mail yang ambil sebab daddy ada urusan.Sekarang dah pukul 1.45 petang.Pukul 2 Pak Mail sampai..."Terang Nadia panjang lebar.

  "Tak payah minta ambik.Biar aku yang hantarkan."

  Nadia mengerutkan dahinya."Tapi mummy saya ada kat rumah.."

  "Baguslah..Dapat juga aku jumpa bakal mak mentua aku."

  "Ish..Apa ni!!"Memerah pipi Nadia mendengar usikan Ben.

  "Ciaciacia.."Kata Zack dan Khai serentak.Tersengih-sengih dua ekor budak tu.

  "Lagipun kalau takde orang kat rumah  kau kemungkinan besar aku bukan setakat menghantar kau tapi..."

  "Ben!!!Janganlah cakap macam tu.Kuning betul awak ni!"Potong Nadia.

  "Mana ada aku kuning..Aku putih tau.."

  "Mengadah..Kejap saya telefon Pak Mail."Kata Nadia lalu menelefon Pak Mail.Nadia sedikit menjauh ketika menjawab telefon.

  "Makin up pula aku tengok bos aku ni.."Kata Zack kepada Ben.Ben hanya tersengih.

  "Of courselah..Untuk pengetahuan korang Nadia adalah bakal bos korang.Sebab apa?Sebab dia bakal girlfriend aku."Kata Ben dengan penuh yakin.

  "Amboi,confident betul boss kita ni kan?"Kata Khai sambil tersengih.

  "Mestilah..korang pun tau kan..apa yang aku nak mesti aku dapat.Tak kisah guna cara halus atau cara kasar..Tapi kalau dengan Nadia aku cuma gunakan cara halus..Tak boleh guna kekerasan."

  "Kenapa bos?"Tanya Khai.

  "Sebab aku nak Nadia jadi girlfriend aku secara ikhlas.Bukan sebab aku paksa.Bukan sebab aku kacak.Bukan sebab aku kaya.Tapi sebab dia betul-betul sukakan aku.."

  "Uhhhh.."

"Korang macam mana pulak?Aku tengok korang berdua asyik berkepit je.Jangan cakap korang ada hubungan kat belakang aku."Teka Ben.

  Tersedak Zack akibat mendengar kata-kata Ben."Bos!Jangan macam-macam kitaorang masih normal.Cuma kami belum jumpa jodoh..Ada nanti saya bawa jumpa korang.Mesti cun punya."

  "Pembetulan,Kau yang belum jumpa jodoh.Bukan kita.Untuk pengetahuan korang aku dah jumpa jodoh aku dah lama tapi aku takut dia tak terima aku.Yelah..Siapalah aku ni.."Kata Khai dengan muka sedih.Ben dan Zack ternganga mendengar pengakuan berani Khai.

  "Siapa!!"Kata Ben dan Zack serentak.

  Khai tersengih sehingga menampakkan lesung pipinya."Korang mesti terkejut bila aku cakap."

  "Yelah..Tapi siapa?"Zack sudah kegeraman akibat Khai masih bermain-main.

  "Janji korang tak beritahu kat orang lain?"Khai membuat muka serius.Ben dan Zack terus menganggukkan kepala.

  "Orangnya ialah...........Ialah.....ialah...."

  "Ialah siapa?Sebelum aku lempang kau bagus kau cakap cepat."Ugut Ben.

My Sweety GangsterWhere stories live. Discover now