"Saya dah tanya Farhanie..."Terbuntang mata Khai.Tegak terus tubuhnya.
"So,apa jawapan dia?"Bisik Khai perlahan takut didengari Ben dan Farhanie.
"Dia cakap dia masih single but not available.Hati dia dah dimiliki."Muram terus wajah Khai.Hilang wajah kacukan Thai yang dimilikinya.Hilang macam mana?saya pun tak tahu..Zack hanya menggelang melihat kawannya.
"Sahabatku Khai,mohon tabah..."Kata Zack sambil menepuk-nepuk bahu Khai.
Khai meraup rambutnya.
'Berakhirlah sudah..
Kisah kita..
Dalam percintaan
Yang menyakitkan..
Pengorbananku..
Selama ini hanya sia-sia..'Khai menyanyi dengan penuh penghayatan.Diikuti dengan gerakan tangan.
Pelajar-pelajar di dalam kelas sudah terpegun dengan suara Khai.Merdu seh!Farhanie turut memandang ke arah Khai.Khai yang merasa diperhatikan hanya buat-buat selamba.'Sayang..kenapa kau bagi hati kau pada orang lain.'Rintih Khai di dalam hati.
"Khai!Everything ok?"Soal Zack.
"No!!!"Kata Khai lalu meletakkan kepala di atas meja.
"Apa-apalah..By the way,apa tajuk lagu yang kau nyanyi tadi?macam syok je."
"Berakhirlah sudah by Atmosfera band."
Nadia hanya membiarkan dua sahabat itu berbual-bual.Nadia melekapkan kembali belakang tapak tangannya pada dahi Ben."Panas!"
"Macam mana ni?"Tanya Khai selepas berbual dengan Zack.Nadia mengangkat kedua-dua bahunya.
"Hantar dia balik.Tapi pegi klinik jap.."Balas Zack
"Boleh jugak..jap aku pergi panggil cikgu."Khai berlari meninggalkan Zack dan Nadia yang masih menjaga Ben.
__________
"Astagfirullah...macam mana boleh jadi macam ni?"Cikgu Awad dan Zack membantu Ben untuk berdiri.
"Dia demam cikgu.Dahlah suhu badan dia mendadak naik."Balas Khai.Beg sandang Ben di ambilnya dan di sangkut ke bahu.
"Ish.ish.Ish.Dah tahu demam kenapa masih datang sekolah."Cikgu Awad masih membebel.Ben hanya mendiamkan diri kerana tubuhnya benar-benar lemah.
"Kamu semua diam-diam kat kelas.Zack dan Khai bantu cikgu."
"Nadia,kau tunggu kat sini.Tak payah nak pergi mana-mana."Kata Zack sebelum mengikuti Khai dan Cikgu Awad yang sudah meninggalkan dia.
"Ok!"Nadia kembali ke mejanya.Sungguh dia risau melihat keadaan Ben.'Petang nanti aku bawa daddy pergi lawat Ben.Harap daddy tak sibuk.'Gumam Nadia.
"Selamat pagi cikgu..."Kata si ketua kelas ketika guru matapelajaran matematik melangkah ke dalam kelas.
____________
'Kringgggg'
Bunyi loceng sekolah yang menandakan waktu pulang membuat Nadia merasa lega.Sungguh dia tidak tenang memikirkan tentang Ben.
Nadia melangkah ke arah Khai yang sedang melangkah keluar dari kelas bersama Zack.Mereka berdua sampai ke sekolah pada waktu rehat tadi."Zack!Khai!Tunggu saya."
"Nadia kenapa?"
"Ben macam mana?"
"Macam tu jugaklah..Lepas dari klinik tadi terus kitaorang hantar dia balik rumah.Nasib baik mama dan papa dia dah balik dari outstation."
YOU ARE READING
My Sweety Gangster
RomanceTengku Haikal Benjamin,seorang pelajar yang di gilai ramai perempuan di sekolahnya.Tetapi dia juga ditakuti oleh pelajar lain kerana dia adalah ketua gangster.Bukan di sekolah sahaja tetapi di luar kawasan sekolah.Sikapnya yang dingin membuat tidak...