Nadia menuruni tangga perlahan-lahan.Dari ruang tamu kedengaran suara Ben dan mummynya tengah berbual.
"Sayang turun pun kamu."Kata Tengku Nazirina selaku mummy Nadia.Nadia hanya tersenyum dan duduk di sebelah mummynya.
"Alah mummy ni..Macam tak kenal anak mummy..."Nadia bergurau dengan mummynya sehingga melupakan tetamu yang masih berada di hadapan mereka berdua.
"Ehem!!"Ben berdehem untuk 'memberitahu' bahawa dia masih berada di situ.
"Eh Ben!Maaf saya tak layan awak."Nadia membuat bentuk peace.
"Takpe..Lagi pun siapa saya pada awak kan?"Kata Ben sambil membuat muka sedih.Panggilan 'aku''kau' pun dah tukar 'saya''awak'.Buang tebiat ke?
"Na..na..ada orang merajuk.Mummy tak tahu apa-apa.Mummy nak pergi siapkan minuman kejap.Nadia pujuklah buah hati kamu tu."Kata Tengku Nazirina dengan selamba lalu berjalan ke arah dapur.
'Kenapa dengan mummy tu?Buah hati?Ben?Pujuk?'Getus Nadia di dalam hati.
"Kau tak nak pujuk aku ke?"Kata Ben sambil berpeluk tubuh.
Nadia mengerutkan dahinya."Perlu ke?"
"Perlu!Kau tak dengar ke mummy kau cakap aku ni buah hati kau?"Nadia mencebikkan mulutnya.
"Yelah-yelah!Mengada betul!Sejak bila pula saya ada buah hati pun saya tak tahu.Jadi macam mana saya nak pujuk awak?"
"Kau ni pun!Nak pujuk pun kena tanya?Aku pun tak tahulah.."Kata Ben.
"Hehehe..."Nadia hanya tersengih.
Tiba-tiba Ben teringat dengan Khai.Apalagi kalau bukan hal si Farhanie!"Kita lupakan hal tadi.Ni aku nak tanya kau.Kau kan rapat dengan Farhanie,So aku nak tanya dia dah berpunya ke belum?"
Nadia tiba-tiba tersentak.'Kenapa Ben tanya tentang Farhanie?Dia sukakan Farhanie?'Getus Nadia.Hatinya tiba-tiba sakit.
"Saya memang rapat dengan dia tapi saya pun tak tahu status Farhanie."
Ben melepaskan keluhan berat."Nombor telefon dia ada?"
Nadia menggeleng-gelengkan kepalanya."Takde."
"Kau tahu Instagram dia?Wechat?Twitter?Facebook?"
Nadia masih menggelengkan kepalanya.
"Apa kau ni?Semua tak tahu!"Marah Ben.Nadia sedikit terkejut dengan kemarahan Ben.Walaupun tak teruk mana tapi dia tetap tak suka.
"Janganlah marah..Saya betul-betul tak tahu.Kalau awak betul-betul nak tahu pasal dia awak tanyalah sendiri."Nadia berusaha menahan tangis.
"Ok!Ok!Aku tak marah..Aku just tanya."Ben dapat melihat takungan air di kelopak mata Nadia.
"Kenapa awak tanya pasal Farhanie?Awak sukakan dia?"Tanya Nadia tanpa selindung.
"Aku?Sukakan Farhanie?Memang taklah!!Aku cuma bantu seseorang."
"Siapa?"Tanya Nadia.
"Kau ingat tak kawan aku yang macam muka orang Thailand.Sebenarnya dia memang ada mix Thailand.Lepastu dia rendah sikit dari aku?Kalau kau nak tahu dialah Khai.Dia yang minat kat Farhanie so dia nak cuba try test."Terang Ben panjang lebar.
"Oh!!Yang kacak tu?"Soal Nadia.
"Aah!Tapi aku lagi kacak."
"Yelah tu.So,Apa rancangannya?"
"Macam ni..Kau jangan sesekali cakap kat Farhanie yang Khai minat kat dia.Kau tanya status dan nombor telefon dia sekali.."Arah Ben.
"Baik bos.."Ben tersenyum melihat telatah kebudak-budakkan Nadia.'Kenapalah aku suka kat kau?'Kata Ben di dalam hati.
"Dah berbaik?"Sampuk Datin Nazirina secara tiba-tiba.Nadia membantu mummynya mengangkat teh panas dan kuih cucur udang.
"Emm.."Balas Nadia acuh tak acuh.Kini tumpuannya hanya pada cucur udang buatan mummynya.Kuih kegemaran kot!
"Nadia tuangkan teh untuk Ben."Arah Datin Nazirina.Nadia yang baru mencapai sebiji ucur udang terpaksa meletakkannya kembali dengan hati yang berat.
"Nah.."Nadia menghulurkan secawan teh panas untuk Ben.Ben menyambutnya dan mengucapkan terima kasih.
"Ben jangan malu-malu..Tengah hujan-hujan ni memang sedap minum teh panas.Lebih-lebih lagi kalau ada kuih yang masih panas-panas."Terang Datin Nazirina.Ben hanya mengangguk.Ben mengambil sebiji cucur udang dan memasukkannya ke dalam mulut sedikit-demi sedikit.Baru Ben ingin mengambil cucur yang kedua tetapi Nadia sudah menghabiskan cucurnya yang ke 11.
"Ben,Kamu jangan pelik dengan Nadia.Cucur udang adalah makanan kegemaran dia.Jadi kalau nak pujuk Nadia bagi dia cucur udang mesti dia suka."Datin Nazirina memberi tahu rahsia Nadia.
"Ok."Balas Ben pendek.'Set dalam otak Nadia suka makan cucur udang'
__________
"Auntie,rasanya dah elok saya balik ke rumah.Hujan pun dah reda.Terima kasih sebab tumpangkan saya mandi kat sini.Bagi saya makan.Bagi saya pinjam baju.."Ben menyalam tangan Datin Nazirina.
"Sama-sama...apalah sangat yang auntie buat.Lain kali datanglah lagi.Tolong jagakan anak auntie kat sekolah."Pesan Datin Nazirina.
"Ok.."Ben berjalan menuju ke arah motornya.
"Awakk!!"Ben menoleh ke arah suara itu.'Nadia..'
"Kenapa?"Soal Ben.
"Jaket yang awak pakai tu tak perlu awak pulangkan.Saya bagi kat awak."Kata Nadia.
"Betul ni?Tak menyesal?"
"Betul!!Tapi kalau awak tak sudi takpe.."Nada Nadia seolah-olah merajuk.
"Mana ada..Thanks.."
"Welcome..Hati-hati tau.."Pesan Nadia.
"Ok!Esok jangan lupa pergi sekolah.And one more thing...Jangan lupa pasal Khai dan Farhanie."
"Nanti saya tanya dia..Bye!!"Ben memakai helmetnya dan melambai ke arah Nadia dan memecut motornya di atas jalan raya.Selepas Ben hilang dari pandangan matanya,Nadia terus masuk ke dalam rumah.
"Ben dah pulang?"Tanya Datin Nazirini selaku mummy kepada Nadia.
"Dah...."Jawap Nadia sambil mengemas piring dan cawan yang telah digunakan di atas meja.
"Mummy Nadia naik kejap.Nak rest."
"Ok!" Datin Nazirina mengambil sebuah majalah tentang kecantikkan.Nadia melangkah ke bilik tidurnya.
"Penatnya..Tidur kejaplah.."Nadia membaringkan tubuhnya di atas tilam.Baru sekejap Nadia sudah masuk ke alam mimpi.
Zzzzzz
*****TBC*****
Bab yang sangat membosankan!Saya tahu.Tapi bosan-bosan pun jangan lupa vote dan komen..
Bye!!
YOU ARE READING
My Sweety Gangster
RomanceTengku Haikal Benjamin,seorang pelajar yang di gilai ramai perempuan di sekolahnya.Tetapi dia juga ditakuti oleh pelajar lain kerana dia adalah ketua gangster.Bukan di sekolah sahaja tetapi di luar kawasan sekolah.Sikapnya yang dingin membuat tidak...