'Kring!!!!!'
Ben yang masih mamai meraba-raba di bawah bantal mencari telefonnya."Ish!Mana pulak ni?"
Dengan penuh malas Ben bangun dan menuju meja di tepi katil.'Awal lagi baru pukul 5.10 pagi..'Kata Ben di dalam hati.
"Adoi!Kenapa kepala aku masih sakit ni?Dahlah lengan aku pun pedih!"Bebel Ben seorang diri.Ben berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai membersihkan diri,Ben mengambil kotak FIRST AID dan mengubati lukanya.Walaupun pedih tetapi dia tetap menahannya.Abang sado kot!
Selepas sahaja Ben merawat lukanya dia memakai baju uniform sekolah yang memang tersedia di dalam almari.Ben mengambil dua buku latihan dan di masukkan ke dalam beg sandang.Nak bawak buku teks pun dia tak bawa ke rumah ni.Tapi kalau dia bawa pun bukan dia belajar.
Ben melangkah menuju ke dapur apartmennya.Ben mencari-cari makanan yang masih boleh di makan.Ketika dia membuka peti sejuk yang tinggal hanyalah sebiji telur dan sebiji pinggan kosong.
"Apa ni?Dah habis!Tak boleh jadi ni!Terpaksa nak pergi beli lepas balik dari sekolah!"Bebel Ben tetapi tangannya masih mengambil telur yang masih berbaki satu.
"Nasiblah aku ni lelaki yang serba boleh.Dahlah hensem,comel,tegap,sweet..pandai memasak pulak tu!"Kata Ben membanggakan dirinya sendiri.
Tanpa membuang masa Ben mengambil pinggan kosong dan memecahkan telur itu."Selamat pagi semua!Hari ni chef yang kacak lagi cute ni akan mengajarkan cara-cara membuat telur goreng.Pertama ambil sebiji telur dan pecahkannya.Pastikan telur yang korang ambil tu ialah telur yang betul.Jangan sampai korang gunakan telur buaya ataupun telur ular.Cukuplah kita gunakan telur ayam atau telur itik."Kata Ben seorang diri lagak seorang chef selebriti.Kalau orang lain yang nampak confirm kena cakap gila.Tapi comel apa gangster masak telur goreng?
"Kemudian letakkan sedikit bahan perasa dan sedikit garam.Lepastu kita kacau sehingga sebati."Ben memutar telur sehingga sebati dan gebu..
"Siap semua tu,Kita panaskan kuali beserta minyak.Panas je minyak ni kita masukkan telur."Ben membalikkan telur dengan penuh gaya.
"Siap!!Tinggal hidang.."Ben mengambil piring pada kabinet.Dengan penuh riang dia membuka ricecoccer.
'Prakkkk!!!'Hancur.Berkecai.Musnah.Retak hati Ben.
'Patah seribu hatiku...'
"Kenapa aku lupa nak masak nasi??!!"Rintih Ben.Ben kini melutut di depan meja makan.
Selepas puas meratapi nasib Ben berdiri dan menuju ke dapur gas.'Bau apa pulak ni?'Getus hati Ben ketika terhidu bau seperti...hangus.Hangus??Jangan cakap..
"No!!!!!Apa ni??"Ben melihat telur yang digorengnya telah hangus dan bertukar hitam.
Ben menarik kerusi dan duduk dengan 'kasar'.Dia meraup rambutnya dengan kasar."Apalah nasib aku ni!Dahlah sakit kepala!Tangan kena samurai!Lupa pulak masak nasi!Sekarang..Telur hangus!!Huarhhh..Aku lapar.."
"Apa-apa pun aku kena pergi sekolah jugak!"Kata Ben dan mengambil telefonnya.Nombor telefon pemandu keluarganya didail.Sekali telefon dah kena angkat.Hebat!
"Hello.."
"..."
"Tolong hantar Ben pergi sekolah."
"..."
"Aah.."
"..."
"Kalau boleh cepat sikit."
YOU ARE READING
My Sweety Gangster
RomanceTengku Haikal Benjamin,seorang pelajar yang di gilai ramai perempuan di sekolahnya.Tetapi dia juga ditakuti oleh pelajar lain kerana dia adalah ketua gangster.Bukan di sekolah sahaja tetapi di luar kawasan sekolah.Sikapnya yang dingin membuat tidak...