MSG # 17 (TEADY BEAR)

5.1K 247 11
                                    

"Ok.."

"Bangun kejap Ben.Mama nak suap."Kata Tengku Erdayana.Tengku Erdayana dan Nadia membantu Ben untuk duduk dengan selesa.

"Makan Ben.."Kata Tengku Erdayana.Ben menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Takpelah Mak cik.Biar saya yang tolong."Nadia menghulurkan bantuan.Tengku Erdayana menghulurkan pinggan bubur kepada Nadia.Nadia duduk di tepi Ben.

"Buka mulut.Saya nak suap ni.."Kata Nadia lembut.

Ben menggelengkan kepalanya."Taknak.Tak lapar.."

"Ben..Awak cakap awak sayang saya.Tapi kenapa awak tak nak makan bubur yang saya suap."Kata Nadia dalam nada sedih.

"Ben sayang Nadia.."Kata Ben.Matanya mula berair.Nadia mula kelam-kabut.Apa aku buat ni?

"Nadia,Ben memang agak manja kalau sakit."Kata Tengku Erdayana.Tengku Erdayana memang sudah arif dengan perangai Ben ketika sakit.Manja!

"Erm,Kalau Ben sayang Nadia buka mulut.Saya taknak Ben sakit.Buka mulut eh?"Ben mengangguk dan membuka mulutnya.Nadia menyuap bubur ke dalam mulut Ben dengan penuh berhati-hati.

Selepas bubur di dalam pinggan habis,Nadia meletakkan pinggan itu di atas meja."Lepas ni makan ubat eh?"

"Ok..Tapi Nadia jangan balik dulu.."Kata Ben.Suaranya agak serak-serak.

"Boleh..Ben,Saya nak bagi patung ni kat Ben."Nadia menghulurkan Teddy Bear yang dipeluknya kepada Ben.

"Ben tak nak!Ben tak main patung!"Kata Ben seperti anak-anak tidak matang.

"Ambillah..Ini hadiah dari saya.Kalau saya sakit saya selalu peluk patung ni.Panas tau.Ben pun boleh peluk patung ni.."Perlahan-lahan Ben mengambil patung yang di beri oleh Nadia.

Ben memeluk patung itu."Thanks.."

"Welcome.."Nadia mengusap rambut Ben yang berjuntai di dahi Ben.'Comel!'

"Nadia jangan tinggalkan Ben sebelum Ben makan ubat tau.Kalau tak Ben tak nak minum ubat.."Ugut Ben.

"Yelah.."

Tengku Erdayana yang duduk di sofa di tepi sudut tersenyum melihat telatah dua remaja di depannya.'Mengada betul anak aku ni..Manja dia kali ni memang lain macam.Sampai nak nangis sebab Nadia ugut dia.Ada sesuatu ni..'Gumam Tengku Erdayana.

30 minit kemudian.

"Ben makan ubat.."Kata Tengku Erdayana sambil memegang ubat.

"Taknak...Ben nak Nadia suap Ben."

Tengku Erdayana menggeleng-gelengkan kepalanya."Mengada betul anak mama ni..Nadia boleh tolong Mak Cik beri ubat pada Ben?"

"Boleh..masalah kecil je ni."Nadia mengambil ubat dari Tengku Erdayana.

"Buka mulut.."Selepas sahaja Ben membuka mulut Nadia memasukkan ubat ke dalam mulut Ben.Segelas air di hulurkan kepada Ben.

______________

"Hahaha..Itulah.Tak sangka betul!"Terbahak-bahak Tengku Zulkiflie dan Tengku Ilhan Amir ketawa.Entah apa yang di cerita.

"Rindu betul aku masa tu.."Kata Tengku Ilhan Amir sambil mengelap air matanya.

"Aku pun rindu jugak..Eh,Dah dekat 1 jam aku kat sini.Aku rasa aku nak balik dah.."Kata Tengku Zulkiflie sambil mengerling(?) ke arah jam di tangannya.

"Alah,baru 1 jam.Tapi takpe,lepas ni aku rasa kita akan selalu berjumpa.Sebab apa?Sebab aku rasa anak aku dan anak kau ada 'sesuatu' ."

"Harap-harap macam tulah..Hmm,aku nak jenguk anak kau sekejap boleh?"

"Boleh..Marilah."Mereka berdua berjalan ke bilik Ben sambil berbual-bual.

________________

"Assalamualaikum..."Nadia,Ben dan Tengku Erdayana sama-sama memandang ke arah pintu.Kelihatan Tengku Zulkiflie dan Tengku Ilhan Amir berdiri di depan pintu sambil tersenyum.

"Waalaikumsalam..."Balas mereka bertiga serentak.

"Masuklah.."Jemput Tengku Erdayana.Tengku Zulkiflie menundukkan sedikit kepalanya dan menghampiri Nadia yang duduk di tepi katil.

"Hai uncle!"Sapa Ben dengan mesra.Tengku Zulkiflie menyambut salam dari Ben dengan senang hati.

"Hai,kamu macam mana dah sihat?"Tanya Tengku Zulkiflie.

"Dah semakin baik.Terima kasih."Balas Ben dengan sopan.

"Ben,perkenalkan ini daddy saya.Handsome kan?"Kata Nadia sambil memeluk lengan Tengku Zulkiflie.

"Patutlah Nadia cantik,daddy dia pun handsome.."Kata Ben sambil tersengih.Ambil hati 'bakal' bapa mertua lah katakan!!

Memerah muka Nadia dipuji di depan ibu bapa mereka.

"Amboi!Membodek nampak!"Tengku Zulkiflie dan Tengku Erdayana tersenyum mendengar kata-kata Tengku Ilhan Amir.Ben hanya buat selamba.

"Macam-macam..Dah lama kami kat sini.Dah elok benar kami balik.Ada waktu nanti kami lawat kamu semua.Ben,uncle doakan kamu cepat sembuh.."Kata Tengku Zulkiflie.

"Terima kasih uncle.."Ben bersalaman dengan Tengku Zulkiflie.Kemudian Tengku Zulkiflie bersalaman dengan Tengku Ilhan Amir dan Tengku Erdayana dan diikuti oleh Nadia.

"Cepat sembuh.Jangan mengelat nak makan ubat.Jangan skip makan.Kalau esok awak masih tak sihat jangan pergi sekolah."Ben hanya mendengar Nadia membebel.Comel pulak dia tengok Nadia bila mula membebel.

"Dengar tak ni?"Soal Nadia.

"Dengar.."Jawap Ben.Patung yang dipeluknya sejak tadi dilepaskan.

"Nadia..jom balik."Kata Tengku Zulkiflie.

"Jaga patung tu elok-elok!Bye.."Nadia mengusap rambut Ben sebelum beredar.

"Bye.."Ben membaringkan tubuhnya di atas katil kembali.Ubat yang dimakannya memberi sedikit kesan terhadap dirinya.Mengantuk!

______________

"Dah lega dapat jumpa Ben?"Kata Tengku Zulkiflie bila kereta yang dipandunya mula meninggalkan perkarangan rumah Ben.Nadia di kerusi pemandu di lihat sekilas.

Nadia mengangguk kepalanya lalu tersenyum."Lega..Thanks daddy.."

"Welcome dear.."

*****TBC*****

P/S:VOTE AND COMMENT!!

Hai!!Terima kasih untuk semua yang sudi baca,vote dan komen 'story' Sy ni..Saya sangat menghargainya..

Teruskan membaca!

My Sweety GangsterWhere stories live. Discover now