Ben melangkah ke dalam rumah dengan lesu."Aik,Ben!Kenapa ni?Lesu je.."Tegur Mak Senah selaku pembantu di rumah Ben.Wanita yang berumur ini sudah dianggap ibu oleh Ben.
"Ibu..Ben penat."Kata Ben manja lalu berbaring di sofa mewah yang dibeli oleh mamanya.
"Kenapa pula penat?Kamu dari mana sampai pulang petang?Dah makan?"Soal Mak Senah sambil mengusap rambut Ben.
"Ben pergi hantar Nadia kat rumah dia tadi tapi hujan pulak.Dia suruh mandi dan makan terus kat rumah dia.Itu yang pulang lambat tadi.."Jelas Ben.
Mak Senah mengerutkan dahinya."Nadia?Siapa pulak tu?"
"Kesayangan Benlah.."Jawap Ben dengan bangga.
"Wah..Dah ada kesayangan!Tak cerita kat ibu pun.."Rajuk Mak Senah.Ben menghampiri Mak senah.
"Alah ibu,janganlah merajuk.Ben baru kenal dengan Nadia...Nanti Ben bawa Nadia jumpa ibu ok?"
"Yelah-yelah..hah!Kamu nak makan lagi tak?"
"Erm,tak payah kot sebab Ben dah makan kat rumah Nadia tadi."
"Kalau macam tu pergi rehat.."Kata Mak Senah.
"Ok!!"Ben berlalu ke biliknya.
___________
"Boss!Sampai pun."Sapa Zack ketika melihat Ben melangkah ke dalam gudang tempat mereka berkumpul."Erm.Dah buat persediaan?"Tanya Ben dengan wajah yang serius.Wajahnya yang agak bengis dan tanpa senyuman itu membuat semua anak buahnya hanya menundukkan kepala.Walau di usia muda dia sudah mahir dalam bermain senjata.Ini menyebabkan kumpulan Ben menjadi kumpulan gangster yang paling digeruni di Malaysia.
"Dah boss!Tinggal kita bertolak ke tempat pertarungan."Kata Khai sambil mengelap pedang samurai miliknya.
"Aku nak kita buat macam mana kita bincang hari tu!Rancangan ni mesti berjaya!Geng Dragon mesti tumpas kat tangan aku!Aku taknak kejadian macam masa aku takde beberapa hari yang lepas!Aku nak korang bunuh semua ahli kumpulan Dragon."Arah Ben sambil mengeluarkan pistol kegemarannya dari dalam jaketnya.Pistol yang berwarna silver itu diusap sambil tersenyum.Tetapi bukan senyuman yang menawan tapi menakutkan.
"Baik boss!"Kata semua anak buahnya.
"Apa lagi?Mari bertolak"Kata Ben lalu keluar dari gudang itu.Salah seorang anak buahnya membukakan pintu kereta dan Ben melangkah masuk ke dalam kereta BMW miliknya.Kemudian kereta itu meluncur laju di jalan raya menuju ke tempat 'pertempuran'.Kemudian 8 kereta BMW yang lainya mengikuti di belakang.
_________
"Wah!Tengku Haikal Benjamin dah sampai..Nak serang ke?"Kata Zarul sinis.Untuk pengetahuan semua nilah ketua kumpulan Dragon!Tua 2 tahun dari Ben.
"Kalau ya kenapa?Takut?"Soal Ben sambil tersengih.Anak buahnya juga ketawa.
"Takut?Erm..Takut tak?"Tanya Zarul kepada anak buahnya.
"Tak!!!!"
"Untuk pengetahuan kau aku ke sini sebab nak bunuh kau!"Kata Ben dengan tenang.
"Bunuh aku?Mampu ke?"Soal Zarul.
"Kenapa pula tak mampu?"Soal Ben kembali tanpa menjawap soalan Zarul.
"Sebab kau lemah!"Kata Zarul lalu ketawa kuat.
"Kurang ajar!!"Ben menumbuk
Zarul dengan kuat sehingga Zarul terdorong ke belakang."Si*l!!Korang semua apalagi?seranglah!!"Jerit Zarul kepada anak buahnya.Anak buah Zarul terus menyerang ahli kumpulan Ben.
"Korang uruskan semua anak buah si lahanat!Nanti boss mereka aku yang settlekan.."Kata Ben lalu menyerang Zarul.Oleh kerana kedua-dua kumpulan adalah kumpulan gangster yang paling besar,perlawanan menjadi semakin sengit.
Hampir 40 minit berlawan anak buah Zarul semuanya tumbang di tangan anak buah Ben.Ben yang masih bergelut dengan Zarul sudah mula kepenatan.Zarul bangkit dan menumbuk wajah Ben dengan sekuat tenaga.Anak buah Ben hanya mampu menyaksikan pertempuran diantara Ben dan Zarul kerana Ben sudah mengingatkan yang dia sendiri yang akan membunuh Zarul.
Ben menendang Zarul sehingga Zarul terdorong ke belakang.Ben mengambil Kayu yang berada di lantai dan dihayunkan ke arah Zarul tetapi Zarul dapat mengelaknya.Zarul mengambil samurai di atas lantai dan dihalakan ke arah Ben.Ben cuba mengelak tetapi tangannya tetap terkena samurai itu.Darah mengalir dilengannya.Pedih cuba di abaikan.
"Kurang ajar!!"Kata Ben.
"Boss!!"Ben menoleh ke arah si pemilik suara.Zack!Zack melempar sepucuk pistol kepadanya.Ben menangkap lemparan Zack dengan jayanya.
Ben memandang Zarul yang baru mencuba membunuhnya.
"Selamat tinggal!"
'Bang!!!!Bang!!!Bang!!!'
Ben melepaskan tembakan tepat di dahi Zarul.Bukan satu tembakan tetapi tiga tembakan!
'Buk!!'Tubuh Zarul jatuh menyembah lantai.Darah Zarul mengalir di atas lantai.Ben membuang pistol dan menghampiri Zarul.
"Aku dah bagi peringgatan awal-awal tapi kau taknak dengar..Tengok apa dah jadi?"Kata Ben.Mayat Zarul di tendang dengan kuat.Anak buah Ben hanya memerhati.
"Aku nak tempat ni bersih.Angkat semua mayat ni dan bawa ke gudang kat dalam hutan lepastu bakar.Aku tak nak ada yang syak.Terutama polis.Tempat ni pun aku nak bakar.Pastikan takde bukti yang tinggal untuk polis.Kalau ada,Siap korang semua!!"Arah Ben lalu melangkah keluar dari gudang milik kumpulan Dragon.
Selepas anak buahnya siap membersihkan kawasan itu.Ben meminta anak buahnya menghantarnya ke apartmen mewah yang diberikan papanya.Dia tak nak Mak Senah melihatnya dalam keadaan berlumuran darah.Dia belum bersedia untuk memberi tahu Mak Senah dan kedua ibu bapanya tentang identitinya.
"Pastikan siapa yang tercedera mendapat rawatan.Khai nanti call Dr.Adrian pergi tempat korang."Kata Ben sebelum keluar.Dr.Adrian ialah doktor peribadinya.
"Baik boss!!"Kata anak buahnya.Ben melangkah ke arah lift dan menuju ke apartmen miliknya.
Selepas membersihkan diri dan membalut luka di tangannya,Ben terus membaringkan tubuh di atas katil empuknya.Kepalanya tiba-tiba sakit.
"Janganlah aku demam esok.."Bebel Ben seorang diri.Nasib baik dia sudah memberitahu Mak Senah yang dia tidak akan balik ke rumah malam ini.
Tiba-tiba wajah Nadia terlintas di fikirannya."Dia tengah buat apa eah?"
Ben cuma bangun tetapi terbaring kembali kerana kepalanya sangat sakit.Ben membatalkan niat untuk berchat dengan Nadia.
"Aku tidur dululah.."Kata Ben lalu menutup matanya.
*****TBC*****
P/s:Hello!!Maaf sebab Sy memang tak tahu macam mana menulis tentang orang tengah berlawan.sy harap semua pembaca faham apa yg Sy tulis.hehehe
Please vote and komen!!
YOU ARE READING
My Sweety Gangster
RomanceTengku Haikal Benjamin,seorang pelajar yang di gilai ramai perempuan di sekolahnya.Tetapi dia juga ditakuti oleh pelajar lain kerana dia adalah ketua gangster.Bukan di sekolah sahaja tetapi di luar kawasan sekolah.Sikapnya yang dingin membuat tidak...